BAB 8

24.6K 915 11
                                    

Hujung minggu memang hari yang baik untuk aku iaitu hari cuti kerja.

Jujur, dua hari cuti dalam seminggu memang tidak cukup untuk aku sebab tu aku selalu nantikan cuti umum hahahah!

"Tia dah solat Dzohor ke belum tu? Asyik tengok tv aje"

"Sudahlah along, along je tak perasan"

"Tia tu kalau dah leka tengok tv mana nak perasan jam berapa sekarang"

"Jangan risau, Tia dah download aplikasi waktu solat so kalau dah masuk waktu solat apps ni akan laungkan azan"

Aku senyum bangga.

"Baguslah tu"

"Along masak apa?"

"Baru masak nasi lauk belum lagi"

"Kenapa?"

"Along nak Tia yang masak"

"Hah? Nak masak apa?"

"Kat dalam peti sejuk tu ada ikan dan ayam"

"Along jangan main-main kang kita tak makan, lauk tu pula masuk tong sampah"

Along ketawa.

"Tu lah! Orang suruh belajar masak tak nak"

"Alongkan ada"

"Sampai bila harapkan along?"

"Sampai along kahwin"

"Kalau Tia yang kahwin dulu macam mana?"

"Tak mungkin"

"Yelah tu"

"Abah tak balik makan ke?"

"Tak kot"

"Abah ni, hujung minggu pun nak buka kedai"

"Macam Tia tak kenal abah tu"

Aku menggelengkan kepala kenangkan sifat abah yang rajin bekerja tidak mengira hari.

"Boleh tak Tia ambil buku yang along dah order?"

"Kat mana?"

"Kat book store yang kita selalu pergi tu. Along dah bayar"

"Okay nanti bagi resit"

"Lepas makan erh?"

"Baiklah along yang aku sayang. Masak sedap-sedap ya"

"Amboi!"

Along dan buku memang tidak dapat dipisahkan sehingga digelar ulat buku.

Aku pun tidak tahu kenapa dia boleh jadi peguam syariah kenapa tidak jadi penulis buku?

*****

Aku menunggu lampu isyarat bertukar warna untuk melintas.

Bangunan sebelah ada destinasiku di sana ada kedai buku yang along suruh aku pergi tadi.

Aku pantas membuka langkah untuk melintas apabila sudah bertukar warna hijau dengan simbol orang berjalan.

"Adam!"

Aku menoleh ke belakang mendengar suara jeritan itu.

"Ya Allah"

Aku berdebar laju apabila seorang budak yang melintas seorang diri dan berlari menuju ke arahku.

Lampu hijau tadi sudah bertukar menandakan giliran kenderaan pula yang lalu.

"Mummy"

Aku masih terjegat. Dadaku masih berdegub kencang nyaris saja budak ini dilanggar kereta.

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now