BAB 25

22.2K 713 13
                                    

"Awak?"

"Apa awak-awak? Dah lupa ke semalam"

"Maaf"

Aku tarik nafas dan hembus.

"Abang?"

"Ya sayang"

Aku berdehem.

"Boleh tak hari ni kita bawa Adam keluar?"

"Pergi mana? Baru je nak plan hujung minggu ni rehat kat rumah"

"Adam cakap kat saya dia nak beli mainan baru"

"Mainan? Mainan dia banyak tu"

"Dia bagitahu dia nak mainan baru, macam kat dalam tv"

"Macam-macamlah Adam ni, okay"

"Boleh?"

"Boleh sayang"

Aku tersenyum.

"Saya nak siapkan Adam dulu"

Aku memakai seluar slack hitam dengan baju blouse putih dengan tudung bawal.

"Kenapa outfit kita hari ni macam sama?"

Aku memandang Mikail, jeans hitam dengan T shirt berkolar polo bewarna.

"Tak perasan pula, apa salahnya pakai sama dengan isteri"

"Adam pun sama, T shirt putih dan seluar hitam"

"Inilah dikatakan keluarga bahagia"

Kata Mikail lalu mendukung Adam. Aku hanya memberikan senyuman.

"Saya nak ambil beg jap"

Kami bawa Adam ke kedai permainan untuk membeli mainan baru seperti yang dia mahu.

"Adam nak ni"

"Yang ni?"

Adam mengangguk.

"Okay jom daddy bayar"

Selesai membeli mainan untuk Adam, kami bergerak ke pusat beli belah untuk shopping. Aku dah lama tak shopping.

"Mummy nak shopping ke?"

"Ya, mummy dah lama tak shopping"

"Adam pun nak"

"Adam nak shopping apa?"

"Ais krim"

"Budak kecil ni jangan selalu makan ais krim tak baik untuk gigi tu"

"Alah mummy ni, dulu okay je pun"

"Tu dulu, sekarang jangan selalu makan tau nanti takda gigi sebab kena makan dengan bakteria manis dari ais krim tu"

"Boleh ke ais krim rosakkan gigi mummy?"

"Boleh sayang, sebab tu jangan makan ais krim. Ais krimkan manis boleh burukkan gigi, nak ke takda gigi?"

"Tak nak, Adam nak ada gigi cantik macam mummy dan daddy"

"Kalau macam tu jangan makan ais krim banyak-banyak tau"

"Okay"

Mikail tersenyum mendengar perbualan kami.

"Abang senyum kenapa?"

"Takda apa sayang"

Kami bertiga membeli belah. Tangan kami berdua memimpin tangan kanan dan kiri Adam.

Hari ni aku shopping sakan sebab Mikail tak henti-henti suruh aku pilih dan dia bayarkan.

Alhamdulillah ada suami yang pemurah. Adam pun sama, aku pilihkan pakaian baru untuk dia dan sepasang baju bayi untuk Aqil.

"Awak tak nak beli apa-apa ke?"

"Tak nak lah"

"Mana boleh macam tu, jom saya pilihkan"

Kami masuk ke kedai menjual pakaian lelaki.

Aku memilih kemeja dan T shirt yang sesuai untuk Mikail.

Tanganku dan tangan Mikail pun penat menjinjit beg kertas hasil membeli belah.

"Kita hantar dulu barang ni kat kereta", kata Mikail.

Adam pun sudah lapar, Mikail ajak makan di restoran yang berdekatan sebab dia sudah tidak larat nak berjalan lagi.

Selesai makan, kami pun bercadang untuk balik dan menuju ke lot parking kereta.

"Eh hai!"

Langkah kami terhenti.

"Seronok ya Tia sekarang"

"Apa lagi awak ni Taufiq?"
"Siapa lelaki ni?"

"Dia suami saya"

Taufiq ketawa sinis. Aku memandang Mikail risau juga kalau dia belasah Taufiq.

"Suami? Ke sugar-daddy?"

"Jaga mulut awak tu"

"Diakan kaya, bolehlah awak berbelanja sakankan"

"Awak pergilah Taufiq, jangan kacau saya lagi"

"Siapa duda ni? Dengan duda awak kahwin Tia? Awak masih muda, cantik, ada kerja but how?"

Macam mana Taufiq tahu?

"Awak peduli apa? Itu hak saya"

"Tak sangka taste awak sampai kat dudakan Tia, siap ada anak lagi
"
"Itu bukan urusan awak yang penting saya bahagia"

"Bahagia? Habis Fiq macam mana Tia?"

"Move onlah Taufiq, cari kebahagian awak dengan orang lain"

"Takkan bahagia kalau bukan dengan Tia"

"Jom Tia, Adam come", Mikail mendukung Adam lalu menarik tanganku berlalu dari situ.

"Tia!"

Laung Taufiq.

"Jangan menoleh ke belakang", arah Mikail.

Kami berjalan menuju ke kereta.

*****

"Abang okay? Kenapa banyak berdiam diri?"

"Awak bahagia ke dengan duda macam saya?"

Aku mengambil tempat duduk disebelah Mikail. Pasti dia masih  apa yang Taufiq cakap hari tu.

"Awak bukan duda lagi, awak suami orang"

"Title duda yang pernah saya pegang menyebabkan saya tak layak dengan wanita semuda awak"

"Abang janganlah fikir apa yang Taufiq cakap, dia just nak saya pergi kat dia semula sebab tu dia cakap macam tu"

"Awak tak menyesal Tia?"

"Tak. Sikit pun tak"

"Saya duda, ada anak lepas tu nak kahwin pula dengan wanita lebih muda, ada kerja, cantik"

"Sudahlah, saya pun dah kahwin dengan awak dan saya tak rasa menyesal pun"

"Saya rasa..."

"Abang, janganlah fikirkan sangat"

"Saya bersyukur sebab ada wanita seperti awak masih nakkan saya"

"Status awak je lain tapi yang lain normal sama dengan lelaki lain. Apalah sangat dengan status tu"

"Awak baik sangat Tia"

"Baru tahu ke? Sekarang awak bukan duda dah, status awak ialah suami orang"

Mikail tersenyum.

"Pandaikan awak memujuk erh"

"Pasal hal janganlah fikirkan sangat, okay?"

"Baiklah Puan Fathia"

"Good"

Aku sebenarnya tak kisah pun status yang Mikail pegang dulu, duda. Aku rasa itu cuma status, tidak mengubah apa pun.

🌼🌼🌼
Ok done! Kalau awk2 smua suka silalah vote😅

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now