BAB 23

21.3K 686 6
                                    

"Awak? Bangun solat subuh, dah lambat ni"

Tangan Mikail yang memeluk pinggangku aku tepuk perlahan.

Mikail masih lena.

"Awak?"

"Hmmm?"

Aku berdebar dengar suaranya yang serak bila bangun tidur tu. Alahai Tia!

"Solat subuh, dah lewat dah ni"

Mikail bangun lalu menuju ke kamar mandi.

Sementara menunggu Mikail selesai mandi, aku mengemaskan tempat tidur.

"Tia awak okay ke? Kenapa lambat sangat dalam bilik air?"

Selesai saja solat subuh tadi, aku muntah-muntah.

Kenapa pula muntah pagi-pagi ni?

"Tia kenapa muntah ni? Okay ke tak ni?"

"Saya okay"

"Keluar please"

"Sekejap"

Aku keluar lalu Mikail mendapatkan aku.

"Kenapa asyik muntah je?"

"Saya salah makan kot"

"Saya tak buat apa-apa lagi kat awak, takkanlah..."

"Apa awak merepek ni? Saya salah makanlah"

"Kita pergi klinik"

"Its okay, sikit je kejap lagi okaylah"

"Nak pergi kerja juga ke?"

Aku mengangguk.

"Awak salah makan apa?"

"Cucur udang yang kak Mai masak semalam tu, tak perasan pulak saya ada isi ketam sekali"

"Awak tak boleh makan ketam?"

Aku alergic coklat dan ketam. Macam-macamlah aku ni hmmm.

Aku mengangguk lalu memakai tudung untuk pergi kerja.

"Apa lagi yang awak allergic?"

"Just coklat and ketam"

"So macam mana ni?"

"Its okay, lama-lama okaylah ni"

"Betul ke? Saya takut melarat"

"Betul"

"Okay"

Mikail menjemput aku kerja agak awal hari ni, dia sudah sampai 15 minit sebelum aku habis kerja.

"Tia betul awak okay"

Aku yang menyandar memejamkan mata tercelik mendengar suara Mikail.

"Saya okay cuma sakit kepala"

"Memang macam ni ke kalau awak makan benda yang awak tak boleh makan?"

"Ya"

Tanpa bicara, Mikail membawa aku ke klinik.

"Kenapa kita kat klinik ni?"

"Jom, awak macam tak okay"

"Kan saya cakap saya okay"

"Jangan banyak bunyi"

Aku gagahkan diri juga keluar dari kereta dan masuk ke dalam klinik bersama Mikail.

Selepas membuat pemeriksaan, doktor berikan aku ubat alahan.

"At least kalau awak salah makan ada jugalah ubat yang awak boleh telan"

Aku hanya mengangguk.

"Anyway thank you"

"Tu tanggungjawab saya"

Mikail memberikan senyuman.

Elok je mata memandang bibirnya yang terukir elok tu. Dahlah merah-merah. Aum! Hahaha Tia kau kenapa ni? Hish!

"Tia?"

"Hah? Ya?"

"Jomlah balik"

"Hah jom"

Aduh buat malu aje tenung dia tadi.

🌼🌼🌼
Hehehe maaf takda idea utk part ni

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now