BAB 38

21K 599 1
                                    


Aku selesai membaca surah Yasin dikejutkan dengan sentuhan Adam ditanganku.

"Ya kenapa sayang?"

"Mummy Adam lapar"

"Lapar? Jom"

Aku bawa Adam ke kafe yang disediakan di hospital ni.

"Abang, Tia bawa Adam pergi makan dulu ya"

Aku keluar dari wad.

"Adam nak makan apa?"

"Nak makan roti dan susu"

"Okay, susu dan roti baik untuk kesihatan Adam"

"Ya tahu, mummy kan pernah cakap jadi sekarang ni Adam tak nak makan ais krim lagi"

"Bijaknya anak mummy ni"

Selesai membeli makanan aku dan Adam naik semula ke wad.

"Mummy adik Adam dalam perut tu okay ke?"

"Okay. Kenapa?"

"Kenapa adik lama sangat dalam perut? Tak sabar main dengan dia"

"Adik lama lagi nak keluar, tunggu perut mummy besar macam belon baru adik Adam keluar"

"owh.."

"Ya, sekarang Adam adik kecik lagi kena tunggu dia besar dalam perut"

"Owh, tak sabarnya"

Aku tersenyum lalu aku pantas membawa Adam ke wad Mikail.

"Nurse, kenapa dengan suami saya?"
Wad Mikail didatangi oleh doktor yang tergesa-gesa.

"Puan tak boleh masuk sebab doktor tengah melakukan rawatan"

"Tapi kenapa dengan suami saya nurse?"

"Saya sendiri pun tidak pasti cuma tadi suami puan bergerak meronta2 dalam keadaan tidak sedar"

"Ya Allah"

"Puan duduk dulu ya"

Aku terduduk.

"Mummy. Jangan nangis"

Aku memeluk Adam.

Ya Allah selamatkanlah Mikail.

"Hello along?"

"Ya kenapa Tia?"

"Boleh tak datang hospital? Ambil Adam"

"Okay tunggu tau"

Aku matikan panggilan.

"Tia"

"Along", aku mendakap along.

"Kenapa ni?"

"Mikail tak okay tadi, doktor sedang rawat dia"

"Jangan nangis Tia. Berdoa supaya Mikail sedar"

"Along bawa Adam balik dulu ye?"

"Tia okay ke sorang-sorang ni?"

"Okay, nanti Tia call kalau ada apa-apa"

"Yelah, call tau?"

Aku mengangguk.

"Adam, balik dulu dengan mak long ya. Nanti datang sini lagi jumpa daddy"

"Okay, tapi mummy janji jangan nangis lagi"

"Ya, mummy janji"

"Along balik dulu, take care"

Aku mengangguk.

*****

Aku menolak pintu wad selepas setengah jam Mikail dirawat.

"Abang?..."

"Tia"

Aku sebak. Bahu terhinjut2 menangis.

"Come"

Aku pantas memeluk Mikail.

Akhirnya hari ni dia sedar dari koma.

"Tia rindu abang..."

"Abang rindukan Tia. Abang dengar semuanya cuma abang tak dapat bertindak balas"

"Jangan tinggalkan Tia abang"

"Abang takkan tinggalkan Tia kecuali maut, abang teringin sangat nak peluk Tia macam ni sejak sebulan yang lalu"

"Tia pun, nak borak dengan abang macam selalu"

"Ssshh jangan nangis lagi. Cukuplah abang mendengar tangisan Tia sepanjang abang koma"

"Tia sayangkan abang"

"Abang sayangkan Tia, cintakan Tia"

Aku menatap wajah Mikail. Aku rindu anak matanya yang sentiasa membuatkan hatiku berdebar.

Titisan air mata yang mengalir di pipiku diseka dengan jemarinya.

"Tia cintakan abang. I love you so much", ucapku buat pertama kalinya.

Mikail memegang kedua2 pipiku lalu mengucup dahiku.

"I love more and so much sayang"

Aku memberikan senyuman.

Aku dibawah ke dalam dakapannya.

Terima kasih Ya Allah, masih memberikan peluang kepadaku untuk bersama Mikail.

"Abang nak makan? Minum?"

"Nak air kosong"

Aku membantu Mikail untuk minum.

"Lega rasanya"

Aku tersenyum. Ya Allah rindunya aku dengan Mikail. Sebulan membuatkan aku cukup sakit.

"Rindunya abang kat sayang"

Tanganku digenggam.

"Miss u too. Sebulan rasa kosong, mujur ada Adam dan keluarga buat Tia rasa bersemangat"

"Baby sihat?"

"Sihat"

Aku melekapkan tangan Mikail ke perutku yang sudah sebulan usia kandunganku.

"Tia sedih, pergi check up abang takda temankan Tia" , aku mengaduh.

"Kesian isteri abang. Lepas ni abang temankan Tia buat check up sampailah baby lahir"

"Okay. Lepas tu Tia sedih sebab bukan abang yang belikan makanan yang buat Tia mengidam"

"Alahhh kesian..."

"Mujurlah baby ni faham so Tia tak banyak kerenah pun"

"Takpa lepas ni abang layan Tia puas-puas okay"

Aku mengangguk laju.

"Abang yang sebenarnya terjadi kat abang Tia?"

"Semuanya angkara Taufiq"

"Abang dah agak..."

Semua aku ceritan kepada Mikail satu persatu.

Mikail mengeluh.

"Kenapalah susah sangat dia nak move on. Tengok sekarang dia sendiri dah kena, masuk penjara"

"Kita doakan je semoga dia dapat bertaubat kat dalam"

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now