BAB 2

29.2K 1K 45
                                    

"Tia dah apply kerja ke?", tanya abah kerana aku sudah sebulan habiskan masa dirumah.

"Sudah, Tia dah hantar resume kat bank-bank"

"Bank-bank?"

"Tia buat research jawatan kosong kat semua cawangan banklah, Maybank, Heng Leong bank dan banyak lagi. Jawatan pun sesuai dengan ijazah Tia"

"Senanglah along nak berurusan nanti kat bank", kata along.

"Insyallah, Tia pun nak kerja sebagai pegawai bank yang kerja kat kaunter bank tu dulu lepas tu apply kerja jawatan yang tinggi sikit"

Abah mengangguk.

"Along doakan semoga dapat"

"Amin. Thanks long"

"Bila nak kahwin?", tanya abah.

Alahai abah ni! Tiba-tiba je.

"Soalan untuk Tia ke along?"

"Dua-dua"

"Along tak ready lagi abah", jawab along.

"Tia pula tak nak fikir pasal kahwin nak fokus kerja"

"Abah bukan apa, kalau dah kahwin nanti ada yang jaga"

Aku dan along diam.

"Insyallah abah kalau dah ada jodoh"

*****

"Along!"

"Ya along kat dapur ni"

Aku menuju ke dapur.

"Along kerja ke hari ni?"

"Tak, kenapa?"

"Pinjam kereta boleh?"

"Pergi mana?"

"Nak beli barang. Barang Tia dah nak habis"

"Pergilah"

"Thank you"

Aku bersiap ringkas, T-shirt panjang lengan, jeans dan tudung bawal biru polos.

Mujur abah memahami aku, anaknya yang masih menganggur ini perlukan duit. Setiap bulan abah akan bagi duit poket cukup-cukup untuk perbelanjaan bulananku.

"Along Tia pergi dulu"

"Okay hati-hati drive tu"

Aku sememangnya pandai memandu dan sudah ada lesen cuma belum ada kereta.

Abah pernah juga hendak belikan aku sebuah kereta tapi aku tak nak aku bukannya perlukan sangat.

Masa masih belajar dulu tumpang dengan Along takpun naik LRT.

Aku menuju ke Sogo pusat beli belah kegemaranku.

Barang-barangku pun dah nak habis, barang mandian, keperluan wanitaku seperti produk penjagaan mukaku.

Aku masuk ke salah satu kedai yang menjual banyak barang keperluan wanita.

Langkahku terhenti apabila terasa kakiku disentuh. Aku memandang ke bawah.

Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia 4 hingga 5 tahun memeluk betisku.

Anak siapa pula ni?

Aku memandang sekeliling cuba mencari penjaganya.

Aku meleraikan pelukan kanak-kanak itu lalu duduk melutut memandang mukanya.

"Adik, mana mama adik?"

Dia menggeleng.

"Papa?"

"Tak tahu"

"Adik sesat ke?"

"Daddy hilang"

Alahai! Daddy ke atau kau yang hilang ni?

"Jom kita cari daddy adik dulu"

Aku memimpin tangannya berjalan di dalam bangunan itu mana tahu bapa dia nampak.

Hampir satu jam kami pusing bangunan besar ni, kaki aku pun naik lenguh.

"Mummy?"

"Mana mummy adik?", aku memandang sekeliling.

"Mummy, Adam haus"

"Hah? Saya bukan mummy adik"

"Adam haus mummy, nak minumlah"

"Baiklah, kita minum dulu kat situ"

Anak siapa ni? Tolonglah datang daddy budak ni. Takkan aku nak bawa dia balik.

Owh yes! Aku ke pejabat bangunan ni minta dorang buat pengumuman atas kehilangan budak ni.

"Adik minum cepat tau kita cari daddy awak"

Dia mengangguk lalu minum milk shakenya.

"Adam!"

"Daddy!"

Ni ke daddy dia? Muda aje aku tengok tak nampak macam bapa budak. Segak pun ada.

Hish! Laki orang tu.

"Adam pergi mana? Kan daddy pesan jangan pergi mana-mana"

"Adam tengok mainan tadi lepas tu daddy dah hilang"

"Daddy risau"

"Ehem-ehem", aku berdehem cuba untuk memberhentikan jejak kasih di hadapanku ini.

"Awak siapa?", tanya lelaki tu. Dia kelihatan terkejut melihatku.

"Ni mummylah daddy"

"Eh tak, tadi anak awak tiba-tiba peluk saya lepas tu dia cakap daddy dia hilang. Tadi kami pusing-pusing cari daddy dia dan dia mengadu nak minum"

"Terima kasih"

"Tadi saya nak naik pejabat untuk minta dia orang buat pengumuman ke apa ke pasal kehilangan anak awak ni"

"Nah ambil ni"

Beberapa RM50 ringgit dihulurkan.

"Eh takpa. Saya pergi dulu"

Aku bangkit dari tempat duduk.

"Mummy nak pergi mana?"

"Adik, saya bukan mummy awak, jangan sesat lagi ya. Bye!"

Aku meninggalkan mereka lalu menyambung semula aktiviti untuk membeli barang yang aku perlukan.

Syukurlah budak tu jumpa daddy dia cepat kalau tak bermasalah aku nak selesaikan hal itu.

"Amboi shopping sakan Tia ni"

Along melihat barang-barangku yang beli.

"Sebulan sekali long, thank you nah ni kunci kereta. Tia ada isikan minyak tadi"

"Thanks to you too. Lamanya beli barang"

"Hmm tadi ada budak ni hilang tiba-tiba ada kat tepi Tia, Tia tolonglah dia carikan bapa dia alhamdulillah jumpa"

"Owh... Dah makan?"

"Belum, Tia minum aje tadi"

"Jom, along dah masak"

"Masak apa hari ni long?"

"Tengoklah dulu"

Along kalau bab masak memasak memang hebat. Sedap! Dia dah tahu selera aku dan abah macam mana so perfect jadi kakak aku.

🌼🌼🌼
Sorry kalau part ni agak membosankan the readers heheheh kalau suka vote la ya. And also comment👇👇😙

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now