BAB 37

20.1K 572 7
                                    

Aku duduk dan Puan Sarah duduk disebelahku. Aku rasa berdebar hari ni, hari ni adalah penentuannya sama ada pengadilan berpihak kepada aku atau kepada Taufiq.

"Puan Fathia relax okay?"

"Saya risau"

"Insyallah, mahkamah berikan pengadilan untuk awak dan suami"

"Terima kasih sebab tolong saya"

"Itu sudah kerja saya, Puan Fathia. Terima kasih juga sebab ambil saya jadi peguam bela puan"

"Dengan ini mahkamah memutuskan bahawa Mohd Taufiq bin Zulkarnani didapati bersalah dalam cubaan membunuh. Dengan itu Mohd Taufiq dipenjara selama 5 tahun dengan sekali sebatan"

Tuk! tuk! tuk!

Aku menghembus nafas lega.

Puan Sarah pantas memeluk aku.

"Tahniah Puan Fathia, akhirnya suami awak dapat pengadilan"

"Terima kasih Puan Sarah, awak banyak bantu saya dalam kes ni"

Aku sangat gembira dengan pembelaan Mikail.

Selepas jumpa Puan Sarah, aku terus mendapatkan ahli keluarga yang semua ada bersama aku hari ni.

Along memeluk aku.

Disudut sana kelihatan mama dan isteri Taufiq mengelap air mata. Aku tidak ada pilihan lain.

*****

"Alhamdulillah abang, Taufiq dah dapat balasannya"

Aku mengucup tangannya.

"Bangunlah abang. Sampai bila abang nak macam ni? Tia rindu abang. Sangat..."

Aku menunduk.

"Tia?"

"Along"

"Jangan sedih Tia"

"Tia rindu abang Mikail long..."

"Ya along faham tapi jangan sedih selalu nak. Kesian anak dalam perut tu, Mikail pasti tak suka Tia menangis aje"

"Tia tak tahu nak luahkan macam mana rasa rindu ni"

"Bersabarlah, Insyallah dan along yakin Allah akan kabulkan doa kita semua untuk Mikail"

Aku mengangguk.

"Dah jangan sedih2"

"Tia risau long..."

"Jangan cakap macam tu"

Bahuku diusap.

"Along keluar dulu"

Aku mengangguk.

"Mummy!"

"Adam"

Aku dudukkan di atas ribaku.

"Datang dengan sapa?"

"Dengan atuk abah"

"Owh. Atuk abah ada sekali erh"

"Yes.. Mummy nangis?"

"Mummy menangis sebab rindukan daddy"

"Janganlah nangis. Daddykan tidur aje"

Aku mengangguk.

"Kenapa daddy asyik tidur aje ni?"

"Daddy kan sakit"

"Siapa sakitkan daddy?"

"Takpe lah, Adam doakan daddy supaya daddy sembuh okay"

Adam menadah tangan lalu melihat Mikail.

"Ya Allah, tolonglah sembuhkan daddy Adam. Adam nak daddy bangun sebab nak main dengan daddy. Adam tak nak mummy nangis lagi. Aminnn"

"Aminnn"

Aku mengusap rambutnya.

🌼🌼🌼
Sorry again heheh lagi2 sorry kan. Part ni pndek aje

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now