BAB 14

22.7K 777 14
                                    

Sejak dari itu, Mikail kerap datang jumpa aku sama ada ajak makan tengah hari bersama atau sekadar tanya khabar.

"Awak kerja apa sebenarnya ni?"

"Saya? Tak bekerja"

"Owh really"

"Awak percaya? Saya ada perniagaan sendiri"

"Okay not bad"

"Pernah dengar D' Sehat?"

"Saya rasa macam pernah dengar, produk kesihatan tu ke?"

"Yes sayalah pengasasnya"

"Tak sangka saya"

Macam Dato' Aliff Syukri aje dia ni, lelaki menjadi pengasas produk-produk ni.

"Itu perniagaan arwah mak saya dan saya nak teruskan"

"Owh..."

"Berapa bulan dah awak kerja kat bank?"

"Lebih kurang sebulan lebih lepas graduate saya apply kerja ni"

"Okay..."

"Adam awak tak bawa sekali?"

"Tak sempat. Saya dari office and Adam kat rumah"

Aku mengangguk.

"Thanks sebab nak jumpa dengan saya", ucapnya.

"Its okay lagipun kebetulan saya keluar hari ni"

"Okay but I have to go saya ada meeting pula"

"Owh okay"

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam. Thank you belanja saya air"

"Small matter, sama-sama"

Aku keluar dari restoran selepas beberapa minit Mikail pergi.

Aku menuju ke lot parking, hari ni aku pinjam kereta abah sebab abah pun tak kerja.

Belum sempat aku membuka pintu kereta terdengar suara orang seperti bergaduh tidak jauh dari situ.

"Aku dah bagi amarankan kau kau jangan dekati dia!"

"Kau siapa? Kau bukannya suami dia pun"

"Tapi dia hak aku"

"Hak apa? Kau lupa ke dia dah tak nak kau?"

"Kau!"

Kolar lelaki itu ditarik dan penumbuk dilayangkan ke mukanya. Mujur lelaki itu sempat mengelak.

"Taufiq!"

Aku berlari mendekati mereka berdua.

"Lepaskan dia"

"Hish!"

Mikail terdorong ke belakang. Bajunya yang agak kusut itu dikemaskan.

"Apa awak nak dari dia?"

"Kan Fiq dah cakap takkan sesiapa pun lelaki yang akan dekati Tia, Fiq akan hapuskan"

"Awak siapa nak cakap macam tu? Kita dah takda apa-apa lagi Taufiq pleaselah faham"

"Fiq takkan mengalah"

"Saya tak kisah kalau awak tak nak mengalah tapi jangan sakiti sesiapa disebabkan saya tak dapat terima awak semula"

"Kalau Fiq tak dapat Tia lelaki lain pun takkan dapat Tia. Fiq akan cuba sedaya upaya untuk hapuskan lelaki yang cuba nak rapat dengan Tia"

"Awak dah gila ke Taufiq?"

"Memang saya dah gila! Sebabkan awak Fathia!"

"Stop it! Mana iman awak Taufiq? Terima hakikat saya tak cintakan awak lagi!"

"No Tia", tangan Taufiq cuba untuk mendapatkan aku tapi Mikail lebih pantas menarik aku ke sisinya.

"Jangan sentuh dia"

"Jangan nak masuk campur, kau tak tahu apa-apa"

"Dia bakal isteri aku, kau tak faham lagi ke?"

"Kau ingat aku bodoh? Tia takkan terima kaulah!"

"Yes, dia bakal suami saya", kataku.

Aku penat dengan Taufiq yang tak faham bahasa. Nak tak nak aku kena sokong lakonan Mikail.

"Tia? No awak tipukan?"

"Dia bakal suami saya Taufiq. Jangan ganggu hidup kami"

" Tia! Awak tak boleh kahwin dengan dia, awak dah lupa ke janji awak?"

"Janji dia kat kau dah tak da makna setelah kau tinggalkan dia", jawab Mikail.

"Kau diam!", sekali lagi penumpuk Taufiq hampir melayang dimuka Mikail.

"Cukup Taufiq!", halangku.

Aku memandang muka Taufiq dengan penuh kesabaran.

"Kehadiran awak buat saya semakin kusut dan saya berharap sangat lepas ni awak jangan kacau hidup kami"

Aku menarik Mikail pergi dari situ.

Mujur kawasan parkir sebelah situ tertutup menyebabkan orang tidak ramai lalu di situ. Kalau tidak, pasti kami sudah menjadi tumpuan awam tadi, buat malu aje.

"Maafkan saya, sebab saya dia kacau awak pulak", kataku.

"Its okay hal kecil je. Awak okay?"

"Yes I am okay cuma tadi saya tak mampu bersabar lagi dengan dia"

"Awak pergilah balik take a rest"

"Awak hati-hati takut dia kacau awak pulak"

"Saya lelaki tahulah saya nak handle macam mana, yang penting awak tu"

"Saya balik dulu"

🌼🌼🌼
Kat real life uols ada ke jalan cerita macam ni? Dua org lelaki bergaduh utk dapatkan sorg pmpuan ni. Agak2 best tak jadi pmpuan tu? Hahahah btw my story ni just rekaan semata2 ye

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now