BAB 4

26.5K 1K 21
                                    


"Tia jom temankan along"

"Pergi mana malam macam ni long?"

"Along lupa nak beli hadiah tadi, esok ada majlis kahwin kawan sekerja along"

"Owh, okay Tia siap dulu. Dah bagitahu abah?"

"Dah, pergilah siap cepat"

"Tia ada idea ke nak bagi hadiah apa?"

"Tia tak tahu nak bagi hadiah apa kat orang kahwin"

"Yelah along nak tengok-tengok dulu mana tahu ada yang berkenan"

"Okay"

Aku pun turut melihat pelbagai cenderahati di dalam kedai tu.

Aku tertarik dengan satu benda bulat, di dalamnya ada patung perempuan seperti puteri dan dalam kaca bulat itu ada salji. Cantik!

"Mummy!"

"Eh anak sapa ni?"

Aku mencari-cari ibu bapanya.

"Ini Adamlah!"

"Adam?"

Owh yes budak yang hilang tu.

"Tia siapa ni?"

"Ini yang budak hilang masa kat Sogo tu along"

"Buat apa dia sorang-sorang kat sini?"

Aku angkat bahu tanda tidak tahu.

"Awak hilang lagi ke?"

"Tak, daddy ada kat sana cari hadiah. Mummy pergi mana puas Adam cari?"

"Mummy?", along buat muka pelik.

"Tia pun pelik kenapa dia panggil Tia mummy"

"Kita balik rumah ya mummy"

"Saya bukan mummy awak"

"Adam! Pergi mana lagi ni?", muncul seorang lelaki.

"Adam jumpa mummy"

"Kenapa anak awak panggil dia mummy?", tanya along.

"Saya pun tak tahu" , jawab ayah kepada budak yang bernama Adam.

"Kalau saya tak silap awak yang langgar saya kat stesen LRT hari tu kan?", soalku.

Lelaki itu memandang Tia lama.

"Ya saya"

"Okaylah kami pergi dulu, along jom. Dah dapat dah?", kataku.

"Dah, kita bayar dulu"

"Mummy jangan tinggalkan Adam!"

"Awak, saya bukan mummy awak"

"Tak awak mummy Adam"

"Adam jangan macam ni", lelaki itu menarik anaknya lembut ke dalam dukungannya.

"Adam nak mummy"

Budak itu mula menangis. Kesian pulak.

"Pergi pujuk dia dulu", kata along.

"Adam"

"Mummy"

Aku memandang lelaki itu kemudian memandang Adam sambil tersenyum.

"Adam balik dulu dengan daddy ya"

"Kita balik sama-sama"

"Tak boleh, saya kena temankan aunty tu beli barang"

"Okay lepas temankan aunty tu mummy balik rumah kita tau"

"Ya, Adam jangan menangis and dengar cakap daddy Adam tau"

"Okay"

"Bye!"

"Bye mummy"

Aku senyum lalu meninggalkan dua beranak itu.

"Kesian along tengok budak tu"

"Entahlah long"

"Mungkin dia takda mak kot"

"Mungkin juga tapi kenapa ramai-ramai orang Tia yang dia panggil mummy"

"Mungkin muka mak dia sama dengan Tia"

"Eh tak kot"

"Habis tu?"

"I dont know, malaslah nak fikir"

"Jomlah balik nanti abah risau pulak"

*****

"Siapa yang datang tadi tu abah?"

"Orang merisik"

"Untuk along? Wow along dah nak kahwin"

"Tak. Untuk Tia"

"Tia?"

Along dan abah mengangguk.

"Tia kenal ke?"

"Mereka cakap Tia kenal lelaki tu"

"Siapa? Tia takda boyfriend pun sekarang ni"

Along dan abah berpandangan.

"Daddy Adam", jawab along.

"Daddy Adam? Lelaki yang tak reti minta maaf tu?"

Along dan abah diam.

"Kenapa dia boleh pulak hantar orang merisik Tia?"

"Tak tahulah Tia"

"Macam mana dia tahu kita tinggal sini?"

Along angkat bahu.

"Tia terima ke?", tanya abah.

"Tak"

"Belum fikir dah tolak?", kata along.

"Tia tak suka dialah along, dia tu poyo dia pernah buat Tia sakit hati"

"Takkanlah sebab tu aje?"

"Tia tak suka orang yang tak tahu nak minta maaf ni"

"Tia fikirlah dulu, minta Allah tolong bagi petunjuk", kata abah.

"Yelah abah"

"Ni nombor telefon dia, dia nak Tia call"

"See. Dia yang merisik dia nak Tia yang call tak gentleman langsung mamat ni"

Along ketawa.

"Kalau dah ada keputusan Tia bagi tahu abah dengan cepat supaya abah boleh bagi tahu pihak sana", pesan abah.

*****

"Tia dah ada jawapan, hmmm... Tia tolak pinangan tu"

Aku yakin dengan keputusanku. Dua hari aku berfikir tentang lamaran ni dan serius aku tidak ada hati untuk terima lamaran daddy Adam tu.

Aku juga tidak berkenan dengan lelaki tu.

"Tia yakin?"

"Ya abah"

"Kalau itu keputusan Tia baiklah abah akan telefon mereka. Bagitahu semua ni"

"Abah tak marah?"

"Inikan soal masa depan Tia, Tia kena buat keputusan untuk diri sendiri"

Aku memberikan senyuman.

"Terima kasih abah"

"Kenapa tolak dia Tia?", tanya Along yang datang menatang dulang minum petang.

"Hati Tia tak dapat terima dia along"

"Sebab hal tu?"

Aku mencapai kuih pulut buatan along.

"Ya tapi tak juga. Hati Tia tak dapat nak terima dia lagipun Tia belum kerja lagi macam tak ready nak jadi bini orang"

"Along dan abah pun tak paksa, semuanya kat tangan Tia"

Aku memberikan senyuman.

Along dan abah cukup memahami aku dalam bab kahwin-kahwin ni.

🌼🌼🌼
Dah baca? Kalau suka uols please lah vote ya⭐

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now