𝟏. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

63.2K 1.2K 14
                                    

DI sebuah kelab malam, bingit dengan pelbagai jenis muzik dan lampu neon berwarna warni berkelip di dalamnya yang membuatkan si pendatang buat kali pertama mual dan pitam, sekelompok manusia di dalamnya sedang seronok menari dengan berlainan jantina, penari tiang yang separuh bogel, menogak selamba air haram yang memeritkan esofagus mereka serta bersuka ria seperti tiada hari esok.

Aku termasuk di dalam kelompok manusia itu. Mereka ialah sahabat. Dadah, rokok, tatu, arak dan zina. Semuanya sudah sebati dalam diri. Setiap malam mereka, Islam hanya pada nama. Siang nanti mereka ialah anak yang paling membanggakan ibu bapa, paling baik, paling soleh dan solehah.

"Luna, you minumlah sekali. Apa guna you datang sini tapi tak nak join kitorang minum? Tak fun lah." Naila, si gadis yang bertindik di hidung sudah separuh mabuk mengangkat tinggi cawan berisi air jernih ke udara sebelum menghulurkannya kepada aku. Mata Naila sudah separuh tertutup tetapi masih larat untuk bersuara. Aku menggeleng dan terus menari di atas kerusi mengikut rentak lagu yang rancak.

"Tak nak lah. Nanti siapa yang nak drive kalau I dengan Adrian mabuk?" Adrian di sebelah yang sudah melentokkan kepalanya di bahuku dijeling sekilas. Baru tiga cawan diteguk tapi kesannya seperti sebotol. Lelaki itu paling cepat mabuk antara yang lain.

"Baby, I nak balik." Suara Adrian merengek di telinga membuatkan tarianku terhenti. Tangannya memeluk pinggang aku erat.

"I tak puas menari lagi lah." Aku memprotes perlahan membalas pandangan mata kuyunya. Dalam hati mengutuk Adrian yang lemah itu. Dah tahu tak boleh nak hadam alkohol tapi masih berlagak hebat. Aku terkejut apabila Adrian menggigit dan menghisap perlahan leher aku. Dia tersengih nakal.

"Biar I yang puaskan you." Dia berbisik sambil memuncungkan bibir ke arah Naila yang sedang duduk di atas riba Ezra dan mereka berkucupan hangat dengan tangan Naila berada pada milik lelaki itu.

"Baby." Sekali lagi Adrian merengek seperti anak kecil. Aku tersenyum senget dan mencuit hidung mancungnya sebelum tangan Adrian aku tarik keluar dari kelab itu. Kunci kereta Honda Civic berwarna hitam milik Adrian aku ambil dan menolak tubuh terhuyung hayang lelaki itu ke dalam kereta.

Kereta dipandu sehingga kami berdua sampai di sebuah rumah berkembar mewah milik Adrian walaupun semasa memandu tadi tangan lelaki itu nakal merayap di antara pehaku tapi aku masih mampu fokus. Keadaan perumahan itu sangat sunyi dan gelap. Aku memapah Adrian masuk ke dalam rumah sehingga ke dalam biliknya.

Baru sahaja, aku ingin melepas tangannya, dia terlebih dahulu menolak aku jatuh ke atas katil. Dia berdiri di hadapan aku yang sedang terbaring sambil membuka bajunya sebelum menghempap tubuh aku. Aku terjerit kecil apabila tangannya mula masuk ke dalam gaun singkat itu, meraba milikku bersama dengusan nafas kasar dihembus pada tengkuk.

"I nak macam semalam. Rough and long-lasting." Suaranya tergelam timbul dalam nafas yang berat. Aku menggigit bibir melihat pandangan romantiknya dan mengangguk membenarkan apa sahaja yang akan dia lakukan.











WAJAH tenang yang sedang lena direnung lama. Hampir dua jam yang lepas aku terjaga, tetapi masih di atas katil memandang wajah polos milik Adrian kerana tidak mahu meleraikan pelukan kami. Tangan aku mengusap lembut dada bidangnya yang terdedah dan melentokkan kepala di situ mendengar detak jantungnya. Tempat dan melodi kegemaran aku ketika kami bersama.

Pergerakan perlahan daripadanya membuatkan kepala aku kembali mendongak ke atas. Dia mencelikkan mata bersama dengan bibir yang mengukir senyuman manis. Aku meletakkan dagu di atas tangan yang berada di dadanya sambil membalas senyuman manis itu.

"Morning, sexy."

"Morning, daddy." Balasan aku membuatkan dia tergelak besar. Lesung pipitnya yang dalam ketika ketawa menarik perhatian aku. Comel.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now