11

64.5K 2.7K 43
                                    

"melur, kau nampak bos tak? Aku cari dekat bilik dia takda pun." tegur rose.

"entah, naura pun aku tak nampak. Entah-entah diaorang keluar sama-sama. Naura tu kan assistant aryan." ujar melur.

"eh? Tu naura kan?"

Rose menunding jari ke arah naura yang melangkah keluar daripada bilik aryan. Melur terus berlari ke arahnya.

"naura, puas aku cari kau. Sejak bila kau masuk bilik bos? Kau tau tak faris cari kau tadi. Aku punyalah risau takut kalau kau kena.."

"kau diam! Aku nak balik!" bentak naura.

Melur terdiam. Naura mengemas segala barang di atas mejanya. Bajunya terlihat seperti berkedut, tudung pun macam senget sikit.

"naura, apa jadi dekat kau sebenarnya? Apasal kau selekeh semacam je ni? Kau okay tak?"

"kau diamlah! Tak payah tahu pasal aku. Tak habis-habis nak sibuk 24 jam pasal aku lepastu cerira satu office."

"ap.. Apa kau cakap ni? Naura, kalau kau ada masalah kau boleh bagitau aku. Kau jangan marah macam ni."

"sebab aku bagitau kau lah, aku kena semua ni. Aku tak fahamlah, apasal aku kena semua ni ek? Kak ngah aku paksa aku kawin sebab wasiat bodoh tu! Kau pulak pergi gosip pasal aku dekat semua staff, and aryan pulak.. "

Naura menghentikan ayat, melur mengerut kening. Menantikan sambungan.

"aryan? Kenapa dengan bos?"

"kau takkan faham." degus naura dengan menggeleng kepala.

Air mata yang menitis di kesatnya, naura terus menggalas begnya pergi daripada situ.

"babe! Janganlah macam ni.. "




"arghh!!"

Naura mencampakkan begnya ke tepi, dia memandang dirinya di cermin. Wanita yang tidak lagi memegang panggilan dara. Hina! Jijik!

"kenapa aku? Kenapa aku! Apasal aku kena semua ni!"

Naura menepis barang di atas meja soleknya, berselerak bertaburan ke lantai. Naura terduduk, menangis.

"patutnya aku biarkan kau mati.. Aku tak patut kesiankan orang macam kau. tapi aku ni bodoh!!" bentak naura.

Teringat tentang kisah kemalangan yang terjadi di kilang lamanya dahulu.

Beberapa tahun yang lalu..

Api sudah marak, merebak dari satu sudut ke satu sudut. Aryan sudah terbaring di atas lantai, sesak akibat asap yang banyak.

"aryan! Ya, Allah.. Tempat ni nak runtuh dah,yan! Bangun!"

"aku tak larat naura.. Ak.. Aku takut.."

"yan, sekarang aku ada dengan kau. Jadi kuat sikit please. Kita keluar sama-sama. Takkan kau nak mati dekat sini? Cepat yan, bangun!"

Naura membantu aryan untuk berdiri, dia mencari jalan keluar yang ada untuk mereka redah.

"naura, aku takut."

Aryan memeluk naura, waktu itu memang aryan agak sedikit manja dengannya. Kawan sekerja yang rapat dengan naura.

"aku pun takut, yan. Aku ada dengan kau. Sabar, kita cari jalan keluar yang selamat dulu ye."

"terima kasih sebab kau tak tinggalkan aku, aku janji aku takkan tinggakkan kau pulak lepas ni."

"aryan,sekarang bukan masa nak berdrama. Kita kena cepat."

Naura terus menarik tangan aryan berlari keluar daripada situ, tanpa dia tahu. Bahawa keluarganya yang lain masuk ke dalam kilang mencari naura.

Dan akhirnya mati terbakar, kecuali angah yang duduk di luar kilang.

Naura menunduk menangis terkenangkannya. Kalaulah dia tahu keluarganya terperangkap dalam api, pasti dia akan membiarkan aryan.

"mama tolong naura, ma. Naura tak tahu nak buat apa. Naura takda niat nak cemarkan nama keluarga kita. Maafkan naura ma.." rayu naura.

Melihat bingkai gambar ibunya di atas meja.



Aryan membetulkan kod bajunya, dia teringat pada kata-kata naura sebelum keluar daripada biliknya.

"awak lelaki paling jahanam yang saya pernah jumpa. Awak dengan kak ngah takda beza. Suka memaksa benda yang saya tak suka!"

"but aku nak kan kau daripada dulu, naura!"

"apa yang ada pada saya sampai awak buat saya macam ni? Cakap!! Saya jaga maruah saya bertahun-tahun dan awak cemarkan dalam masa 1 hari je. Awak tahu tak orang akan kata apa pada saya? Diaorang akan kata saya betina murahan!"

"naura.."

"saya nak letak mana muka saya nanti? Apa alasan saya nak bagi dekat kak ngah? Majlis kawin saya 2 hari lagi tahu. 2 hari! Saya nak kata apa dekat kak ngah? Huh?! Awak cakap dekat saya! Apa saya perlu buat? Kalau dia dapat tahu, dia akan benci saya!
Dia akan hina saya habis-habisan."

Aryan duduk di atas kerusinya. Tak mungkin dia biarkan naura tempuh seorang diri.

"aku tolong kau naura, janji kau kawin dengan aku. Aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku sayang sangat dekat kau."

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now