94

47.8K 1.9K 146
                                    

                          Aryan memeluk tubuh bersandar pada tiang. Dia menunggu ke datangangan seseorang.

Aryan bersiri tegak saat melihat seorang lelaki bercermin mata hitam berjaket kulit berwarna coklat menghampirinya.

"Assalamualaikum. Bos."

"waalaikumsalam."

Mereka berjabat tangan sebentar. Lelaki itu tersenyum. Satu nota kecil diletakkan pada tapak tangan aryan, lalu aryan mengenggamnya.

"itu alamat lelaki yang kacau bini kau selama ni. Aku sarankan kau supaya Hati-hatilah. Takut, kalau dia ada geng." ujarnya.

"aku tak pernah takut dengan dia."

"ini bukan masalah takut, bro. Tapi masalah lain. Kalau dia apa-apakan kau, akan ada benda yang lagi teruk dia boleh buat dekat naura."balasnya.

Aryan tersenyum sinis.

Patutlah selama ini naura pergi ke mana sahaja aryan tahu. Rupa-rupanya pasang pengintip.

"kau sure ini alamat dia?"

"yes. Alamat tu memang tepat. Ingat ya, fikir sebelum bertindak. Kalau kau kena pukul nanti, siapa nak bayar gaji aku?"

"eh, kau ni.. Berkira sangat kenapa?"

"bukannya berkira. Tapi, nanti aku bosanlah kalau tak dapat kerja. Aku ni spy yang berjaya tau? So, tak layak nak kerja dengan orang bawahan. Layak kerja dengan kau je."

"heh, ye lah tu. Kau suka kerja dengan aku sebab nak intai bini aku je kan?"

"ma.. Mana ada."

"mana ada konon. Aku suruh kau tengok dia aje tau! Kalau aku dapat tahu kau buat kerja lebih daripada tu, memang automatik aku pecat kau." ugut aryan.

Lelaki itu tersengih dah menggosok kepalanya. Aryan menjeling.

"Aku ikhlas lah buat kerja ni. Bukan sebab bini kau, atau duit pun. Tapi, aku mengaku yang isteri kau cantik and.. Perasaan nak kenal tu adalah sikit."

"apa kau cakap? Ulang balik.."

Kolar leher lelaki itu di tarik aryan, memang tempah maut betul dia bergurau begitu. Lelaki itu ketawa melihat wajah aryan yang series.

"rilexlah,bro. Aku gurau je? Kau ingay aku ni apa? Takkan nak ngorat isteri bos sendiri kan? Haihh.. Benda kecik pun tak boleh bawa bergurau."

"aku tak suka orang buat gurauan tentang naura."

Kolar lelaki itu di lepaskan, dia membetulkan sedikit bahagian lehernya yang kedut.

"Almaklumlah suami dia caring tahap nak mampus, kan? Untung siapa jadi isteri kau, sentiasa dalam keadaan selamat. Haha."

"banyak mulut lah kau ni, pergi balik!"

"baik bos. Aku balik dulu, ada apa-apa hal. Terus rojer aje,ya. Assalamualaikum."

"hmm..walaikumsalam."

Lelaki itu akhirnya beredar daripada situ. Aryan menggeleng kepala, nasib baik pekerja kalau tidak dah lama kena belasah dekat sini.




                           Mereka semua berkumpul di meja makan, tergelak mereka apabila datin laila menceritakan perangai cemito sejak kecil dahulu.

Cemito pula memekakkan telinga, nasi di hadapannya di penyetkan dengan jari.

"lepastu, si cemito ni suka sangat main masak-masak dengan aryan waktu kecik dahulu. Mak Ngah ingat lagi waktu itu aryan balik kampung, tinggal si cemito seorang. Dia nak main masak-masak tapi takda kawan? Then, dia pergi curi pampers budak kecik mana entah, dia masak!"

Lagi teruk cemito di bahankan.
Merah pipinya apabila datin laila membuka aibnya dahulu. Depan melur pulak tu!

"apa mama ni.. Tak baik tau cerita macam tu dekat semua orang."

"apa salahnya? Bakal isteri dekat depan mata kena ambil tahu jugak kisah silam kamu." ujarnya.

Tersedak terus melur mendengarnya, bella terus mencapai air di sebelah kanan lalu di beri pada melur.

"are you okay, melur?"

"ye... Yes.."

"baby dalam perut suka lah tu cemito jadi suami. Itu yang tersedak tiba-tiba.haha!" ejek naura.

Melur menyiku lengan naura, malu bila naura mengejeknya begitu. Suasana riuh tadi bertukar sepi mendengar pintu rumah di tolak seseorang.

"Aryan dah balik kot? Saya pergi tengok dia kejab."

Naura bangun ingin melangkah menyambut aryan, baru setapak naura berjalan aryan sudah tiba di ruang makan.

"awak pergi mana? Risau saya tau. Mati-mati saya ingat awak kena culik ke apa tadi? Haih.. Jom makan nak? Saya masakkan special. Ada lauk kegemaran awak." ujar naura.

Aryan tersenyum, dan mengangguk. Dia merangkul pinggang naura, dan sama-sama melangkah menuju ke meja makan.

Namun, langkah aryan terhenti. Begitu juga naura. Mata aryan memandang tepat pada melur yang duduk di sebelah bella.

"why perempuan tu ada dekat sini?" soal aryan dengan nada sedikit keras.

Dia memandang naura dengan pandangan tidak puas hati. Naura di lepaskan.

"bu.. Bukan siapa yang jemput dia. Mak ngah ya.. Yang bawa melur datang sini." balas naura.

Aryan memandang datin laila, inginkan penjelasan.

"aryan, mak ngah bawa dia sebab.. "

"aku paling tak suka bila jumpa dengan orang yang pernah rosakkan hubungan aku dengan naura! Mak Ngah boleh ek terima perempuan kotor macam dia?"

Datin laila terdiam. Melur menggeleng, bukan salah datin laila dalam hal ini. Dia bangun daripada tempat duduknya.

"aryan.."

"Kau buat apa datang sini, huh?! Aku dah haramkan kau jumpa naura kan? Apalagi rancangan jahat yang kau rancang?!"

"awak, dengarlah dulu apa yang melur nak cakap." pujuk naura.

Aryan menggeleng.

"jangan jadi bodoh sangat untuk terima perempuan ni. Dia dah rosakkan hubungan kita naura! Dia dah rampas aku daripada kau, and dia tikam belakang kau, dia fitnah aku bukan-bukan! Takkan sesenang tu kau maafkan dia? "

"naura belum maafkan saya. Tapi aryan, saya betul-betul nak minta maaf pasal apa yang berlaku sebelum ni. Saya takda niat langsung nak pecahkan hubungan korang berdua." ujar melur.

"heh, takda niat kau kata?"

Aryan melangkah ingin menuju ke arah melur, naura sudah menarik lengan aryan untuk kembali ke belakang.

Takut kalau aryan bertindak memukul melur.

"Kalau aku masih hilang ingatan sekarang, kau akan mengaku tak yang kau bukan isteri aku?" soal aryan.

Melur mendiam, dia memandang naura yang berada di sebelah aryan. Kaau dia kata tidak, sudah tentu naura terasa. Kalau dia kata ya, nampak sangat membohong.

"apasal kau diam? Huh? Kau takut nak mengaku depan naura atau takut nak mengaku depan aku?!"

"tapi sekurang-kurangnya saya ada niat untuk berubah."

"niat untuk berubah? Kalau setakat niat di mulut, baik kau simpan aje lah. Buktikan dekat aku, supaya aku boleh percayakan kau yang kau dah berubah. Kalau tak, jangan harap aku bagi kau dekan dengan naura." cabar aryan.

Tangan naura terus di tarik pergi daripada situ, melur tidak membalas apa. Dia melabuh punggung perlahan-lahan.

"garangnya aryan. Baru ella tahu, ella ada saudara macam tu. Bangganya." puji daniella.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin