42

51.7K 2.4K 53
                                    

                       Usai solat maghrib, naura melangkah keluar daripada masjid itu. Hari dah gelap, mana aku nak cari grab?

Naura memakai kasutnya, dia tertoleh ke arah wanita yang memakai baju kurung. Macam kenal.
Wajahnya tidak seberapa jelas kerana kawasannya agak gelap.

Baru saja naura mahu melangkah ke arah wanita itu, tangannya sudah di tarik. Dia tersentak.

"eh? Awak?"

"mana kau pergi?! Huh?"

"sa.. Saya pergi solatlah. Dah masuk waktu, so saya ingat singgah sini terus." ujar naura.

Aryan mengetap bibirnya, takkan dia marahkan aku pasal tadi lagi kot? Sudahlah. Aku dah penat kena marah satu hari ni.

"kau memang isteri tak guna kan? Aku dah kata jangan keluar daripada rumah tu! Apasal kau degil sangat?!"

"bukan saya yang nak keluar tapi.. "

"aku tahulah daddy yang suruh kau keluar tapi kau tak payahlah nak keluar!! Aku risaukan kau! Aku takut kalau apa-apa jadi dekat kau, nanti aku yang tanggung semua tu kau faham tak?!"

Naura terdiam.

"jangan jadi bengap sangat boleh tak?! Yang kau nak ikut cakap daddy aku apahal?! Aku suami kau! Ikut cakap aku!"
Bentak aryan.

Naura memandang sekeliling nya, ramai orang yang menyaksikan pergaduhan mereka. Naura mengeluh.

Aku masih lagi boleh bersabar.

"yan. Orang tengok awak tau? Ini masjid. Tak malu ke? Cuba awak kawal marah awak tu. Semua orang tengok sekarang ni. Awak tu ceo ingat sikit.. "

"Aku tak kesahlah nama aku tercalar sekalipun!! Biar benda ni viral satu malaysia pun aku takkan ambil tahu. Yang aku marahkan sangat sebab perangai kau! Kau suka melawan cakap aku!"

"bila masa saya melawan, yan? Saya cuma nak cari awak aje tadi. Takda niat nak lari pun lah.. "

"itu semua tipu je lah! Kalau aku tak jumpa kau sekarang, dah lama kau pergi dari nek pah kau tu kan?! Kau bukannya kesah sangat pasal aku pun, kau kesah pasal faris!   Pasal angah. Aku ni memang suami kau, tapi suami yang kau benci kan?!"

"aryan, tolonglah..jangan malukan nama awak dekat sini. Kalau awak nak marah saya bukan dekat sini yan.. "

"kenapa?! Sebab kau malu dapat suami gila macam aku? Semua orang sama aje lah? Tak pernah faham apa yang aku rasa. Asyik kesah pasal diri sendiri, lepasti aku pulak kau campak sesuka hati!"

"ARYAN!!"

Naura sudag tidak boleh bersabar lagi. Terdiam aryan mendengar naura yang meninggikan suara.

"awak jangan buat saya hilang sabar dengan awak! Saya penat cari awak dekat office! Saya ingat awak merajuk dengan saya, sampaikan saya kena marah dengan daddy!!" bentak naura.

"kalau saya tak cari awak, daddy akan marah saya! Saya ni isteri awak dan saya kesahkan pasal awak! Saya risaukan tentang diri awak sebab awak suami saya lah yan!! Tolonglah, saya penat dengan perangai awak yang menentu ni! Salah ke saya cari awak?! Saya cari suami saya?! Huh?"

"Kau.. "

"Tiap-tiap hari saya kena jaga hati awak! Tapi sikit pun awak tak jaga hati saya ni awak tahu tak?! Saya tak pernah bencikan suami saya, sebab tanggung jawab seorang isteri adalah sayang dan cintakan suami dia! Awak jangan anggap saya ni bodoh sangat sampai tak tahu agama! Saya sanggup jauh daripada family because of you! And saya tunaikan Everyting yang awak nak tanpa saya bantah sekalipun. Itu pun saya masih tak guna ke? Huh?"

Menitis air mata naura, biarlah orang nak pandang hina sekalipun. Aku cuma nak tegakkan apa yang aku buat selama ni.

"saya penat yan. Saya penat! Tolonglah, kali ni je. Jangan ikut perasaan ego awak pada saya. Saya pun ada hati, saya jugak ada perasaan takut. Awak kena faham isi hati saya jugak, bukan awak seorang.."

Naura mengesat air matanya, dia terus melangkah pergi meninggalkan Aryan yang tercegat di situ.

Mungkin aku berdosa sebab tinggikan suara depan suami, tapi aku tak boleh nak tahan lagi.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now