23

59.5K 2.6K 83
                                    

Naura mengibas tangannya, dia sudah bersiap memakai baju pengantin yanh di pilihnya semalam, nampak cantik. Memukau mata si pemandang.

"Cantiknya menantu mummy ni! Tak lama lagi aryan akan bergelar suami kepada naura. Mummy cuma mampu harapkan naura jaga hati aryan lepas ni."

"insyaallah, mummy. Naura akan jaga aryan dengan sebaik mungkin."

"Alhamdulillah, mummy happy sangat dapat menantu macam naura. Mummy doakan korang bahagia." ujarnya.

Naura tersenyum, mujur aku dapat mak mertua yang baik. Biarlah aryan perangai macam psiko sikit, asalkan mak mertua boleh terima. Huhu.

"Mummy, kak naura..pengantin lelaki dah sampai. Jom, kita ke pelamin." panggil carina.

Aku mengangguk, nurin mengangkat kain yang berlebihan di lantai. Membantu naura untuk berjalan menuju ke pelamin. Ya Allah, berdebarnya!

"kejab, siapa jadi pengapit naura?" soal naura, melihat wanita yang memegang kipas di pelamin.

"oh, itu kak melur. Abang aryan call dia semalam suruh jadi pengapit." balas carina.

Macam tahu-tahu je mamat ni aku nak melur jadi pengapit! Mesti dah selidik dulu ni. Bisik naura di dalam hati.

Melur tersengih memandang naura, seronok betul kawan aku ni. Aku yang nak kawin, dia yang lebih.

Naura melabuh punggung di atas pelamin yang di hiasai bunga orkid dan rose putih. Nurin dan carina melangkah duduk di bawah, meninggalkan naura dan melur saja di pelamin.

"wei, kau tengok bos kita tu? Handsome wei! Aku nak jadi isteri nombor 2 dia boleh?" soal melur.

Naura terus menyiku perut melur, senak melur di buatnya. Mujur orang tak perasan. Dah lah ramai.

"kau jangan nak menggatal dekat majlis aku."

"ish, aku gurau je lah. Aku tahulah kau sayang sangat dekat bakal suami kau tu. Heh! Tak hingin pun lah aku nak rampas."

Naura ketawa kecil, merajuk pula si melur ni. Naura memandang aryan yang berhadapan dengan wali di hadapannya.

Pergh! Dia yang kena lafaz akad, aku yang gementar ni kenapa? Aduh! Relax naura!omelnya.

Aryan memandang naura, lama. Senyuman aryan yang terukir begitu mendalam maksudnya. Naura hanya membalas dengan tersengih nampak gigi.

"apasal dia pandang aku macam tu? Cantik sangat ke? Aku rasa, aku biasa je." ujar naura, sendiri.

Mata aryan di kenyitkan sebelah pada naura, naura tersentak. Terus merampas kipas di tangan melur, menutup wajahnya.

"kau apahal ni?"

"ak.. Aku malulah wei."

"ish, nak malu apa? Bagi balik!"

Melur merampas kembali kipasnya, naura mencebik bibir.

"boleh kita mulakan sekarang?" tanya wali itu, semua mengangguk tanda setuju.

"baiklah, mari kita mulakan ye. Bismillah hirah ma nirrahim.."

Gementarnya!!

"Ahmad Aryan Louis bin Muhammad Louis."

Banyak betul louisnya, kau tak berbelit lidah ke wali?

"ye, saya."

"aku nikahkan dikau dengan Naura Qaisara Binti Rayyan Mustafa dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai."

"aku terima nikahnya Naura Qaisara binti Rayyan mustafa dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai."

Lancar sekali aryan melafazkannya, tetap sudah gelaran isteri buat naura. Melur menepuk tangannya, gembira aryan dapat melafazkan dengan baik.

Namun, naura pula kelihatan pucat. Tak bolehlah aku nak kasar lepas ni dengan dia.

"tahniah, wei! Bangga aku dapat jadi sahabat kau. Aku doakan kau bahagia kekal ke akhir hayat sampai ke jannah. Amin!"

"am.. Amin.."

Melur memeluk naura, aku tak jamin yang hubungan aku boleh bahagia. Yela, kawin pun sebab terpaksa. Bukan kerana cinta.

"bagi laluan, pengantin lelaki nak lalu." pinta carina.

Mereka memberi laluan untuk aryan melangkah naik ke pelamin. Melur melepaskan pelukannya, bergenjak ke belakang memberi ruang untuk aryan duduk.

Cincin yang di pegang di tangan aryan di sarungkan ke jari manis naura. Menggeletar tangan naura, Nervous !

"sayang, are you okay?" tegur aryan.

Naura mengangguk laju. Aryan tersenyum.

"cepatlah, kiss! Carina nak ambil gambar ni!" rungut carina.

Eh? Carina ni memandai pulak kau ni! Bagilah aku masa tenangkan diri sedikit. Naura menunduk ke bawah saat aryan ingin mengucup dahinya. Malu wei!

"ya Allah, naura.. Dia kan suami kamu sekarang? Malu-malu kucing pulak si naura ni!"tegur nurin.

"ma.. Malu mummy."

"ish, tak payah nak malulah!"

"sayang.."

Aryan menarik dagu naura, mendongak memandangnya. Naura menelan air liur, handsomenya suami aku. Eh? Apa aku ni?!

"nothing yang sayang perlu malu dengan abang. Im your husband right now, dear."

"ok.. Okay.. Ta.. Tak.. Tak malu.. " balas naura gagap.

Aryan tersenyum, dahi naura terus di kucupnya, lama. Naura memejam matanya. Degupan jantung bukan main laju macam nak tercabut!

Klik! Klik!

Bunyi camera yang menangkap setiap gambar indah mereka. Aryan menarik wajahnya kembali, naura menghembus nafasnya. Akhirnya, dapat jugak aku bernafas!

"sayang, are you crying?" tegur aryan.

Aku nangis bukan sebab terharu, tapi sebab malu yang teramat!

"ta.. Tak.."

"Don't cry, sayang. Im here."

Aryan mengelap air mata naura menggunakan ibu jarinya, naura tersenyum.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now