78

42.5K 2K 88
                                    

Nek pah membasuh cawan di belakang masjid yang sudah tersedia sinki. Engku dian melangkah menuju ke arahnya, nek pah mengalihkan pandangannya pada engku dian.

Hanya berpakaian baju kurung lama, tak seperti dahulu lagi.

"dian? Apa kau buat dekat sini? Kalau kau masih nak tuntut pasal naura, sudahlah."

"dian datang sini bukan nak tuntut pasal wasiat tu."

"habis tu? Nak cakap tentang apa?"

Engku dian menarik tangan nek pah menuju ke tempat duduk yang berada di sediakan.

Mereka melabuh punggung di situ.

"dian datang sini untuk minta maaf pada nek pah dan naura. Saya tak patut paksa naura untuk kawin dengan faris. Tak sangka, disebabkan waktu tu syaa ego. Sampai begini sekali dugaan yang saya kena."

Nek pah tersenyum mendengarnya, alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati engku dian untuk menerima segalanya.

"baguslah kalau itu yang dian katakan. Tapi, ada masalah lain pula yang timbuk sebenarnya."

"masalah apa?"

"faris. Dia tak habis-habis kacau naura. Pah nak jugalah tolong naura tapi suami dia tu tak bagi pah jumpa dia. Apa kata, dian tolong nasihat sikit si faris tu."

"dian bukan tak nak tolong, pah. Tapi, dian pun dah kena halau dengan faris. Dian sekarang duduk dengan mak je dekat kampung, tengah kumpul duit nak bayar saman daripada keluarga aryan."ujarnya.

Mereka sama-sama ada masalah. Kalau faris tidak ikut cakap engku dian, siapa lagi yang akan selamatkan rumah tangga cucunya?

Moga-moga Naura bahagia dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.



Melur memapah tangan aryan, membantu aryan untuk turun daripada katil.

Cemito yang baru sampai terus menolak melur ke tepi, mengambil alih tugasnya untuk menjaga aryan.

"wei, kau ni. Apasal kasar sangat dengan dia?"

"takda apa. Jom kita balik."

Cemito menarik kerusi roda yang berada di situ, aryan melabuh punggung di atasnya. Cemito pun menolak kerusi itu, tiba-tiba aryan menahan roda itu.

"kau kenapa? Nak stay dekat hospital? Huh?"

"kenapa melur tak ikut kita balik? Dia isteri aku kan?"

"perempuan tu tak layak ikut kita balik."

"tapi aku nak dia ikut aku balik! Kalau kau tak bagi, aku tak nak ikut kau. Aku nak stay dekat sini."degusnya.

Aryan memeluk tubuh, cemito mengetap bibir. Nak marah melur, sudah pasti dia akan kena marah balik dengan aryan kan??

"kau keluar kejab melur."pinta cemito.

Melur mengangguk perlahan, dia melangkah keluar daripada bilik itu. Meninggalkan aryan dan cemito sahaja di dalamnya.

Cemito duduk di hadapan aryan, dia mendongak sedikit memandang wajahnya.

"kau tahu tak apa kau dah buat?"

"aku buat apa?"

"kau dah buat hati orang yang kau sayang sakit, tau tak? Aku kesian dekat naura! Kau buat dia macam patung tak bernyawa,yan. Apasal kau kejam sangat?!"

"ak.. Aku kejam? Bila masa aku pukul dia? Cemito, aku langsung tak kenal siapa perempuan tu."

"kau pun tak kenal melur, tapi apasal kau baik dengan dia? Cakap dengan aku?" soal cemito.

Aryan mendiam. Dia terima kerana melur mengandung, itu aje alasan yang paling kukuh dia ada.

"kau cuma hilang ingatan, yan. doktor kata kau boleh aje ingat balik tapi kau malas! Kau malas nak gunakan otak kau untuk ingat siapa naura! Melur bukan isteri kau yan."

"aku tak faham lah, apa specialnya perempuan tu? Aku langsung tak rasa bahagia dengan dia!"

"kau tak rasa bahagia sebab kau lupa siapa dia. Cuba kalau kau ingat siapa naura? Confirm kau bahagia sekarang. Tapi masalahnya sekarang ni kau buat naura sakit hati!!"

Bentak cemito. Aryan tersentak.

Terkejut juga apabila melihat cemito naik angin,sebelum ini dia lah orang paling ceria dan baik hati.

Naik turun nafas Cemito, cuba untuk sabar dengan perangai aryan yang sekarang.

"aku tahu, aku bukan suami. Aku tak pernah rasa bagaimana untuk jadi seorang suami. Tapi, aku boleh tahu perasaan seorang isteri kalau dapat tahu suami dia bagi perempuan lain sentuh tanpa ikatan yang sah! Boleh tak kau fikir tentang tu?"
Soalnya.

Aryan mendiamkan diri.

"kau tak kenal siapa melur, kau tak kenal siapa naura. tapi melur boleh sentuh kau, kenapa naura tak boleh? Itu semua sebab ego kau! Kau tak pernah nak usaha. Lepasni, kalau kau ingat siapa naura. Aku nak kau pergi pujuk dia. Takda siapa akan bantu kau lagi waktu tu."

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now