56

44.7K 2K 135
                                    

                       Naura sudah tiba di rumah, dia mengetuk pintu beberapa kali. Nurin membukanya. Wajah nurin penuh kecewa.

"mummy.. "

"naura, please help aryan, naura." nurin memeluk naura.

Dia menangis di dalam pelukan naura, naura juga begitu. Siapa yang tak sedih suami masuk penjara sebab tertuduh kes rogol kan?

"mummy, insyaallah aryan tak bersalah dalam hal ni."

"mummy risaukan aryan. Dia tak pernah masuk lokap sebelum ni. Macam mana keadaan dia dekat sana? Mesti kena teruk."

"mummy jangan fikir bukan-bukan please. Esok naura akan melawat aryan, ya mummy."

"mummy sayangkan dia.."

"i know, mummy. Sudahlah, mari kita masuk dalam. Kita bincang pasal hal ni ya." pujuk naura.

Nurin mengangguk, mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

                                Jam sudah menandakan pukul 1 pagi. Cemito melangkah masuk ke dalam bilik pengawal keselamatan.

"eh, encik cemito? Kenapa belum balik lagi? Dah pukul 1 pagi ni. Kereta encik, rosak ke?" soal megat.

Cemito menggeleng, dia menarik kerusi di sebelah megat lalu melabuh di situ.

"pak cik megat, boleh tak mainkan cctv ni untuk yang minggu lepas."

"minggu lepas? Hari apa ye, encik cemito?"

"hari..saya tak pastilah. Cuma yang saya tahu masa tu kereta aryan rosak. Pak cik Megat ingat tak?"

"ingat. Hari khamis tak silap. Kejab ya saya cuba cari."

Megat mencari rakaman cctv yang di rakam pada minggu lepas. Dia menunjukkan satu video di waktu 5 petang.

Terlihat aryan yang sedang kehulur ke hilir mencari bantuan untuk tolong baiki keretanya.

"Boleh tak lanjutkan rakaman ni masa pukul 7?"

"boleh. Kejab ya."

Megat melajukan melongjak ramakan itu kepada pukul 7 petang. Di waktu itu aryan sudah bertolak pulang bersama pakcik megat, dan tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki memegang topeng.

"stop!" arah cemito.

Terus video itu di hentikan, cemito memerhatikan orang itu, lama.

"pak cik megat kenal tak siapa lelaki ni?"

"saya tak berapa nak kenal, tapi mungkin pengawal dekat luar kenal dia. Encik cemito boleh try tanya diaorang."

"kalau macam tu suruh diaorang naik atas kejab." arahnya.

Megat mencapai walky talky disebelahnya, butang ditekan dan dirapatkan pada mulut.

"Samad, abdul. Sila naik ke bilik keselamatan segera." arah megat.

"baik." ringkas balas mereka.

Cemito tersenyum, bahu megat di tepuknya. Nampaknya, tak lama lagi akan selesai setiap jawapan yang tidak terjawab.


                                  
                                 Aryan bersandar di dinding, berpeluh badannya di buat. Panas betul tempat ini.

Ada dua orang lelaki bersamanya, mereka mengibas baju. Aryan di pandang lama.

"wei, kau masuk sini sebab kes rogol ek? Kau rogol awek mana?" tegurnya.

Aryan menjeling, dia tidak menjawab.

"mak aii.. Sombong nak mampus. Kau share je lah dengan aku. Tak payah nak malu-malu. Aku pun kes sama jugak."

"kau diam boleh tak. Aku bukan nafsu setan macam koranglah!" bentak aryan.

Mereka ketawa.

"kalau tak setan, macam mana boleh masuk sini? Haha. Kau belum kenal aku siapa tau, aku bukan pernah buat dengan perempuan je. Lelaki pun pernah tau."

"Kau diamlah, bodoh!"

"aku Menyampah betullah dengan jantan sombong macam kau. Sportinglah sikit."

Bahu aryan di cuitnya, aryan menepis. Dia menjarakkan jaraknya dengan dua orang lelaki itu.

"sayang, i miss you.." bisik aryan.

"sayang? Kau dah kawin ke. Mesti manja dengan bini kan? Wei, bini kau mesti muka berkurapkan sebab tu kau cari perempuan lain kan?" celahnya.

Aryan mengenggam buku lima, dia cuba untuk bersabar. Cari pasal betul dua orang banduan ni.

"sharelah sikit bini kau dengan kitaorang, boleh rasa sama-sama."

"kurang ajar kau!"

Kolar baju salah seorang daripada mereka di tarik oleh aryan, kasar. Dia di hentak kuat pada dinding, jelas sekali aryan sudah mula tidak puas hati.

"aku paling pantang kalau orang tu cakap pasal bini aku, kau ingat aku ni orang macam mana, huh?! Bodoh!"

Satu tumbukan di lepaskan pada wajah lelaki itu.

"berani kau pukul aku. Kau ingat aku tak boleh nak lawan? Huh?!"

Lelaki itu terus menolak aryan jatuh ke lantai, wajah aryan di tumbuk berkali-kali. Aryan tidak mengalah, dia menendang lelaki itu sehingga terpelanting jatuh ke lantai. Giliran aryan pula untuk membalas dendam.

Seorang lagi sudah gelisah, apa yang dia mahu buat? Nak masuk campur tak berani!

"polis! Tolong polis, ada orang bergaduh!!" jeritnya.

Leher lelaki itu di cekiknya dengan kedua belah tangan, biru sudah wajahnya mencari nafas yang semakin berkurang.

"SUDAH!! BERHENTI!"

pintu pagar besi di bukanya, dua orang pegawai polis menarik aryan daripada terus berbuat demikian. Terbatuknya di buat.

"padan muka kau! Kau cari pasal dengan aku lagi!"

"gilalah! Kau gila!!"

"sudah!!"bentak pegawai polis itu.

Baru kau kenal siapa aryan, muka nampak baik tapi kalau sekali di cabar mood pericolonya semua melayang!

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now