68

45K 1.9K 63
                                    

                           Naura baru sahaja selesai menunaikan solat subuh. Dia hanya solat di atas lantai bersebelahan dengan katil aryan.

Ada surau, tapi macamlah korang tak tahu perangai aryan kan? tinggal sekejab, macam aku ni hilang setahun.

"Yan..bangun,yan. Solat subuh."

Kejut naura, badan aryan di goncangkan perlahan. Aryan membuka kelopak matanya perlahan-lahan.

"hmm?"

"solat subuh. Dah nak habis waktu ni, baik awak cepat."

"macam mana abang nak solat kalau abang sakit macam ni?" soal aryan.

"adalah caranya. Saya pergi ambilkan air untuk awak kejab. Nanti saya ajar awak cara solat untuk orang sakit ek?"

Aryan mengangguk. Naura pun melangkah ingin pergi ke bilik air. Tangan naura di tarik aryan, naura memusing memandangnya.

"kenapa? Awak nak apa-apa ke?" soal naura.

"abang nak minta maaf pasal semalam sebab termarah naura. Im so sorry, abang takda niat nak maki hamun malam tadi. Sayang maafkan abang ek?"rayunya.

Naura tersenyum. Rasa macam nak pensan bila dia minta maaf. Selalunya aku yang kena minta maaf dulu.

"yela. Saya faham. Saya tak patut jumpa diaorang semalam. Silap saya jugak."

"abang dah fikir masak-masak."

Naura mengerut kening. Fikir masak-masak? Sejak bila dia buat keputusan? Dalam mimpi ke. Ajaib betul suami aku ni.

"fikir masak-masak apa?"

"abang boleh terima nek pah.."

"awak series ke?!!"

"tapi dengan satu syarat."

"ap.. Apa dia?"

"cuma nek pah aje yang abang terima. Angah, no. Sayang boleh bawa nek pah duduk serumah dengan kita, tapi dengan syarat sayang tak boleh layan nek pah selalu. Waktu sayang cuma untuk abang, okay?"

"itu pun dah buat saya gembira awak, terima kasih!!"

Naura terus memeluk aryan, tanpa sedar tangan aryan yang patah terkepit.

"argh! Sakit! Sakit!"

"eh, ya Allah!"

Naura melepaskan pelukannya, dia tersengih. Terlampau gembira sampai lupa suami aku sakit.

"arhh.."

"sorry awak. Saya tak sengaja. By the way, thank you sangat-sangat! Awak mr. Pericolo paling kacak, baik, and macam-macamlah yang saya pernah jumpa. Saya nak pergi cari nek pah kejab!"

Baru saja naura hendak berlari keluar daripada bilik, naura sudah di tarik kembali ke belakang.

"tadi kata nak ambil air untuk abang? Nanti abang suruhlah cemito bawa nek pah datang sini."

"saya lupa pulak.  Saya pergi ambil air kejab ye."

Naura pun berlari anak masuk ke dalam bilik air, aryan tersenyum gembira melihat naura begitu teruja dengan keputusannya.





                                          Melur duduk melutut di tepi tangga masjid. Dia menangis seorang diri di situ. Suasana di situ agak sunyi dan masih lagi gelap.

Nek pah membuka pintu masjid, dia terkedu saat melihat melur di tepi tangga.

"melur. Kamu ke tu?" tegur nek pah.

Melur mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dia mendongak memandang nek pah di hadapan pintu.

"nek pah.. "

Melur terus bangun berlari ke arah nek pah. Tubuh nek pah di peluk, tangisan melur menandakan dia betul-betul kesal dengan perbuatannya yang tidak berfikir dahulu sebelum bertindak.

Nek pah mengusap lembut bahu melur, cuba untuk menenangkan melur yang dalam kesedihan.

"kenapa melur? Apa yang dah jadi pada kamu? Cerita pada nek pah."

"melur dah takda sesiapa lagi, nek pah. Melur bodoh, melur bodoh sangat sebab buat tindakan melulu tanpa berfikir. Melur baru tahu bukan salah aryan.. "

"nek pah dah cakap melur tapi kamu tak pernah nak dengar. Faris tu dah lama berdendam dengan naura sejak naura tolak wasiat tu."

"melur tahu salah melur. Tapi bukan tu je yang buatkan melur rasa kesal. Me.. Melur dah tak suci macam dulu. Melur terlampau ikut hati sampai melur biarkan orang sentuh melur sesuka hati."

Nek pah mengerut kening. Pelukan di leraikan. Dia memandanf melur, melur mengesat air matanya.

"apa maksud kamu melur?"

"melur bagi faris.. Uwekk!"

Melur tiba-tiba termuntah di pintu masjid, nek pah tersentak.

"melur.. Kamu okay tak ni?"

"nek pah.. Melur rasa.. "

Melur menyentuh kepalanya yang terasa pening, dia terus jatuh terkulai ke lantai. Pengsan.

"ya Allah!"

Nek pah memandang sekelilingnya, mencari jika ada seseorang yang boleh membantunya.

Dia terlihat kelibat seorang wanita bertelekung putih datang ke arah mereka.

"puan, tolong saya puan!"

"eh? Kenapa ni? Takpa-takpa kita naik kereta saya ye? Saya minta tolong anak saya untuk angkat perempuan ni kejab."

Wanita itu berlari anak menuju ke keretanya ingin meminta bantuan anak lelakinya.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now