53

50.4K 2.1K 150
                                        

                    Melur menghirup air sirap, fikirannya melalut memikirkan kata-kata faris di farmasi tadi.

Kalau kau mengandung anak tu anak aryan. Trust me. Dia tu pandai berlakon lah. Kau dah kena game dengan mamat itali tu!”

Melur meletakkan cawan itu di tepi, dia memeluk lututnya. Nek pah melabuh punggung di hadapan melur, telekung di buka.

"kamu tak solat ke, melur?" tegur nek pah.

"kejab lagilah, nek pah. Saf nampak macam penuh je." balas melur.

Nek pah mengangguk kepala, kain telekung di lipatnya kemas.

"nek pah, boleh melur tanya something tak? Tapi nek pah kena jujur tau. Jangan tipu melur."

"apa dia? Cakap aje. Nek pah takkan bohong kamu."

Melur merapatkan sedikit jaraknya dengan nek pah, hanya perbualan ini antara mereka saja yang dengar.

"nek pah pernah bagitau melur yang cucu nek pah pun pernah kena macam yang melur kena kan?"

"haah, kenapa?"

"cucu nek pah tu, naura ke?" soal melur.

Nek pah terdiam. Melur masih lagi menantikan balasan nek pah. Mana pulak dia dapat berita tu?

"macam mana kamu tahu? Siapa yang bagitau?"

"itu semua tak penting nek pah. Betul ke naura kena rogol dengan aryan? Diaorang kawin selama ni bukan sebab cinta kan nek pah?"

"nek pah tak pasti, melur. Janganlah anggap benda buruk dekat suami naura tu. Mungkin ini semua berita palsu sebab naura tak nak kawin dengan faris."ujar nek pah.

Melur menggeleng.

"tak mungkin berita palsu. Dah tentu-tentu naura tolak wasiat tu sebab aryan rogol dia kan? Entah-entah.. Melur pun mangsa aryan?"

"astaghfirullah hal azim, jangan anggap macam tu melur. Kamu takda bukti nak tuduh suami naura tu jahat."

"kalau naura pun dia sanggup rogol sebab nafsu setan dia tu, mesti melur pun dia boleh buat apa yang dia nak. Lagipun, masa melur bekerja dengan dia, dia always tegur melur, dekat staff lain takda pula dia layan macam tu."

"melur. Kamu tu kawan naura tahu? Jangan fitnah orang kalau tak tahu sahihnya di mana. Karang kamu jugak yang malu melur."

"Tak! Melur pasti ini kerja aryan. Se.. Sebab, masa hari melur kena rogol tu. Dia seorang je yang belum balik daripada office. Maknanya, memang sah aryan!" tuduh melur.

Nampaknya melur sudah termakan dengan kata-kata faris. Tanpa siasat dia sudah menuduh macam-macam. Dia belum tahu yang aryan belum pulang waktu itu kerana keretanya rosak.

"Melur tak boleh biarkan lelaki macam tu lepas tangan, melur nak pergi report polis!"

"eh, melur!"

Terus melur bangun berlari keluar daripada masjid, nek pah mengejarnya daripada belakang. Tangan melur di tarik.

"jangan melur. Kamu takda bukti."

"takda bukti apanya lagi nek pah? Melur selama ni bodoh sangat sebab terpedaya dengan tipu helah aryan selama ni. Melur ingat dia baik, Rupa-rupanya lelaki tak guna!"

"jangan disebabkan salah dia yang dulu, kamu ingat dia jahat sampai sekarang. Nek pah tak rasa yang aryan yang buat benda ni. Tolong jangan buat perkara gila ni."

"no! Sepatutnya daripada dulu lagi nek pah patut buat report pasal aryan tu! Nek pah tengok apa dah jadi sekarang? melur  dah jadi mangsa aryan and dia lepas tangan macam tu je. Melur tak kira, melur nak report sekarang jugak!" degusnya.




                                    Angah mengacau gula yang masih belum larut. Kini dia dan faris berada di sebuah cafe bersama along.

"so? Apa plan b yang kau kata bagus sangat tu? Kau nak kawin dengan melur ke?" soal angah.

"kau gila ke aku nak kawin dengan perempuan tu? Of course tak!"

"habis tu? Sayang nak buat apa?" tanya along.

"aku dah buat melur mati-mati ingat yang aryan dah rogol dia. Aku pasti, tak lama lagi melur akan serang aryan. And masa tu, aku akan automatik goda naura. Hebatkan plan aku?"

"what? Are you Serious? Kau ingat melur tu senang macam tu je ke percaya yang aryan buat kerja tu?"

"of course. Perempuan tu otak blur tau. Dia mesti percaya punya."

Angah tidak berkata apa, dia menghirup teh itu perlahan-lahan. Along memeluk lengan faris, kepala di sandarkan di bahu.

"sayang, i kesian dengan you sebab terpaksa berkorban lebih untuk i. I janji kita akan hidup bahagia lepas you dah dapatkan naura nanti."

"of course, sayang. Ini semua untuk kebahagian kita nanti. Tak lama lagi, cita-cita you nak balas dendam dekat naura akan tercapai."

Faris mencuit hidung along, along ketawa kecil. Angah menjeling, menyampah. Naik geli dengan drama mereka.



                    
                            "Nah"
Nenek menyerahkan secawan air kepada naura,naura mengerut kening. Dah kenapa tiba-tiba nenek bagi air ni? Letak racun ke?

"air apa ni nek?" soal naura.

"minum aje lah. Baik untuk perempuan." ujar nenek.

Naura tidak membalas apa-apa, dia terus menghirup air itu. Rapa pelik. Nak kata kopi bukan, nak kata tea pun bukan.

"haih,untuk isteri yan je ke? Yan punya takda?" soal aryan.

"air tu untuk perempuan je, kamu tu perempuan ke? Sibuk aje. Naura kalau boleh amalkan minum air tu, memang baik untuk mengandung nanti."

PURGHH!!

tersembur naura mendengarnya, aryan ketawa dengan reaksi naura.

"ish, kenapa di semburnya air tu? Penat nenek bancuhkan untuk kamu. Memanglah rasa tak sedap sikit, tapi minum je lah."

"ta.. Tapi.. Na.. Naura tak mengandung lagi nek."

"ish, mana pulak kamu tahu kamu tak mengandung? Kalau bukan sekarang, satu hari nanti kamu jadi ibu jugak kan?"

Naura hanya tersengih. Apasal topik malam ni pasal ibu mengandung ni? Takda topik lain ke? Aduhh..

"Naura, kalau kamu nak tahu. Bila mengandung nanti akan ada macam-macam jenis pantang kamu kena jaga tau? Si aryan ni pun mungkin akan kena pantang jugak Kadang-kadang."

"apa nenek ni, lambat lagilah naura nak rasa semua tu. Nanti-nanti lah cerita." celah naura.

Malu pulak bila nenek buka topik tu depan aryan, aryan pula layan saja mendengarnya. Siap senyum bagai, aku tumbuk karang!

"apa pulak lambat lagi? Kamu berdua merancang ke?"

"eh, tak!"

"habis tu? Ish, tak baik kalau merancang pasal benda ni. Benda ni memang wajib untuk suami tunaikan, orang panggil nafkah batin."

Ya Allah, nek. Sudahlah! Bernanah telinga naura dengar.omel naura.

Aryan tersengih, dia memandang naura.

"kalau si isteri tu tak nak macam mana, nenek?" soal aryan.

Naura mengecilkan matanya memandang aryan, dia ni memang saja nak panjangkan topik. Karang aku jadi pericolo baru tahu?!

"ish, mana boleh macam tu. Tak baik. Tugas seorang isteri harus tunaikan permintaan suami dia. Dapat pahala tau."

"Aduh! Sakit perutlah nenek. Maybe sebab air tu kot. Naura nak ke tandas kejab ek." bohong naura.

Naura terus bangun berlari pergi daripada situ. Hilang saja kelibatnya, terus nenek dan aryan ketawa.

"terbaiklah,nek!"

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now