29

57.5K 2.3K 92
                                    

                           "awak betul ke tak nak sarapan dulu? Haih, kesian tau dekat mummy. Penat dia masakkan untuk anak kesayangan dia." tegur naura.

Melangkah bersama aryan menuju ke pintu keluar, naura memeluk beg bimbit milik aryan.

"Alaa, daddy dengan carina kan ada? Diaorang boleh makan. Abang betul-betul dah lambat sangat ni."

"hmm, yela. Nah."

Naura menyerahkan beg bimbit aryan, aryan pun mencapainya. Dia memandang naura seperti menunggu sesuatu.

"kata dah lambat? Pergilah."

"takda nak ucap apa-apa ke?" soalnya.

Naura tersengih sambil menggaru kepala.

"Hati-hati." ringkas saja.

"just that?"

"habis tu? Awak nak apa? Nak saya dukung awak sampai ke tempat office? Huh?" soal naura, dia mencekak pinggang.

"where my morning kiss?" soal aryan.

Naura terdiam.

"Alaa awak ni, orang lain elok je pergi kerja. Takda pula nak morning kiss apa bagai." degus naura.

Aryan tersenyum, dia menarik wajah naura untuk menoleh memandang jiran sebelah. Isterinya menyalam tangan suami serta mencium pipi suaminya sebelum melangkah pergi. Naura ternganga.

"aw.. Awak nak saya buat macam tu? Serious lah? Memang tak lah! Eeii, gelilah!" rungut naura.

Dia memandang wajah aryan yang berubah merah padam. Okay, fine! Aku rasa angin dia nak naik.

"yela, saya buat.."

"tak payah. Kau pun bukannya nak sangat pun kan? Aku kan jijik dekat mata kau." sinis aryan.

Mula dah perangai pericolo dia. Naura mengeluh pendek.

"saya minta maaflah, saya takda niat pun nak kata macam tu."

"kalau kau takda niat, kau takkan bagi alasanlah, perempuan!" bentaknya.

Berkelip mata naura beberapa kali, terkejut dengan nada aryan yang meninggi.

"saya baru cakap.. "

"sudahlah! Malas aku nak hadap muka kau lagi! I hate you!"

Aryan terus melangkah masuk ke dalam kereta.

"eh? Awak! Awak, sabarlah! Saya minta maaf."

Baru saja naura ingin mengejar aryan, kereta sudahpun berlalu pergi. Penat aku nak jaga hati suami jenis perangai manja tak bertempat.



                             
                                  "mak cik, duduk sini dulu ye." pinta melur.

Nek pah mengangguk kepala, melur menoleh sekilas ke arah aryan yang baru saja tiba di pejabat.

"bos!" terus melur mengejar langkah aryan,  aryan memberhentikan langkah. Menoleh memandang melur.

"kenapa baju kau basah?"

"tak da apalah, bos. Ada minah gila tadi buat hal. Saya bawakan nenek naura datang sini, kesian saya tengok dia kena pukul dengan angah." ujar melur.

"nenek naura?"

"iye, itu dia."

Melur menunding jari ke arah nek pah yang duduk di sofa. Aryan mengenggam buku lima, dia benci dengan keluarga naura. Apa sebabnya ye?

"apasal kau bawa perempuan tua tu datang sini?!"

"ta.. Tapi bos dia nenek naura. Bos pun cucu dia jugak.. "

"hei, kau bawak perempuan tua tu keluar sekarang jugak daripada office aku!"

"tapi bos.."

"aku kata halau dia keluar atau aku pecat kau!!" ugut aryan.

Nek pah bangun daripada sofa, dia meluru ke arah mereka. Melur sudah menunduk kepala, pertama kali kena marah.

"aryan.."

"kau diam, perempuan! Kau datang sini nak apa? Huh? Kau saja nak bawa naura lari daripada aku kan?!"

"bukan, aryan. Nek pah datang sini sebab nak bagitau pasal wasiat tu. Maafkan nek pah."

"Wasiat tu dah takda kena mengena dengan naura, berambus!!"

"aryan, dengar dulu.. "

"aku kata berambuslah!!"

Aryan menolak nek pah yang cuba mendekatinya, nek pah jatuh ke lantai. Melur menutup mulutnya, tak sangka aryab berani berbuat begitu pada orang tua.

"aku tahu apa niat kau datang sini, kau jangan harap aku akan bawa naura jumpa keluarga dia lagi! Aku suami dia, bukan faris!!"

"nek pah tahu, Aryan. Nek pah bukan nak paksa kamu ceraikan naura.. Ta.. Tapi.. "

"itu semua alasanlah! Kau saja nak perangkap aku, lepastu kau culik naura kan? Then kau kawinkan dia dengan faris? Huh? Aku tak bodohlah, perempuan tua! Kau, dengan si angah tu sama level."

"aryan.."

Nek pah menyentuh kaki aryan, Namun di tepis kasar.

"don't touch me!"

"nek pah tak rancang untuk pisahkan kamu dengan naura. Percayalah. Nek pah tak bersubahat dengan angah.. "

"really? Sorry, aku tak percaya kata-kata mulut orang tua macam kau. Berambus!! Sekuriti! Bawak perempuan ni keluar daripada office aku!"

"bos, bagilah nenek Naura jelaskan dulu.. "

"kau diam, melur. Pergi sambung kerja kau!"

"ta.. Tapi.. "

"i said go!!"

Melur tidak membantah, dia terpaksa meninggal nek pah. sekuriti terus menarik nek pah keluar daripada syarikat itu.

Tiada langsung peluang untuk nek pah memberi tahu perkara sebenar, semua kerana ego aryan yang terlampau tinggi. Dan takut kehilangan naura.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now