92

49.5K 2K 100
                                    

Naura duduk di atas kerusi rotan yang dikelilingi dengan bunga orkid. Kawasan ini memang penuh dengan bunga, nenek camella memang suka bunga lebih-lebih lagi orkid.

Sebab itulah, rumahnya banyak bunga.

Sedang aku menikmati keindahan taman ini, tiba-tiba aku terbau nasi lemak. Ini mesti aryan nak buat aku lapar lagi sekali.

"naura." sapa aryan.

Dia melangkah ke arah kerusi di sebelah naura lalu melabuh di situ. Nasi lemak di letakkan di atas meja bulat yang diperbuat daripada kayu.

"awak ni memang takda tempat lain ke nak makan? tolonglah kesian dekat saya. Saya tengah bajet Sekarang ni." keluh naura.

"siapa cakap untuk abang? Ini abang buat untuk naura lah. Abang tak kejam sangat sampai biarkan isteri dalam kelaparan. Haha. Nah, makanlah."

Aryan menolak pinggan nasi lemak itu ke arah naura. Naura tergamam. Biar betik? Ini aryan ke? Atau dia hilang ingatan sekali lagi ni?!

"aw.. Awak series ek? Takda apa-apa permintaan ke? Atau bayaran ke?" soal naura.

Aryan hanya menggeleng. Naura tersenyum gembira, dapat juga aku makan nasi lemak dekat itali!

Naura menadah tangan membaca doa makan, sebelum menjamu nasi lemak di hadapannya.

"sayang."

"hmm?"

"sayang masih bencikan abang ke? Atau marahkan abang pasal tadi?" soal aryan.

Naura terdiam. Dia yang sedang menjamah tadi berhenti sekelip mata mendengar soalan daripada aryan.

"abang cuma nak sayang tahu, yang abang betul-betul tak sengaja nak lupakan naura waktu tu. Yes, memang abang boleh ingat balik, tapi bila abang ingat..kepala abang rasa sakit. Itu yang abang mengalah."ujarnya.

Naura masih lagi mendiam. Dia memenyet nasi lemak di hadapannya dengan sudu. Aryan pasti, naura masih lagi terasa hati dengannya.

Dia merapatkan sedikit jaraknya dengan naura, kedua belah tangan naura ditarik. Spontan sudu di lepaskan, badan naura beralih menghadapnya.

"tolong jangan buat abang macam ni. Sayang tahu tak, bila sayang takda hidup abang tak tentu arah. Ab.. Abang jadi risau sangat dengan sayang. Tolong jangan tinggalkan abang lagi." rayu aryan.

"benda dah lepas. Tak payahlah nak ungkit."

"no. Abang akan ungkit benda ni sampai sayang maafkan abang. Sumpah, demi Allah kalau masa tu abang tak hilang ingatan, abang takkan beralih cinta abang pada naura. you are my first love, and my last love forever naura. Trust me."

"haihh, saya dah kata benda lama tak payah nak ungkit kan? Saya fahamlah, awak sakit masa tu. Saya pergi sini sebab saya tak nak awak stress tengok muka saya. Tapi, bila awak dah sihat. Barulah saya boleh balik malaysia." balasnya.

"so? Sayang maafkan abang?"

Naura mengangguk kepala. Aryan tersenyum. Dia terus memeluk naura dengan erat.

"ehem! Ehem! Tahulah orang sana dah kawin, tapi kenalah ingat juga orang sini bujang lagi. Nak bersweet pulak dekat sini." cemito mencelah.

Pantas naura menolak aryan ke belakang, mereka menoleh serentak memandang cemito yang berdiri di hadapan kolam ikan sambil mengunyah kacang.

"siapa suruh kau datang sini? Pergilah duduk dalam rumah!"

"dalam rumah panas. Tak sangka luar lagi panas. Untunglah dah ada isteri, boleh manja-manja. Aku ni? Tengok orang isteri orang je." sindir cemito.

Aryan dan naura ketawa. Tak sangka kuat juga cemburu si cemito ni.



Hari berganti malam, secawan teh panas di letakkan di atas meja. Naura memandang aryan yang baring di atas katil, menonton rancangan yang di mainkan di tv.

"sayang. Esok kita balik malaysia ya? Mesti family abang rindu nak jumpa sayang." cadang aryan.

Matanya masih tertumpu pada rancangan tv itu, naura mengangguk. Dia melabuh punggung di sebelah aryan.

"saya dah buatkan air untuk awak. Kejab lagi minum ya."

"abang tak nak teh lah sayang.." rungut aryan, manja.

Pinggang naura di peluk daripada belakang, dagu aryan di letakkan pada bahu belah kanan naura.

"habis awak nak apa? Kopi? Buatnya tak boleh tidur. Baru padan dengan muka awak."

"abang tak nak kopi jugak. Abang nak sayang."

"eeii.. Mengada!"

Naura mencubit hidung aryan, dia ketawa. Pipi naura di kucupnya berkali-kali, geli pula naura si buatnya. Dia menolak dada aryan ke belakang.

"tak nak lah, tumbuk karang!"

"alaa.. Bukannya orang lain. Suami naura jugak kan?"

"memanglah tapi.."

PECHHH!!!

tersentak naura dibuatnya mendengar ada kaca jatuh di luar bilik mereka berhadapan dengan tingkap. Naura memandang aryan.

"bunyi apa tu?"

"tak tahu. Kejab, abang pergi tengok."

"eh, tak payahlah. Malam-malam buta macam ni takut ada orang jahatlah. Biarkan je lah.."

"takpa, abang tengok kejab je ek. Tunggu sini."

Aryan melompat turun daripada katilnya, lalu melangkah ke arah tingkap itu lalu menolaknya.

Terbeliak mata aryan melihat surat yang tergantung di hadapan tingkapnya dengan dipenuhi darah.

Dia mencapai surat itu, dan membaca apa yang tertulis.

"NAURA aku punya. Lebih baik kau ceraikan dia sebelum aku buat lebih teruk selepas ni. Jangan cabar aku Aryan "

Naura bangun melangkah ke arah aryan saat melihat wajah suaminya bertukar pucat. Naura menjenguk sikit, melihat apa isi surat itu.

"someone is watching you,naura." aryan bersuara.

Aku memandangnya. Siapa yang sedang memerhatikan aku sekarang? Hati aku sudah mula merasakan tidak sedap.

"saya takutlah awak.."

"Its okay, abang takkan tinggalkan sayang. Jangan takut ya."

Naura mengangguk perlahan, aku pasti selagi aryan ada, selagi itu aku selamat. Ya Allah, jauhilah aku daripada segala mala petaka!

Senyuman sinis terukir di bibir lelaki yang memakai hoodie hitam. Dia sedang memerhatikan naura daripada jauh.

"tak lama naura. Kau akan jadi milik aku juga. Tiada apa yang akan halang aku." sinisnya.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें