75

42.3K 1.9K 214
                                    

                        Naura berhenti di laluan koridor, dia menutup mulut. Air matanya tak henti mengalir menahan sebak di dada.

"kenapa melur? Kenapa kau kejam sangat dengan aku? Ap.. Apa salah aku dekat kau."

Naura melutut ke lantai, dia terasa lemah di saat dirinya diuji begini.

Langkah cemito terhenti melihat naura yang terduduk di lantai. Pantas dia berlari anak menuju ke arah naura.

"hei, kenapa ni? Apasal awak menangis macam ni? Aryan pukul awak ke? Huh?" soal cemito.

Naura menggeleng.

"habis tu? Naura, saya tahu aryan masih belum ingat awak. Tapi, awak tak boleh mengalah. Awak kena kuat!"

"ini bukan soal mengalah ataupun tak cemito. Saya dah penat, awak tahu tak? Saya langsung tak faham apa yang melur tak puas hati dengan saya? Saya Kecewa dengan diri dia yang sekarang.." adunya.

Cemito mengerut kening.
Mengapa melur tiba-tiba di kaitkan dengan situasi sekarang? Apa pula yang melur dah buat?

"melur datang sini ke?" soal cemito.

Naura tidak menjawab, malah menutup wajahnya dan menangis. Cemito mengenggam tangannya, dia bangun melangkah masuk ke dalam bilik aryan.

BUM!
pintu di hempas kuat, tersentak melur di buatnya.

Aryan pula sudah terlena kepenatan, melur sudah cuak. Cemito terus menarik tangan melur, di bawa keluar daripada bilik aryan.

PAP!

wajah melur di tampar sebaik sahaja mereka keluar daripada bilik aryan. Ramai orang yang menyaksikan situasi itu.

Naura tergamam apabila cemito bertindak begitu. Melur menyentuh wajahnya.

"aku ingat kau dah menyesal tau! Sedar sikit diri kau tu dah kotor! Penuh dosa, melur! Kau seksa kawan kau sendiri, kau sedar tak?!" bentak cemito.

Melur mengetap bibir. Dia menahan perit di wajahnya. Air matanya menitis.

"kau nak nangis? Huh? Sebab apa? Sebab sakit aku tampar kau? Hati kawan kau lagi sakit kalau kau buat macam ni melur! Kau cakap dengan aku, kau perlukan peneman. Tapi kalau perangai kau macam ni, orang gila pun tak berani dekatlah!"

Bentaknya kuat. Melur menunduk. Naura bangun daripada terus duduk di situ, dia menarik cemito ke belakang.

"orang tengok awak cemito. Jangan cemarkan nama awak."

"Aku lebih rela cemarkan nama aku, daripada biarkan perempuan kotor ni rosakkan hubungan saudara aku!" degusnya.

Mereka sudah anggap seperti adik beradik, abang mana tak marah kalau adik di buli kan? Kecuali orang yang tak bertanggung jawab aje akan buat semua tu.

"kau bagitau aku, melur. Kenapa kau seksa naura macam ni? Kau nak apa? Apa salah dia?"

"dia tak salah apa pun."

"then? Apasal kau buat kerja bodoh tu?"

"saya cuma nak anak ni ada bapak dan aryan percaya ini anak dia! Saya tak nak budak ni malu, awak. Saya perlukan suami." ujarnya.

"suami? Nak suami dengan cara macam ni? Bayi dalam kandungan kau tu, anak Faris kan? Apasal kau tak tuntut dekat dia?"

"di.. Dia tak nak. Saya dah tak mampu nak buat apa lagi selain mengaku yang saya isteri aryan."

"kau ni memang.. "

Mahu saja cemito menampar sekali lagi wajah melur, namum naura sudah menghalang.

Ramai juga yang memandang Mereka, takut timbul pula gosip lelaki dayus pukul perempuan padahal dia cuma ingin menegur melur.

Tapi teguran cemito agak kasar, jadi mungkin boleh menyebabkan fitnah.

"aku nak kau pergi dekat aryan kata yang kau bukan isteri dia. Sekarang!!" arah cemito, tegas.

Melur mengetap bibir, dia memandang naura yang berdiri di belakang cemito. Kepalanya di gelengkan, melur terus melarikan diri daripada situ.

"hei, perempuan!!"

"cemito sabar. Biar saya yang jelaskan dekat aryan nanti. Sudahlah. Awak dah banyak tolong saya."

"tapi melur tu dah melampau naura!"

"saya tahu, Tapi awak nak kejar dia sampai mana? Biar saya yang selesaikan ya."

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now