89

47.2K 2K 165
                                    

                            Melur membuka kelopak matanya perlahan-lahan, tangannya menyentuh kepala yang terasa pedih.

Wanita berbaju kod hitam itu terus bangun melihat melur yang baru sedarkan diri.

"Alhamdulillah, cik dah sedar. Risau saya dibuatnya tadi." ujarnya.

Melur menoleh memandang wanita itu, dia tersenyum melihat melur yang memandangnya.

"mak cik siapa?"soal melur.

"Saya Datin Cemita Laila, awak boleh panggil saya mak cik laila aje." balasnya, memperkenalkan diri.

Melur mengerut kening, nama itu ada iras-iras pula dengan cemito. Ibu cemito kah?

"ma.. Mak cik ada anak lelaki ke?" soal melur lagi.

Dia mengangguk, memang sah dia obu cemito. Apa dia buat di sini?

"ya. Saya ada 3 orang anak. Seorant anak lelaki, dua orang anak perempuan. yang sulong namanya cemito. Kenapa? Awak kenal ke?"

"haah. Sa.. Saya kenal. Cemito tu saudara aryan kan?"

"betul. Awak mesti kawan cemito kan? Cantik Orangnya. Mesti baik hati." puji laila.

Melur hanya mampu tersengih, dia sendiri tidak rasa yang dia memiliki hati yang baik.

Kerana,dia sudah memusnahkan rumah tangga rakan baiknya sendiri. Masih layak kah dia menerima gelaran baik?

"macam mana saya boleh ada dekat sini? Tak silap saya. Tadi saya di kubur."

"saya yang bawa awak ke sini. Tadi, Saya jumpa awak terbaring dekat atas tanah kubur dengan kepala awak yang berdarah. Awak kena pukul dengan sesiapa ke tadi di sana?"

"entah. Saya tak ingat. Kepala saya sakit sangat." bohong melur.

Kalau dia beritahu semua itu, pasti teruk lagi nasib yang dia kena.

"awak biar betul? Teruk luka dekat kepala awak tu, macam kena tetak dengan something. Janganlah takut, kalau awak berdiam diri macam ni. Lagi teruk yang akan jadi,tahu?"

"takda apa yang perlu di risaukan, mak cik. Mungkin buah kelapa jatuh atas saya kot?"

"buah kelapa? Situ mana ada pokok kelapa?"

"kalau bukan buah kelapa, mungkin buah lain?"balasnya.

Ada logiknya juga buah jatuh atas kepala, tapi kalau di ikutkan, di situ cuma ada pokok biasa saja.

"apa-apa sajalah. Mak cik panggil doktor kejab ya, nak suruh dia chek apa yang patut."

"baik, mak cik."

Datin laila pun mengangkat kaki keluar daripada bilik itu, mencari doktor untuk merawat melur. Melur hanya duduk bersandar pada kepala katil,  sementara menunggu mereka.





                               Aryan memeluk tubuhnya, dia memandang ke arah luar tingkap. Nak merajuklah tu kononnya.

Naura melangkah masuk ke dalam bilik, dia buat-buat seperti tiada apa yang jadi. Aryan pun belum pujuk aku,  jangan harap aku nak pujuk dia!

Majalah harian di ambilnya, lalu naura melabuh punggung di sofa dan pura-pura membacanya.

"eh, eh.. Ada tajuk baru lah. Katanya, lelaki sado tapi dalam hati ada patung barbie. Zaman sekarang memang banyak yang dah berubah, nak cari lelaki gentleman memang susah." naura bersuara.

Dalam masa yang sama dia mengejek aryan, aryan menjeling.

Sajalah tu nak naikkan mood pericolonya, namun dia cuba untuk menahan. Aryan masih menantikan pujukan daripada naura,seperti sebelum ini.

"Ada tajuk baru lagilah, Isteri lari rumah kerana lelaki lupa diri, lepastu tak reti nak pujuk balik. And then, ada hati nak isteri pulak pujuk. Ish, ish.. Panjang betul tajuk dia." sindir naura lagi.

Aryan sudah mula hilang sabar, dia melangkah ke arah naura. Majalah harian itu di rampasnya, dan di campak ke tepi.

Naura turut bangun, dia berdiri di hadapan lelaki tinggi itu. Kepalanya sedikit terdongak, tangannya mencekak pinggang.

"apa?"

"apasal kau ejek aku macam tu?" soalnya.

"sebab dah memang itu situasi sekarang ni. Sepatutnya awak sebagai lelaki yang budiman yang kena pujuk saya! Dah lah, lupa saya. Lepastu, nak merajuk pulak."

"bila masa aku merajuk? Takda maknanya aku nak merajuk. Setakat bungan ros, entah celah longkong mana dia kutip bagi dekat kau."sindir aryan.

Naura mengecilkan matanya, dah merajuk tak nak mengaku pula.

"hei, selama ni saya je yang pujuk awak tau tak? Dah lah mood pericolo tak tentu hala, malu saya jadi isteri awak!"

Aryan ternganga. Berani naura berkata begitu padanya. Memang betul-betul nak cari nahas ni!

"oh, malu? Kau nak kata kau menyesal lah sekarang ni?"

"tak kata pun. Awak yang cakap macam tu. Lagipun, satu malaysia dah tahu perangai awak ni macam mana?"

"heh, ye lah tu. Macam mana?"

" awak ni Jenis sensitif, manja, lepastu ego and yang paling saya geram adalah perangai awak yang tak reti nak mengalah! Asyik awak aje betul. Baik awak tukar nama aryan kepada aryana je, perangai kalah perempuan!"

Aryan mengenggam tangannya membentuk buku lima, geram. Dia mengetap bibir. Nafasnya sudah seperti naga sedang mengamuk.

Naura memeluk tubuh, berlagak menang. Kakinya menepuk lantai seperti orang senang.

"apa? Nak marah lah tu? Ingat sikit ya, awak belum pujuk saya lagi tau. Kalau awak marah saya, saya tak nak ikut awak balik malaysia. Lepastu, boleh saya mengorat orang itali dekat sini. Semua handsome belaka, yang penting.. Tak pericolo macam awak."

"Eeii..kau boleh pulak cakap macam tu?!"

"heh, tengok mulut lah. Baik saya tidur lagi bagus, sebelum ada gunung berapi meletus. Nanti tak pasal-pasal saya masuk hospital. Good night, mr. Pericolo."

Wajah aryan di tampar perlahan, naura tersenyum menang. Dia melangkah menuju ke tempat tidurnya tadi, iaitu di atas lantai.

"takpa. Mr. Pericolo kau panggil aku ek? Nasib baik bunyi dia sedap. Kau tunggu esok, aku kerjakan kau mati-matian." ugut aryan geram.

Naura hanya mengabaikan saja, dia menarik selimut menutup hingga ke paras bahu dan menutup mata.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now