69

43.8K 1.8K 73
                                    

                          Engku dian berdiri di hadapan sebuah rumay banglo besar. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin lalu di hembus keluar.

Loceng rumah di tekan sekali, automatik pintu terbuka dengan sendirinya.

"ye, puan cari siapa?" soal pengawal yant menjaga di situ.

"saya nak jumpa dengan Ahmah aryan louis, boleh?"

"maaf. Encik Aryan tiada di rumah. Dia sekarang berada di hospital. Ada apa ya nak jumpa encik aryan?"

"saya nak bincang tentang.."

"siapa tu?" louis mencelah.

Serentak pandangan mereka beralih ke arah louis yang menuju ke arah mereka berdua.

"encik ayah kepada aryan ke?" soal engku dian.

"ye. Saya ayah dia. Awak siapa?"

"saya engku dian. Saya datang sini sebab terima surat saman daripada keluarga encik. Sebab itu saya datang ke sini untuk bincang sekejab." ujarnya.

Louis tersenyum sinis.

"bincang? Nak bincang apa lagi? Nak suruh saya batalkan saman tu? Hei, sedar sikit apa anak awak dah buat pada anak saya!"

"saya tahu ini semua salah anak saya. Tapi, saya takda kena mengena dalam hal ni. Saya tak mampu nak bayar sampai 500 ribu, encik."

"itu bukan masalah saya, puan. Anak puan yang timbulkan semua ni. Jadi Pandai-pandailah puan bincang dengan dia." degus louis.

"tolonglah, encik. Saya merayu sangat-sangat."

Engku dian cuba memujuk supaya menarik saman itu semula. Dia sudah tiada wang lagi, disebabkan faris. Harap saja memegang nama Engku namun kekayaannya sudah lenyap dek kerana faris.

"kalau puan tak mampu nak bayar saman saya, puan boleh masuk penjara. Tak susah kan? Kalau tak nak masuk penjara, kerja keras sikit dapatkan duit." sindir louis.

Engku dian menunduk. Louis melangkah kembali masuk ke dalam rumah. Pujukan rayuannya gagal terpaksa juga dia membayar segala saman.


                               Along memeluk faris di atas katil yang sedang sibuk dengan talefonnya. Dia menyandarkan kepala di bahu faris.

"sayang.. Cantiknya rumah you. I tak sangka you kaya macam ni. Tapi bila you nak goda naura? Alang-alang aryan ada dekat hospital you pergilah cari naura."

"baby, petang nanti sayang carilah naura. Sekarang, sayang nak luangkan masa dengan baby."

Hidung along di cuit, manja. Along tersengih nampak gigi. Talefon di letakkan di atas meja.

"you ni, nakallah. Sebab tu i sayang you sangat-sangat."

Pelukan di ketatkan,faris tersenyum. Rasa nak cari baldi pun ada dengan kemesraan mereka.

"i love you to, baby. Lepas kita kaya nanti, sayang akan bawa baby pergi ke luar ngara.  Kita akan menetap dekat sana berdua."

"are you Serious? Ouh.. So sweetlah sayang. Tapi, macam mana you nak dapatkan naura? You takkan nak gunakan melur lagi?"

"sekarang kita dah tak payah guna melur. I know apa nak buat nanti. Just wait and see, okay?"

Faris mengucup lembut dahi along, seronok betul along apabila faris sanggup melakukan apa saja deminya.

DUSH!

Pintu dihempas kuat, tersentak along dan faris di buatnya. Engku dian mengetap bibir, sudahlah faris tidak menganggapnya ibu. Lepastu, bawa perempuan masuk rumah pulak tu?

"kau buat apa ni faris?! Huh?"

"hei, perempuan.. Kau yang patut aku tanya kenapa?! Keluarlah!"

Faris melompat turun daripada katil, tubuh engku dian di tolak keluar daripada bilik. Namun engku dian enggan, dia cuba menahan diri dari keluar daripada situ.

"kau dah dapat nak halau aku keluar dari sini kan? Kau sedar sikit ini rumah aku!!"

"kau siapa nak cakap macam tu? Engau tu dah tua, lambat laung kau mati jugak,bodoh!"

Bentak faris. Engku dian tersentap mendengarnya. Dia memandang perempuan yang berada di atas katil anaknya.

"along? Perempuan tu kakak naura yang dah mati tu kan? Macam mana.."

"kau tak payah sibuklah! Keluar!!"

"korang berdua rancang apa sebenarnya? Engkau kata along dah mati habis siapa perempuan tu?!!"

"engkau ni memang buat aku sakit hatilah!"

Faris terus mengheret engku dian keluar daripada biliknya. Dia membawa engku dian sehingga ke pintu keluar.

Terus wanita itu di tolak kasar sehingga jatuh ke tanah.

"mulai sekarang, ini rumah aku. Engkau boleh berambus daripada sini. Aku tak nak tengok muka kerepot kau tu lagi, faham!!"

"faris jangan buat.."

Bum!!

Pintu di tutup. Engku dian tak sempat berkata apa. Mengapa nasibnya begitu malang hari ini?

                 

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now