48

50K 2.1K 106
                                    

Naura melangkah masuk ke dapur, dia melihat nenek yang sedang memotong sayur.

Kerusi di tarik, lalu di labuh punggung di situ tanpa arahan.

"nenek nak masak apa tu? Boleh naura tolong."

"tak payahlah. Kamu tu tetamu. Biar nenek aje yang masak. Aryan mana?"

"aryan dia tidur, katanya pening tadi. Maybe penat sangat kot masa memandu tadi." ujar naura.

Nenek mengangguk faham. Naura mencapai tomato yang berada di dalam mangkuk, pisau juga di ambilnya. Takkan aku nak tengok je?

"beruntung kamu dapat aryan. Dulu, payah nenek nak paksa aryan tu cari bini. Ada aje alasannya! Sampaikan nenek mengaku kalah dengan dia. Degil!"

Beruntunglah sangat. Tiap-tiap hari aku kena maki dengan dia, beruntung ke namanya tu?

Naura tersengih.

"Aryan tu ramai aje perempuan gilakan dia. Lagi-lagi si janda milah tu. Tak padan dengan tua nak pikat cucu orang!"

Naura ketawa mendengarnya. Takkan sampai macam tu sekali orang gilakan aryan?

"janda milah tu siapa nenek?"

"janda milah tu Khamilah namanya, dia tu janda anak tujuh. Bercerai sebab janda milah tu syok dekat si aryan. Tapi kesian, aryan tak layan dia."

"haha. Habis, sampai sekarang jadi janda ke?"

"ish, takda lah. Dia dah ada calon baru. Nenek nak tanya sikit, macam mana kamu ngorat si aryan tu sampai dia kawin dengan kamu? Setahu nenek, dia tu garang plus sombong dengan orang."

"saya dengan aryan kawan je dulu, nek. Kamu tak pernah bercinta pun. Saya kenal aryan sejak bekerja dekat kilang lagi. Saya aje lah dulu satu-satunya sahabat sejati dia." ujar naura.

Nenek mengangguk faham, sayur di tuang masuk ke dalam mangkuk. Dia mengambil serai pula.

"Maknanya, kamu lah perempuan yang aryan tunggu selama ni? Kenapa lama sangat kamu bagi masa dekat dia? Kamu was-was ke?" soal nenek lagi.

Naura menggeleng, apa aku nak jawab? Nenek aryan ni dah macam wartawan soal aku macam-macam.

"atau kamu takut nak kawin dengan aryan?"

"kenapa naura nak takut pulak dengan dia?"

"eh, dia tak pernah mengamuk ke?"

"pernah tu pernah. Tapi takkan orang takut dengan dia sebab mengamuk je? Mesti ada benda lain."

"si aryan tu dia memang normal. Tapi normal dia tu terlebih sampaikan orang menyampah!" sindir nenek.

Naura mengerut kening.

"maksud nenek?"

"maksud nenek, orang lain pun ada tahap jeles dia. Tapi cucu nenek ni lain sikit, jeles dia tu kalau boleh semua benda nak jeles! Dulu masa hari jadi carina, mummy dia belikan taddy bear. Sekali si aryan tu merajuk sampai tak keluar bilik seminggu."

"seminggu?!"

"iye. Kamu sebagai isteri aryan yang sah, kamu jagalah hati dia baik-baik. Ikut aje cakap dia, jangan membantah. Kalau hati dia sakit, kamu yang dapat dosa tau." ujar nenek.

Naura mengangguk faham, betul apa yang nenek katakan itu. Berdosa seorang isteri jika menyakiti hati suaminya walaupun sekecil zarah.

"NAURA!!"

"OI MAK KAU TERGOLEK! EH?!"

pantas naura menutup mulutnya, terkejut apabila namanya di sebut tegas. Apa pulak yang tak kena ni?.

"kenapa dengan aryan tu? Pergi tengok dia."

"eh, Biarlah. Naura nak tolong nenek."

"ish, jangan! Mengamuk suami tu karang. Pergi aje. Kamu nak ke aryan tu marah kamu? Cepat, pergi jenguk dia."

"baik, nek."

Kes apa lah dia nak marah aku kali ni, aku tolong nenek pun salah ke? Kalau macam ni, aku pun jadi pericolo jugak.




Surat berhenti kerja di tolak ke arah cemito. Melur menunduk kesal. Sebaknya nak tinggalkan tempat kerja.

"melur, are you okay? Kenapa tiba-tiba nak berhenti kerja? Aryan kata awak pekerja yang bagus dekat sini."

"saya tahu, bos. Tapi saya perlukan masa untuk tenangkan diri buat sementara waktu." ujar melur.

"apa masalah awak melur? Awak boleh share dengan saya."

Melur menggeleng.

"bos tak perlu tahu. Ini hal pribadi saya." degusnya.

Cemito memahami. Mungkin masalah besar sangat kot? Cemito mengambil surat itu, membacanya.

"saya tak bagi awak berhenti kerja."

"tapi kenapa bos? Sa.. Saya bukannya buat salah apa pun dekat company ni. Saya cuma nak tenangkan diri."

"awak boleh minta cuti pada saya."

"saya tak nak. Cuti yang bos bagi belum cukup untuk saya tenangkan apa yang dah berlaku sekarang."

"just tell me what happened to you?"

"benda ni takda kena mengena pun dengan company, bos. Tolonglah faham saya."

"I can't. Awak pekerja yang bagus melur. Susah nak dapatkan pekerja yang ikhlas macam awak dalam dunia ni. Please.. Jangan berhenti kerja. Aryan mungkin akan ada masalah nanti kalau awak berhenti." ujar cemito.

Melur menggeleng, dia menunduk dan menangis.

"takpa. Kalau bos tak bagi saya berhenti, saya tetap nak berhenti. Saya takkan datang sini lagi." degus melur.

"melur!"

Dia terus melangkah keluar daripada bilik itu, air mata di kesatnya. Buat kali terakhit dia jejakkan kaki di syarikat ini.

Along melangkah keluar disebalik dinding, dia memeluk tubuh dan tersenyum sinis.

"finally, berambus pun kau perempuan. And now, just tinggal naura and aryan."

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEKde žijí příběhy. Začni objevovat