95

48.7K 2.1K 486
                                    

                      Cemito duduk di hadapan kolam ikan, kakinya direndam ke dalam kolam itu sambil dia goyangkan ke belakang dan ke depan.

Melur memandang sekelilingnya, tiada orang. Dia berjalan ke arah cemito yang duduk seorang diri.

"Hai. seorang aje ke?" tegur melur.

"eh? Tak! Aku tengah borak dengan kawan aku ni, nama dia si pokok. Almaklumlah, takda girlfriend so? Pokok ni aje lah jadi teman wanita aku." sindir cemito.

Melur mengecilkan matanya, orang tanya elok-elok di balasnya begitu. Cemito menjeling, menyampah. Soalan tak mencabar minda langsung!

Melur melabuh punggung di sebelah cemito, terus cemito bergenjak ke kanan. Tidak mahu jaraknya rapat dengan melur.

"awak masih marahkan saya?" soal melur.

"Buat apa aku nak marah? Kau kacau rumah tangga aryan, bukannya aku."

"maknanya, awak boleh terima saya lah? Kan?"

"tak!"

Melur mencebik. Tadi kata tak marah, tapi tak boleh terima pula. Cemito memeluk tubuhnya, melur pula bermain dengan jari jemarinya.

"anak kau sihat ke?" cemito menyoal.

Melur mengangguk kepala. Tangan kanannya menyentuh perut.

"alhamdulillah, sihat. Sepanjang duduk hospital doktor selalu juga chek keadaan baby ni." balasnya.

Cemito mengerut kening. Dia memandang melur.

"duduk hospital? Buat apa?"

"dah nama pun hospital, sakitlah. Takkan main snooker pulak?"

Tadi kata soalan tak kena tempat, dia pun sama! Cemito mengeluh kecil, lembab juga otak wanita ini. Maksudnya lain, tapi lain pula yang di fahami.

"haihh.. Aku maksudkan, kau sakit apa sampai kena masuk hospital? Itu pun tak boleh fikir ke?"

"cakaplah sakit apa? Bukannya buat apa dekat hospital? Memang lainlah maksud dia! Mama awak jumpa saya terbaring dekat kubur nek pah."ujarnya.

Cemito tergamam.

"kubur nek pah? Nek pah dah meninggal?! Apa dah jadi?"

Melur menepuk dahinya, lupa pula dia untuk beritahu naura tentang kematian nek pah. Takut-takut nanti balik malaysia terkejut pula.

"alamak. Macam mana boleh lupa ni? Ini mesti sebab kena tetak dengan batu tu. Along ni pun satu kurang ajar!"

"along? Tetak? Ka.. Kau kena pukul dengan faris and munafik geng ke?" soal cemito, risau.

Melur membuat riak wajah pelik. Faris and munafik geng? Sejak bila pula nama tu tercipta? Ada-ada sahaja cemito ini.

"takda apalah. Dah nama pun dendam, takkan tak kena balasan kan?"

"diaorang buat apa dekat kau? Aku memang pantang betullah kalau aku dengar cerita macam ni! Kalau si faris tu ada depan mata aku memang aku belasah dia sampai lunyai! Dah lah dia buat kau mengandung, Lepastu tak nak bertanggungjawab pulak tu. Dasar jantan tak guna! Plus munafik! Plus Kh*nzir pink!" sinisnya.

Melur hanya ternganga.

Geram betul cemito dibuatnya, dia mengetap bibir. Tangan kanannya menumbuk lantai di sebelah kanan. Tak puas hati.

Melur tiba-tiba sahaja ketawa melihat reaksi cemito.

"apasal kau gelak? Aku marah pun kelakar ke?!"

"bukannya kelakar. Tapi, comel. Awak macam ambil kesah pasal saya aje. Awak suka saya ke?"

Terus cemito menjadi gugup. Dia menggaru kepalanya, dia sudah mula tidak duduk diam. Melur tersenyum.

Cemito buat-buat seperti mengira berapa ekor ikan di dalam kolam itu. Demi melarikan diri daripada soalan melur tadi.

"Saya tahu awak pernah suka saya." melur bersuara.

"eh, kau jangan.. "

"tapi bukan lagi sekarang." sambung melur.

Cemito terdiam. Melur menunduk memandang kolam ikan itu, dia tersenyum.

"siapa yang nak terima perempuan macam saya? Hati siapa yang senang nak terima orang yang pernah rosakkan hubungan orang lain. Saya mungkin dah terlepas benda yang paling  berharga dalam dunia ni, tapi.. Saya dah tak harapkan semua tu. Saya cuma harap, saya dapat hidup bahagia macam dulu." ujar melur.

Mulut di ketap kuat, cuba untuk menahan sebak. Dia tidak mahu menangis di hadapan cemito, nanti ada pula yang kata nak ambil simpati.

"Saya dah fikir masak-masak, lepas aje budak ni keluar. Saya nak bagi dekat kawan saya, nama dia atiqah. Dia dah 5 tahun berkahwin, tapi belum ada cahaya mata. Rasanya lebih elok kalau budak ni duduk dengan orang yang baik kan?"

"kenapa kau tak nak jaga? Malu?"

"bukan sebab malu, cemito. Saya tak kesah kalau saya malu, tapi saya kesahkan anak saya. Saya tak nak, disebabkan saya.. Dia kena kecam teruk dengan kawan. Saya takut kalau dia tertanya mana ayah dia." ujarnya.

Melur mengesat sedikit air matanya yang hampir menitis. Cemito yang mendengarnya juga terasa sebak. Namun di tahan sekuat-kuatnya.

Air mata lelakilah katakan.

"Tapi, saya terima apa yang dah berlaku sekarang. Mungkin, ia satu ujian untuk saya tempuhi. Allah takkan uji seseorang itu kalau dia tak kuat. Betul tak? So, maknanya saya seorang wanita yang kuat." melur tersenyum, dan cuba untuk memberi semangat pada diri sendiri.

Cemito berdehem seketika, membetulkan suaranya yang bertukar nada getar seperti baru lepas nangis.

"so? Apa nama anak kau?" soal cemito lagi.

Melur menjongket bahu, dia tidak tefikir pula nak letak nama anak.

"maybe, kalau dia perempuan saya letak nama dia mawar?"

"kau ni memang suka letak nama bunga ke? Dekat office penuh dengan nama bunga, melur,Rose, Orkid, kasturilah nasib baik takda nama bunga taik ayam! Nama naura seorang je bukan bunga."

"sebab nama bunga senang nak ingat. Macam saya? Melur."

"eii, tak malu puji diri sendiri. Kalau lelaki kau nak letak nama apa? Bayam? Kunyit? Tembikai? Carrot?"

Melur ketawa. Takkan lah dia nak letak nama begitu. Almaklumlah, trend zaman terkini nama anak pelik-pelik belaka.

"saya letak nama cemito lah. Haha."

"nama aku jugak kau petik. Apasal nama aku? Aku tahulah nama aku unik."

"sebab orang yang bernama cemito selalu ada untuk ingatkan siapa saya. Dan dia juga orang pertama yang buat saya jatuh hati." ujar melur.

Cemito terdiam seribu bahasa mendengar ayat melur. Selalunya lelaki yang akan bagi ayat manis begitu, tapi terbalik.

"Saya masuk rumah dulu."pinta melur.

Dia bangun lalu melangkah masuk ke dalam rumah, hilang sahaja kelibat melur. Cemito menyentuh dadanya.

Terasa jantung yang berdegup laju, pipinya sudah bertukar kemerahan. Dia tersenyum seperti dilamun cinta.

"mama.. Nak kawin.. "

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now