74

42.5K 1.8K 557
                                    

                         Melur berdiri di hadapan pintu masuk hospital. Dia mengibas tangan, gementar.

Nak masuk atau tidak? Agaknya, aryan marah tak kalau aku jumpa diaorang untuk minta maaf?

"aduh. Nak minta maaf pun macam nak pergi berperang. Takut lah pulak. Ish, macam mana ni."

Melur mencekak pinggang. Memikirkan sesuatu. Tiba-tiba, dia terasa seperti bahunya di cuit daripada belakang.

Pantas melur memusing memandang naura yang berdiri tepat di belakangnya.

"Kau buat apa dekat sini?" soal naura.

Melur tersengih. Dia bermain jari, memikirkan ayat pertama yang harus dia mulakan untuk minta maaf.

"tak cukup lagi ke bukti yang aryan tunjuk? Atau nak ambil kesempatan lagi?" soal naura.

"ma.. Mana ada. Aku datang sini sebab nak minta maaf. Ak.. Aku betul-betul menyesal naura. Baru aku sedar yang suami kau selama ni baik, bukan jahat."

"kau minta maaf selepas kau buat aryan hilang ingatan? Heh, pergi mampuslah dengan kau punya minta maaf. Kawan tak guna!" sinis naura.

Dia melangkah ingin masuk ke dalam hospital, namun melur sudah menarik tangannya kembali ke belakang.

"aku tak tau pula yang aryan hilang ingatan, naura. Aku Betul-betul minta maaf dekat kau naura. Tolonglah, kita boleh jadi kawan balik kan? Kau tahu tak, aku mengandung. Aku perlukan sokongan dari kau."

"sokongan? Daripada aku? Lepas kau dah hancurkan rumah tangga aku, kau minta pula aku bagi kau sokongan?! Pleaselah, melur. Aku dah kenal kau lama tau, perangai baik kau ni sekejab aje. Lepas minta maaf,buat balik! Aku dah bosanlah dengan semua tu."

"naura, jangan macam ni. Kau seorang je yang faham perasaan aku sekarang. Tolonglah.. "

"kau sendiri yang cakap dekat aku, aku bukan kawan baik kau lagi kan? Jadi buat apa kau cari aku? Pergilah cari faris! Minta sokongan dia, dia bapak budak ni kan?!"

Tangan melur terus di tepisnya, naura menjeling dan terus melangkah masuk ke dalam hospital. Melur mengeluh kecil.

Dia menunduk.

"aku ni jahat sangat ke sampai tak boleh nak maafkan? Hmm.. Mungkin kalau aku jumpa aryan, dia boleh terima aku?"

Cadangnya. Yela, naura kan selalu ikut cakap aryan. Kalau minta maaf pada aryan, pasti naura menerimanya semula.

Melur menolak pintu masuk itu, dia melangkah menuju ke kaunter pertanyaan.

"Assalamualaikum."

"waalaikumsalam. Ya, cik ada apa yang boleh saya bantu?"

"err, bilik pesakit Ahmad aryan louis dekat mana ek? Boleh tunjukkan tak?"

"cik ni siapa ya? Isteri kepada aryan ke?"

"eh, saya cuma.. "

"untuk pengetahuan cik, encik aryan dah ingat dia pernah berkahwin sebelum ni. Tapi dia tak ingat siapa orangnya. Sila ikut saya ya."

"eh, dengarlah dulu.. "

Tak sempat melur habiskan ayatnya, wanita itu terus menarik tangannya menuju ke bilik sakit.

Melur menggaru kepala, mana pula si naura pergi? Aku bukan isteri aryan!

Pintu di tolak perlahan, melur melihat aryan yang sedang menjamu bubur ayam. Dia mendongak memandang mereka.

"siapa ni?" soal aryan.

"saya rasa ini lah isteri encik aryan yang encik aryan lupa tu. Kesian dia tunggu encik aryan sedar." ujarnya.

Melur sudah menggeleng. Mampus, kalau naura dapat tahu. Cukup-cukuplah naura sudah membencinya seratus peratus!

"sa.. Saya bukan isteri.. "

Lagi sekali dia tidak sempat menghabiskan ayat, pintu di tolak seseorang. Wanita yang lengkap berpakaian seperti seorang doktor masuk ke dalam bilik aryan.

Dia memandang melur. Eh? Ini doktor yang merawat melur sewaktu dia pengsan tidak silap!

"ek, cik melur? Ingatkan siapa tadi. Datang sini buat apa? Nak lawat aryan ke?"

"memang itu niat saya, doktor. Tapi lain pulak yang jadi. Nurse ni kata saya.."

"anak dalam kandungan macam mana? Sihat? Nanti jangan lupa datang jumpa saya untuk chek bayi dalam kandungan tu, ya."

"ba.. Baik Doktor."

"Baby? Memang sah awak isteri saya! Sorry sebab saya abang lupa."

Terus aryan melompat turun daripada katil, dia memeluk melur. Melur terkaku seperti patung tak bernyawa.

Sudah!

Apa aku nak jawab nanti?

"saya bukan isteri awak, yan. Di.. Diaorang salah faham."

Melur menolak dada aryan ke belakang, aryan mengerut kening.

"sayang merajuk dengan abang ek?"

"ya Allah, tak. Maksud saya, isteri awak sebenarnya naura bukan saya! Saya ni melur. Tak ingat ke?"

"naura? Assistant abang tadi? Ish, ramai kata dia isteri abang. Tapi dia tak mengandung pun, kalau dia isteri abang mesti ada nak punya. Sajalah tu, diaorang nak kelentong abang."

"ini bukan masalah tipu atau tak, tapi saya bukan isteri awak. Saya ni cuma.. "

Kata-kata melur terhenti seketika, dia terfikir sesuatu.

Tangannya menyentuh perut, anak dalam kandungan ni tiada siapa boleh terima tapi aryan dah anggap anak ni anak dia.

“jodoh tu ada, cuma lambat atau cepat je. Tunggu aje lah.”

Kata-kata nek pah mula bermain di mindanya. Entah-entah aryan pula jodoh aku? Kadang-kadang kita mana sedar jodoh kita suami orang kan?

Melur tersenyum.

"assalamualaikum." salam naura.

Dia masuk ke dalam bilik sakit itu, minuman tin yang di pegang terlepas dari tangannta apabila melihat tangan melur memegang aryan.

"ish, apa kau ni main campak-campak minuman! Beli tu biarlah ikhlas sikit."

Marah aryan. Dia menunduk mengambil air tin di lantai. Habuk yang terlekat di bersihkan sedikit.

"sayang nak?"

Aryan menyerahkan air itu pada melur, melur tersengih. Dia memandang naura yang masih lagi tercegat di situ.

"cik naura." tegur doktor yang berada di sebelah naura.

Dia melihat wajah naura yang bertukar kecewa. Bahu naura di sentuh, naura menepis perlahan.

"baru kejab tadi.. ka.. Kau.. Argh!"

Naura terus berlari keluar daripada bilik itu. Aryan mengerut kening.

"kenapa dengan dia? Stress kerja kot? By the way, nama sayang apa ek? Abang lupa."

"melur."

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now