60

48.3K 1.9K 69
                                    

                 Semua ahli keluarga louis berkumpul di ruang tamu, wajah nurin dan dato louis jelas tidak puas hati dengan apa yang jadi sekarang.

"memang bagus si melur tu berhenti kerja! Mummy tak sangka dia khianat bos dia sendiri, mentang-mentang anak mummy ni orang ternama ada aje gosip yang dia buat!" sinis nurin.

"betul tu mummy, carina pun terkejut bila dapat tahu staff sendiri buat cerita. Ye pun kalau dah jatuh cinta dekat abang yan, tak payahlah sampai nak tuduh merogol! Siap report lagi." sokong carina.

Naura hanya mendiamkan diri. Nak masuk campur, dia sendiri malu dengan tindakan melur.

"nasib baik cemito ada, kalau tak.. Mesti kamu kena hukuman sebat! Tak pun, kena kawin dengan si melur tu. Panas betul hati mummy sekarang ni."

Nurin mengibas bajunya, panas betul hati sampai berpeluh satu badan.

"hubby, apasal senyap je? Kita kena ambil tindakan dalam hal ni. First sebab dia dah malukan nama aryan, and number two aryan sampai kena belasah dengan banduan. Takkan nak lepaskan melur tu macam itu sahaja?" soal nurin.

"daddy dah siapkan semua surat saman pada melur dan keluarga engku dian. Tak lama lagi sampailah surat tu ketangan diaorang." ujar louis.

Naura mengerut kening. Dia memandang aryan.

"saman? Saman yang macam mana?"

"Daddy abang just buat surat saman di mana melur dengan family dian kena bayar lima ratus ribu pada abang ataupun dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun." ujar aryan.

Terbeliak mata naura mendengarnya, hanya disebabkan aryan masuk lokap mereka kena saman sehingga lima ratus ribu? Banyak tu!

"kenapa mahal sangat? Setahu saya, melur takkan mampu nak bayar semua tu. Dia bukan anak dato macam kita."

"pedulikan siapa melur tu, siapa suruh dia tuduh aryan bukan-bukan. Daddy cuma nak ingatkan perempuan tu supaya lain kali kalau nak buat report siasat dulu. Dia bukan dah susahkan aryan, malah pihak polis pun dia susahkan!" degus louis.

Naura mengeluh kecil.

"tapi kita kena kesian jugak pada diaorang, daddy."

"kesian? Kamu tak sayang suami kamu ke naura?! Atau kamu lebih pentingkan kawan daripada suami sendiri? Kamu suka ke bila aryan kena sumbat dalam lokap huh?!" soal louis dengan sedikit meninggikan suara.

Naura terdiam. Dia menunduk kepala, hanya bermain jari jemarinya. Aryan mengetap bibir, naura yang kena marah dia pula yang panas hati.

"daddy, naura cuma kesian dekat melur and rasanya tak perlu kot sampai nak tengking dia depan aryan." ujar aryan, keras.

"apa? Kamu nak marah daddy pulak ke aryan? Daddy cuma nak bela kamu, itupun salah daddy ke, huh?"

"nak bela tu takda masalah tapi yang jadi masalah bila daddy tengking naura macam naura pulak yang salah dalam hal ni. Apa daddy ingat aryan ni orang yang macam mana?!"

"awak.. Sudahlah. Sekarang ni tengah kusit tau, jangan tambahkan lagi kekusutan tu."

Pujuk naura, aryan memandangnya dengan mengerut kening.

"sayang nak marah abang pulak?"

"tak. Saya tak marah, cuma dia daddy awak kan? Kita kena hormat. Memang salah saya sebab terlampau kesiankan melur. Its okay, saya tak terasa pun." ujar naura.

Aryan mengecilkan matanya, Harap-harap dia kesiankan aku. Tolonglah, jangan datang pericolo dia dalam waktu macam ni.

Aryan menarik nafas, lalu dihembusnya. Dia cuba untuk bersabar.

"okay fine." aryan mengalah.

Naura tersenyum, dapat juga dia kawal perasaan dia. Nasib baik, doh!


                               
                                faris mengambil duit di dalam beg dompet berwarna biru, semuanya di ambil. Sekeping pun tidak di tinggalkan.

Engku dian yang Terlihatnya terus merampas duit itu.

"Kamu nak buat apa ni faris?! Dah belajar nak mencuri pulak? Tak cukup lagi ke dah rogol anak dara orang?!" bentak engku dian.

"mama ni dah kenapa? Faris ambil dua ribu aje kot, takkan itupun nak berkira sangat? Kita anak orang kaya kan?"

"anak orang kaya? Sedar sikit, faris. Dah berapa lama kamu tinggalkan kerja dekat luar negara sana sampaikan kedai tu dah di tutup sebab kamu tak bayar duit sewa tanah!"

"so? Mama sebagai orang tua sepatutnya cari duit untuk bagi anak makan, bukannya anak bagi mama dia makan!"

"kamu memang dah melampau ye! Kalau macam ni lah perangai kamu, faris. Mama dah takkan anggap kamu anak mama lagi. Faris yang mama kenal bukan perangai setan macam ni!" bentak engku dian.

Faris sudah mula baran,engku di tolak rapat ke dinding. Lehernya di cekak kuat oleh faris, terus duit di lepaskan. Engku dian cuba untuk menepisnya.

"kalau aku setan, kau pun setanlah bodoh! Aku pun tak hingin nak ada mak macam kau. Lagi baik kau mati lagi amanlah hidup aku!"degusnya.

Engku dian terus di tolak jatuh ke lantai, terbatuk engku duan dibuatnya. Dia menyentuh leher yang di cekik tadi.

"aku akan berambus daripada rumah ni, kalau ada apa-apa yang terjadi.. Kau jangan cari aku lagi sebab aku bukan anak kau. Faham?!"

Duit yang bertaburan di lantai di kutip faris, lalu dia beredar pergi daripada situ. Engku dian mengenggam buku lima, dia menangis kecewa.

"sampai hati kau faris.."

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now