Part 1

21.5K 432 16
                                    

ALAM persekolahan merupakan satu fasa bagi remaja. Dalam alam ini juga kenangan akan tercipta dan bakal dikenang ketika dewasa.

SEMUA yang ada di dalam kelas teruja dengan berita yang belum pernah mereka dapat dengar.

"Serius? Kejap... Ke you main-main je ni?," tanya mereka dengan nada tidak percaya.

"I dengar daripada mulut guru sendiri tau waktu I lalu depan bilik guru. Memang betul kita akan dapat rakan kelas baru," ujar Kamilla untuk meyakinkan.

"Siapa murid baru tu?,"

"Perempuan ke lelaki?,"

"Handsome tak? Atau cantik tak?,"

"Dari sekolah mana?,"

"Perangai dia macam mana eh nanti?,"

Mulalah timbul pelbagai spekulasi tentang pelajar baru yang belum ada identiti. Semua pelajar kelas ini mula kecoh. Biasalah... Rasa teruja bila ada kemasukkan pelajar baru. Kemudian kekecohan itu terhenti apabila guru masuk ke dalam kelas. Semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing.

"Kenapa?," tanya Lisa berbasi-basi kepada Aliya secara berbisik. Sebagai syarat keprihatinan dengan wajah teruja rakan sekelasnya yang lain.

"Ada budak baru nanti dalam kelas kita," balas Aliya juga berbisik. Takut cikgu perasan mereka berbual ketika beliau hendak mula mengajar.

Natelia hanya diam walaupun dia mendengar dengan jelas apa yang kawan baik berdua dia itu bualkan. Natelia langsung tak komen apa-apa. Padahal dia antara orang yang terawal tahu tentang perkara ini.

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan kelas mata pelajaran semasa itu sudah tamat. Ketua kelas mengucapkan terima kasih dan guru pun beredar.

"Lia, nanti kan ada budak baru," kata Lisa kepada Natelia sekadar memaklumkan.

Natelia tersenyum segaris.

"Tau lama dah. Sebelum si Kamilla bagitahu lagi," kata Natelia.

Natelia tahu mereka tidak berpuas hati bila dia tak berkongsi berita itu dengan mereka. Dia memang dah agak dah. Yalah... Ada ke patut benda boleh cerita tak cerita?

"Macam mana awak tahu?," tanya Aliya hairan.

"Sebab...," Natelia jeda. Saja. Hendak mengusik dua orang kawan baik dia itu.

"Budak baru tu cousin saya," sambung Natelia dengan nada tenang.

Aliya dan Lisa seakan-akan tidak percaya.

"Lah... Kenapa tak bagi tahu kita orang awal-awal?," tanya Lisa dengan nada geram.

Aliya mengangguk bersetuju. Natelia terdiam bila salah seorang daripada mereka bercekak pinggang. Tak mampu mengekalkan wajah serius... Mereka bertiga tergelak. Lalu seorang budak lelaki meja sebelah datang ke meja mereka.

"Gelak sakan nampak? Cuba share dengan aku apa yang lawak. Nak join juga gelak sama-sama," sampuk Farhan dengan nada mesra.

Farhan si ketua pelajar--Mereka semua merupakan pelajar tingkatan lima. Perangai je terencat macam darjah enam sikit--jenis kaki serabut sikit.

Natelia tahu ayat ramah Farhan hanya untuk Aliya dan Lisa. Mustahil mamat tu nak cakap baik-baik dengan dia. Farhan seorang rakan kelas yang boleh tahan baik dan pandai buat mood kelas naik... Tapi dia akan jadi annoying gila kalau dengan Natelia. Dua manusia ni dah macam anjing dengan kucing.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now