Part 54

3.6K 154 6
                                    

DALAM bilik wad...

Aliya terus terkaku bila Lia menoleh. Puan Zainah dan Puan Aisya terus berdiri daripada duduk. Aliya di muka pintu dihampiri dengan kalut.

"Aliya, kamu juga yang terluka kalau kamu jumpa Lia dalam keadaan Lia sekarang. Aliya balik dulu ya, nak. Nanti Aliya datanglah semula bila keadaan dah reda," pujuk Puan Aisya.

Puan Zainah dan Puan Aisya yakin, kalau Aliya jumpa Lia sekarang... Lia hanya akan meletus dan mengamuk, Aliya pula akan terluka.

Lagipun, emosi dan kesihatan Lia juga akan terjejas. Jadi sebaiknya, Aliya kena jarakkan diri daripada Lia buat sementara waktu.

"Aunty, Aliya tahu Aliya jahat. Aliya rela terima balasannya. Aliya layak dapat layanan macam tu daripada Lia," balas Aliya dengan tenang.

Aliya tak layak nak mengeluh atau terluka dengan apa-apa ayat Lia. Aliya tahu ini balasan atas segala yang dia dah buat.

"Aunty, bagi Aliya peluang... untuk tebus semua salah silap Aliya," pinta Aliya dengan tulus.

Puan Zainah mengeluh kecil.

"Kalau tu yang Aliya nak. Aunty ikut je kalau Aliya rasa itu yang terbaik. Aunty keluar dulu ya. Kalau apa-apa jadi, terus keluar tau," pesan Puan Zainah dengan serius.

Puan Aisya mengangguk setuju.

"Pastikan keadaan Lia baik-baik sahaja. Ada apa-apa terus keluar atau panggil kita orang. Aliya doa banyak-banyak. Semoga semuanya selesai hari ni. Doakan supaya hati Lia terbuka untuk maafkan kamu," tambah Puan Sri Aisya.

Aliya mengangguk faham.

Lia hanya pandang kosong pada Aliya dan kedua-dua ibunya yang sedang bertukar kata. Datin Zainah dan Puan Sri Aisya terus keluar dengan hati yang berat. Mereka tetap rasa risau.

Luar wad...

Lisa hampiri Puan Zainah dan Puan Aisya.

"Macam mana kalau Lia mengamuk lagi?,'' tanya Lisa perlahan. Lisa takut. Dia nak semuanya berakhir cuma dia risau kalau keadaan jadi makin buruk.

Puan Aisya tersenyum lembut.

"Kita doakan yang baik-baik untuk dia orang,"

Lisa mengangguk sambil tersenyum kelat. Dia pun harap semuanya baik-baik saja.

"Kalau ada apa-apa jadi... kita kan ada kat luar," tambah Puan Zainah. Ayat tersebut digunakan untuk menyejukkan hati sendiri.

Lisa akur walaupun tetap rasa bimbang pada Aliya dan Lia di dalam.

Lisa ada serba sedikit rasa kesian terhadap Aliya...  tapi ini semua risiko yang Aliya ambil dari awal lagi. Nasihat Lisa pun Aliya tak dengar. Jadi... bagi Lisa, ni semua pilihan Aliya sendiri.





LIA membelakangi Aliya. Lia berbaring menghadap tingkap yang ada. Aliya cuba kumpulkan tenaga dan keberanian untuk bersuara.

"Lia... tolong dengar apa yang saya nak cakap," pohon Aliya sepenuh hati.

Tiada balasan dari Lia. Jadi Aliya ambil respon senyap Lia itu sebagai tanda untuk dia sambung.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sangka semuanya akan jadi macam ni. Saya berdosa. Saya bersalah. Saya faham kalau awak benci saya,"

Aliya tahan suara dia daripada pecah.

"Saya faham kalau awak tak mampu maafkan saya tapi... saya tetap nak minta maaf. Saya yakin saya akan dibayangi dengan rasa bersalah seumur hidup. Saya tahu hidup saya takkan aman kalau saya tak dapatkan kemaafan daripada awak," ujar Aliya dalam sebak. Aliya tahan diri agar tenang.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now