Part 9

5K 243 8
                                    

KEESOKAN harinya...

Farhan baru bangun tidur. Pandangan dilempar ke arah katilnya yang kosong.

Tiada penghuni.

'Kenapa aku tidur kat sini?,' soal Farhan dengan mamai.

Farhan bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Selepas selesai...

Farhan buka pintu bilik air. Pada masa yang sama pintu biliknya dibuka dari luar dan seseorang masuk ke dalam.

Masing-masing terpanar.

Terkejut.

Natelia tersenyap sekejap bila permandangan di depan mata ialah Farhan yang hanya bertuala separas pinggang.

"ARGH!,"

Serentak mereka menjerit.

"Kau buat apa kat sini?," serentak juga mereka menyoal.

"Ni bilik aku," jawab mereka berdua.

Dengan serentak juga.

Farhan mula tersedar sesuatu. Natelia yang terfikir akan satu kenyataan mula rasa berpinar. Dia terus saja pengsan tanpa fikir apa-apa dah.

Rekod baharu... pengsan di pagi selepas hari perkahwinan. Natelia dah pecahkan rekod perkara paling memalukan yang pernah dia alami. 


Beberapa minit kemudian...

Natelia membuka mata. Farhan yang sudah lengkap berbaju itu menyapa pandangan. Natelia bangun daripada pembaringan dan memandang Farhan. Farhan tidak memandangnya langsung. Mesti malu sebab Natelia nampak dia tak pakai baju tadi.

Tapi tu tak penting. Yang penting sekarang... mereka suami isteri?

Mereka berpandangan tak percaya.
Tanpa sedar, mata mereka bertaut lama. Farhan cepat-cepat alihkan pandangan.

"Kau Aisyah?,"

Soalan berbalas soalan.

"Kau Zin?,"

Mereka berdua terdiam. Masing-masing susah nak hadam semua ni. Tak ada perkataan yang mampu mereka sebut. Sungguh speechless.

Akhirnya mereka ambil inisiatif untuk terima je lah kenyataan. Mereka turun ke tingkat bawah.

Mereka duduk di kerusi meja makan sambil menunggu Tan Sri Daud dan Puan Sri Arisah turun. Sarapan pagi telah dihidang oleh pembantu-pembantu rumah.

Suasana antara mereka berdua sunyi sepi. Mungkin kekok untuk berdua- duaan. Biasanya mereka hanya berjumpa di sekolah dan KKEKL, jadi situasi ni agak lain.

Tak lama kemudian, Tak Sri Daud dan Puan Sri Arisah turun. Mereka berdua tersenyum melihat Natelia dan Farhan duduk bersebelahan. Natelia hanya membalas senyuman mereka.

"Hi, Zin, Aisyah," sapa ayah Farhan, Tan Sri Daud.

"Bangun dah, Zin? Aisyah?," tanya ibu Farhan pula, Puan Sri Arisah.

Mereka berdua hanya mengangguk.

"Selamat menjadi ahli keluarga kami," ucap Aisyah dan Daud.

"Terima kasih..,"

Natelia jeda.

"Ibu ayah," sampuk Arisah dengan mesra.

Mereka berempat mula menjamu selera. Sesi berkenalan dan beramah mesra pada pagi itu sungguh harmoni dan mesra.

"Ibu ayah boleh panggil Aisyah... Lia,"

"Okay kalau Lia lagi selesa macam tu,"
balas Daud dan Arisah.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now