Part 55

3.7K 139 5
                                    

AZIM memesan makanan.

Pelayan tersebut mencatit di buku kecilnya. Cafe Cinderella memang tak guna sistem layan diri macam sesetengah cafe kolej yang lain.KKEKL kan premium gitu.

"Oder dah ke?,'' tanya Azim.

"Haah dah," balas Lia.

Pelayan tersebut beredar.Pesanan mereka tiba tak lama selepas itu.Dengan lafaz bismillah, mereka mula menjamu selera.

Sebaik sahaja habis makan..

"Apa yang happy sangat dalam call tadi?," tanya Lia tertanya-tanya.

Azim terus tersenyum lebar.

"Awek saya tu kan..,"

Azim sambung bila wajah mengusik Lia muncul.

"Tahu lah kita orang belum couple," kata Azim tak puas hati.

Lia tergelak dengan sambungan Azim. Memang Azim syok sendiri sebab panggil perempuan yang baru sekali dia jumpa sebagai awek.Dah Azim minat perempuan tu betul-betul.

"Kenapa dengan dia?,'' tanya Lia.

"Saya baru tahu yang dia budak KKEKL jugak!," balas Azim seronok.

Lia ikut teruja.

"Bagus.Senanglah awak try," komen Lia.

Muka Azim bercahaya.

"Doakan saya ya.Saya dah tua kena cari teman hidup awal-awal," rungut Azim sambil bergurau.

Gulp.Azim baru sedar dia tersalah cakap. Perkataan 'teman hidup' boleh buat Lia ingat pada Farhan.Azim mula rasa bersalah walaupun Lia tak tunjuk yang dia terkesan.

"Maaf," pinta Azim serba salah.

"Kenapa?," soal Lia bersahaja.

Tapi dalam hati, tak ada orang lain tak tahu betapa pilunya hati dia.Suami hilang tiba-tiba tanpa khabar..apa perasaan anda?

Kalau Lia, dia rindu Farhan sangat-sangat. Takut pun ada.

"Tak ada apa-apa," balas Azim.

Lia ketawa kecil.Lia tak nak orang lain elak sebut pasal Farhan depan dia.Lia tak kisah.

"Farhan?,"

Azim tersenyap.Wajah tenang Lia dipandang.

"Ada apa-apa berita pasal dia?," tanya Azim prihatin.

Lia tunduk sikit.Kepalanya di geleng perlahan.

"Sabar ya.Nanti mesti mamat tu balik juga. Takkan dia nak tinggalkan semua orang tertanya-tanya pasal dia," pujuk Azim.

Hati Lia cuba ditenangkan.Malangnya tak berkesan.

"Saya tak tahulah," jawab Lia.

"Insya Allah..tak lama lagi dia balik," pujuk Azim lagi.

"Dah tiga bulan," maklum Lia perlahan. Nadanya mendatar.

Lia sambung pembelajarannya yang tertangguh sebab ibu ayah dan papa mama dia nasihat.Tempoh cuti Lia pun memang dah tamat.

Kalau Lia duduk rumah..dia hanya terperap tanpa buat apa-apa.Jadi lebih baik dia sambung belajar.Sedikit sebanyak dia dapat larikan fikirannya daripada fikirkan pasal Farhan.Memang tetap tak mampu lupakan tapi tetap boleh distract Lia sedikit.

Berita pasal Farhan pula..langsung tak ada.Farhan memang hilang begitu saja tanpa jejak.Lia hanya mampu berdoa dan pasrah. Dan pastinya Lia akan tetap setia.

Berbalik pada Azim, Azim sekarang dah ada crush.Comel je bila lelaki pujaan student perempuan KKEKL aka ketua pelajar ada crush.Nasiblah kalau jatuh hati dengan gadis sopan, lemah lembut, ceria, tapi sukar didekati.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now