Part 16

4.1K 227 16
                                    

DUA hari kemudian...

"Apa?!," terjerit Natelia.

Waktu macam ni... waktu untuk tahan diri daripada mencarut.

"Tak guna betul siapa yang buat gosip macam ni," komen Farhan pula.

Aliya berada tidak jauh dari mereka.
Hanya di pintu masuk cafe. Bila nampak kelibat mereka terus dia hampiri mereka berdua.

Wajah Aliya agak cemas.

Sebaik sahaja Aliya mengambil duduk terus mereka berdua kena serang dengan soalan.

"Macam mana boleh jadi macam ni?
Kau orang buat apa?," soal Aliya dengan rasa musykil dan tak sangka.

Tak percaya dengan gosip baru mereka.

"Tak... perkara ni bukan macam apa yang awak fikirkan. Let me explain," balas Natelia dengan kalut.

Tahu yang Aljya takkan fikir bukan- bukan pasal dia tapi tetap dia nak terangkan perkara sebenar.

"Tak guna. Sampai macam ni gosip boleh jadi," gumam Farhan.

Geram. Marah.

Hal privasi pun tercemar mana tak bengang kan? Bengang sebab Farhan rasa waktu personal macam tu tak sepatutnya disaksikan atau dihendap orang lain.

"Okay. Tenang dulu, Farhan. Sekarang...
Lia, Farhan... bagitahu saya perlahan-
lahan," pinta Aliya dengan nada tenang.

"Benda tu kita orang tak maksudkan apa-apa. Kita orang main-main je,"
terang Farhan.

"Memang lah tapi pada perspective orang... tak sama. Dia orang tak tahu apa yang sebenarnya terjadi.. mesti lah mereka fikir macam-macam," kata Aliya.

"Awak pun satu, Farhan. Kenapa awak
main peluk-peluk Lia ni?," marah Aliya.

Marah lah kalau hal macam ni menjejaskan imej kawan baiknya.

Ni semua kes pasal ada paparazzi tangkap gambar Natelia dan Farhan yang berpelukan di rumah Natelia, Allya, dan Lisa kelmarin. Gambar tu ditangkap dari tingkap luar rumah. Kenapa lah dia orang berdua tak perasaan ya?

Kes yang Farhan geram dengan Natelia sebab panggil dia pondan. Orang yang tangkap gambar tu pandai dan bertuah sebab gambar yang tertangkap melalui sudut itu dan pada saat tersebut nampak lebih lagi daripada situasi sebenar.

Keadaan tangan Farhan di leher Natelia dalam gambar nampak terlalu intim.
Even Natelia tengok pun segan walaupun tu gambar dia.

"Aku tak sangka pula jadi macam ni,"
balas Farhan perlahan.

Wajah ditunduk. Rasa bersalah pula bila imej Natelia terjejas sebab tindakan mengusik dia. Imej sendiri dia tak kisah sangat.

Lain pula bagi Natelia. Dia rasa hidup dia tak terjejas jadi dia tak ambil peduli.

Aliya menggeleng cuma. Tak tahulah nak komen apa dengan dua orang manusia dihadapannya ini.

"Jadi... macam mana nak betulkan semuanya?," soal Aliya.

Farhan dan Natelia diam. Masalah bila tak tahu nak buat apa.

Tak lama kemudian...

Seseorang mengambil tempat di sebelah Aliya yang kosong.

"Saya yakin satu kolej dah tahu pasal gosip kau orang sebab gosip ni dah jadi muka depan akhbar harian kolej kita," kata Lisa yang baru duduk itu.

Natelia angkat bahu.

Entahlah. Biar je gosip ni sejuk dulu tak boleh ke?

Dalam hati bolehlah cakap macam tu.
Tak nak dia cakap depan Aliya dan Lisa. Mahu kena bebel teruk nanti.

Suasana riuh cafe itu bertukar senyap tiba-tiba.

Bila antara three top famous and handsome guy memasuki cafe
dengan wajah agak serius... semua mata memandang dengan rasa ingin tahu. Azim hampiri meja mereka berempat.

Semua pelajar yang ada di dalam cafe itu rasa berminat untuk nantikan apa yang bakal terjadi.

Natelia hanya pandang kosong ke arah Azim. 'Kisah pula aku dengan mamat sorang ni.'

"Lia, apa semua ni? Kenapa awak biar je dia peluk awak? Dan kenapa awak dengan dia berdua-duaan dalam rumah tu? Kenapa dia peluk awak?," soal Azim dengan rasa tak percaya.

Memang dia susah nak percaya gosip ni.

"Takkan awak tak kisah? Ni bukan awak, Lia. Apa hubungan kau orang sebenarnya? Kalau kau orang tak halal... semua tu dosalah," sambung Azim. Nadanya kedengaran kecewa.

"Masalah lah mamat ni. Kisah betul dengan hidup aku," gumam Natelia perlahan.

"Takkan kau orang duduk berdua-dua dalam rumah tu dan hanya berpelukan? Hah! Tell me, Lia. Dia kekasih awak ke?," tanya Azim sayu.

"Kalau awak nak kata semua ni fitnah, tapi kenapa siap ada gambar? Bukti jelas dan kukuh lagi!," sambung Azim dengan marah.

Wajah Azim muram.

"None of your business," sampuk Farhan dengan bersahaja.

Azim seorang yang agak panas baran. Dan dia tak mampu kawal diri dia hari ni.

Bukk!! bunyi tumbukan padu kedengaran memecah kesunyian cafe tersebut.

Aliya, Lisa, Natelia dan pelajar lain tergamam.

"Hell!," gumam Farhan sebelum menolak Azim kasar.

Azim terkebelakang dan jatuh terduduk.

Tak ada siapa yang jangka perkara akan jadi macam ni. Farhan menindih Azim yang jatuh dan menghadiahkan tumbukan balas.

Keadaan jadi makin teruk bila Azim tak nak mengalah.

Natelia terkaku sekejap bila melihat pergaduhan dua lelaki di hadapannya ini.

Azim menyepak kaki Farhan dan berdiri pantas. Farhan turut bangun dan menangkis tumbukan Azim. Jelas yang Azim semakin bengang.

Memang mereka berdua nampak smart... tapi tak ada masa Natelia nak fikir hal tu.

Bibir, hidung dan mata Azim jadi bengkak akibat tumbukan Farhan.
Mujur Farhan hanya berdarah kecil di bibir sahaja.

Rosak jugalah muka tampan kedua-duanya.

Menakutkan bila dua lelaki kacak itu mengamuk.

Tak dinafikan Azim memang agak panas baran. Natelia tahu dari dulu lagi.
Farhan pula jenis ego dan pantang dicabar.

Natelia dah tersedar daripada keadaan terkaku bila pergaduhan mereka semakin menjadi-jadi.

Tanpa Natelia sedar... dia bergerak ke belakang Farhan dan memeluknya erat.

Natelia tak dapat fikir cara lain untuk tenangkan Farhan yang mengamuk. Hanya itu idea yang muncul waktu otak tengah beku.

Farhan terkaku.

Azim juga terhenti.

Hm... Tindakan yang bijak.












Our Thin LineWhere stories live. Discover now