Part 45

3K 147 8
                                    

Dua hari kemudian...

Aliya ada janji nak jumpa Lia dekat restoren yang Lia pergi kelmarin. Jadi pagi ni Lia tunggu Aliya sampai.

KKEKL dari sini agak jauh juga.

Tengah Lia menunggu, kerusi sebelahnya diduduki seseorang. Lia terus menoleh... hanya untuk melihat wajah kacak Farhan yang tersenyum.

Lia tak hiraukan Farhan dan berpaling semula ke hadapan. Jari-jemarinya mengetuk perlahan permukaan meja untuk menghilangkan rasa bosan.

Aliya dah janji nak datang pukul sepuluh pagi... tapi sekarang ni dah nak pukul sebelas. Mujur Lia pandai bersabar kalau melibatkan Aliya dan Lisa. Kalau orang lain... Ada kena pelangkung.

Farhan tetap setia di sebelah. Lia mula rimas bila Farhan tak habis-habis merenungnya dari tepi.

"Nak apa?," akhirnya keluar juga suara Lia.

Senyuman Farhan melebar. Seronok bila Lia bersuara. Sekeping sampul surat dihulurkan kepada Lia.

Lia memandang Farhan pelik.

"Apa ni?," tanya Lia dengan nada tak suka.

"Tak kisah lah kau nak meroyan ke apa asalkan kau ambil ni. Selagi kau tak balik... setiap minggu aku bagi," jawab Farhan bersahaja.

Tanpa menunggu respon kurang baik Lia, terus Farhan lesapkan diri.

Lia mencebik nipis. Tanda protes. Lia kononnya meluat tapi dengar juga kata-kata Farhan. Memanglah manusia seorang ni.

Sampul tersebut diambil dan dibuka.

"Surat dengan duit?," gumam Lia perlahan.

Surat tersebut dikeluarkan dan dibaca.

'Aku minta maaf. Aku akan ubah diri aku demi diri sendiri. Lol takkan untuk kau pula? Balik lah, sayang. Aku rindu kau. Duit tu mama bagi sempena kau kepala keras tak nak balik. Tolak lah kalau berani. Tak sayang mama? Jaga baby baik-baik. Muahh kiss-kiss,'

Lia tayang reaksi jelik. Ceh.

"Geli... menyampah! Guna nama mama pulak tu. Suka hati aku lah nak balik ke tak?,'' bebel Lia sendiri.

Wang kertas bernilai RM100 ringgit yang ada sepuluh keping tersebut dimasukkan ke dalam beg silang nya. Alang-alang Farhan guna nama Puan Zainah kan? Boleh Lia berjoli sakan nanti. Setiap minggu, huh? Hehehe.

Dua puluh minit kemudian...

"Mana Aliya ni?," soal Lia sendiri.

Air teh kurang gula yang dipesannya dah sejuk. Berapa cawan dah dia minum. Air teh tu jadi sejuk pun sebab perut dah penuh dengan air. Tak larat nak teguk lagi.

Jam di dinding restoren dikerling.

'Tik! Tok! Tik! Tok' jarum jam tak berhenti berputar.

Lia mengeluh bosan. Telefon dibuka. PUBG NEW STATE dibuka. Baru nak log in... kelibat Aliya terus muncul. Lia membebel sendiri.

'Memang lah. Lama tunggu tapi bila baru nak main game... terus muncul. Mujur tak tengah-tengah match. Kalau tak, memang meroyan aku,'

Baru senyuman Lia nak terukir untuk Aliya...

Senyuman Lia terus mati.

Gadis bertudung di sebelah Aliya, Lia pandang dengan riaksi tercengang.

Sofea.

"Kenapa dia ada?,'' tanya Lia kepada Aliya. Nadanya biasa-biasa sahaja kalau bercakap dengan Aliya. Tak ada langsung bunyi marah.

Mana sanggup marah Aliya.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now