Part 50

3.7K 147 4
                                    

LIA mencapai telefonnya di sofa kosong di sebelah.

Panggilan daripada Aliya tersebut dijawab. Dah berbulan-bulan Lia tak hubungi Aliya dan Lisa. Lia pun tak tahu kenapa dia buat macam tu.

"Li--LIAA!!," jeritan Aliya bergema di talian.

Serta merta wajah Lia berubah.

Bunyi nafas Aliya yang sedikit sesak kedengaran.

"Aliya, kenapa ni? Astagfirullah... awak okay tak ni? Awak kat mana?," soal Lia cemas.

Jantung Lia berdebar. Takut apa-apa terjadi pada Aliya.

"...,"

"Okay! Okay! Saya datang sekarang. Tunggu saya!," balas Lia cuak.

Dengan gelabah, Lia bangun perlahan-lahan. Perutnya yang sarat dah tak dihiraukan. Tak ada apa-apa yang tinggal selain Aliya dalam mindanya sekarang. Pesanan Farhan pun Lia dah lupa.

Lia terus menuju ke luar rumah selepas mencapai kunci kereta. Lia sedar amat bahaya memandu dalam keadaan sarat, tapi Lia dah tak mampu fikir panjang. Keselamatan Aliya perlu diutamakan. Had laju pun dia langgar. Semua kereta dipintas.

Yang penting, Lia cepat sampai ke Aliya.

"Aliya, tunggu saya," ucap Lia dalam keadaan risau.

Pedal mintak ditekan kuat. Lia doakan Aliya baik-baik sahaja.

Dan... musibah tersebut berlaku sekelip mata.

BAM!! Tanpa Lia mampu tafsir apa-apa.

Bunyi yang terhasil apabila dua kereta berlanggaran kedengaran berdentum di jalan raya tersebut. Kemalangan tersebut berlaku di depan mata semua.

Semua kenderaan yang ada terhenti. Dua kereta di tengah jalan raya tersebut menghalang semua kereta yang lain.

Kereta Lia dirempuh dengan sebuah kereta lain.

Kejadian tragik tersebut membuatkan semua yang melihat terpaku.

Saksi yang ada segera menghubungi ambulan. Ada sesetengah yang mengambil gambar. Kemalangan tersebut sangat mengejutkan semua penghuni jalan raya itu.

Perempuan yang sarat mengandung...

Saksi-saksi di dalam kereta masing-masing jatuh simpati dengan nasibnya.

Kereta yang dinaiki Lia hampir hancur di bahagian belakang kereta. Suasana jalan raya jadi kecoh. Kereta yang lagi satu menerima nasib yang lebih teruk. Kereta tersebut renyuk.

'Farhan... Aliya...,' pandangan Lia kabur.

Kepalanya yang terhentak di stereng kereta berdarah. Kepalanya berdenyut-denyut. Tangan Lia menyentuh perutnya.

Air mata Lia mengalir.

Perlahan-lahan, mata Lia tertutup.

Ya Allah, sakit... sangat.

Beberapa minit kemudian...

Ambulan tiba. Mangsa kemalangan dikeluarkan dan dibawa masuk. Rawatan kecemasan dan rawatan awal dilakukan. Lia yang pengsan dikeluarkan dari kereta yang hampir renyuk tersebut oleh pasukan penyelamat.

Kemudian dia dibawa masuk ke dalam ambulan. Mangsa yang satu lagi juga diuruskan. Wanita mengandung terpaksa diutamakan. Kondisi Lia sangat bahaya.

Ambulan tersebut bergegas hospital terdekat manakala pihak lain menguruskan tempat kemalangan. Lia tidak sedarkan diri. Pasukan rawatan awal yang ada di dalam ambulan memberikan oksigen melalui mask oksigen kepada Lia. Kandungan Lia juga diperiksa.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now