Part 51

3.5K 155 26
                                    

"FARHAN...,"

"Ya, pa," sahut Farhan dengan penuh harapan. Jantung Farhan berdebar.

Janganlah berita buruk... janganlah berita tak baik. Itu doa Farhan tanpa henti.

"Kita dah tak ada pilihan. Sekarang ni doktor perlukan izin kita untuk keluarkan kandungan Lia. Ni satu-satunya cara untuk Lia selamat,"

Farhan tersentak. Semua di sekelilingnya bagaikan berhenti bila mendengar kenyataan tersebut.

"Pa...?,"

"Farhan, sama ada anak kamu yang mungkin takkan mampu berjaya buka mata atau isteri kamu? Papa faham, nak. Kita semua sayangkan kedua-dua mereka. Tapi kalau kamu buat keputusan untuk pilih anak kamu... pembedahan boleh dijalankan untuk keluarkannya. Kemungkinan cucu papa tu untuk hidup ada sebab dia dah berusia lapan bulan; tapi Lia akan tinggalkan kita. Tapi dalam keadaan sekarang... kemalangan tu dah jejaskan kedua-duanya. Cucu papa tetap akan tinggalkan kita sebab keadaannya dah lemah walaupun diletakkan dalam incubator. Jadi sekarang ni, kita terpaksa selamatkan Lia dengan cara ni,"

"Papa faham perasaan kamu, nak," tambah Encik Kamal sayu.

Farhan beristigfar panjang. Farhan rasa tak guna sangat sebagai seorang suami. Hati Farhan dah meraung kuat. Betapa kecewanya dia untuk kehilangan anak mereka. Farhan tak mampu keluarkan sebarang patah. Akhirnya... Farhan cuma mengangguk dalam keterpaksaan.

Farhan rasa tertekan. Kenapa dia perlu hadapi semua ni?

Anggukan dia adalah untuk gugurkan anak sendiri. Farhan rasa tak berguna sebab tak mampu buat apa-apa. Situasi yang memaksa semuanya.

Akhirnya...

Air mata lelaki Farhan gugur.

Datin Aisya dan Puan Zainah sudah tersandar di kerusi menunggu. Tangisan yang dah lama terhenti kedengaran lagi untuk kali ke berapa. Cucu yang mereka tunggu selama ni... Anak Lia dan Farhan yang bakal ditimang bagai minyak yang panas oleh mereka semua. Perlahan-lahan kelopak mata Puan Zainah tertutup.

"Zai!," kalut Encik Kamal.

Puan Zainah kemudiannya dibawa ke bilik rawatan berdekatan. Tadi Aliya kemudian Puan Zainah pula yang masuk wad.

Semuanya kucar kacir.

Farhan masih terdiam. 'Apa reaksi Lia nanti?,' soal Farhan pada diri sendiri.

Lia pasti sedih. Lia adalah orang yang paling sedih bila dia tahu pasal kandungan dia dah tak ada. Farhan risaukan semuanya.

Petang...

Bayi tersebut ditanam di perkuburan islam Raudhatul Sakinah. Farhan sempat dakap anaknya yang sudah cukup sifat tersebut. Farhan rasa sebak. Bayi yang disentuhnya sudah tak bernyawa.

Kemudian Farhan, Encik Kamal, Dato' Daud, dan Azim pulang semula ke hospital. Karl tidak turut serta kerana dia kena teman Lisa dan yang lain.

Encik Kamal hampiri Azim.

"Terima kasih, Zim. Banyak jasa kamu untuk kami sekeluarga. Kamu mesti penat, nak. Pulanglah,"

Azim tersenyum nipis.

"Saya pulang dulu ya, uncle.Kalau ada apa-apa call lah saya," pinta Azim sopan.

Azim tak sampai hati nak pulang tapi dia kena bersihkan diri.

"Tak apa ke? Menyusahkan kamu je," balas Encik Kamal.

Azim tergelak hambar.

"Tak menyusahkan langsung, uncle," jawab Azim serius.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now