Part 3

6.6K 252 11
                                    


DI majlis pertunangan Natelia...

Natelia mahu mengadakan majlis pertunangan ini secara kecil-kecilan di rumah keluarganya sahaja. Tiada seorang pun kawan dia yang tahu. Kedua-dua belah keluarga terpaksa menurut.

"Cantik tak?," tanya Ita penuh kasih sayang pada Natelia setelah menyarungkan cincin berlian yang halus dan elegan ke jari manis Natelia.

Natelia hanya diam. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang. Nak kata terpaksa... dia yang setuju. Nak kata rela... dia tak rasa suka.

"Are you okay?," tanya Zainah.

Nate hanya mengangguk lantas tersenyum hambar.





Seminggu kemudian... Cuti hujung tahun telah bermula...

Di hadapan rumah keluarga Natelia...

"Assalamualaikum Lia! Ada tak? Cepat sikit!," jerit Am dari luar pagar rumah.

"Jap! Tengah pakai kasut ni!," balas Natelia.

Lalu Natelia segera keluar dan menaiki motosikal yang ditunggang Am. Terus motosikal itu berderum laju.

"Slow sikit Am!" jerit Nate yang agak cemas dibelakang.

Am tersenyum lalu memperlahankan kelajuan motosikal Kawasaki hitam yang ditunggang.

"Am...,"

"Ya?," sahut Am lembut.

"Am rela ke tunang dengan Lia?," tanya Nate tiba-tiba.

"Kenapa tanya macam tu? Sepatutnya Am yang tanya Lia macam tu," balas Am.

"Ishh. Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Jawablah," kata Nate seakan merajuk.

"Alah... jangan lah merajuk. Dah lah. Kita kena cepat ni untuk daftar nama," pujuk Am sambil ubah topik.

Natelia hanya tersenyum. Mereka turun daripada motor itu setelah tiba di destinasi mereka, Kolej Kesultanan Elit Kuala Lumpur untuk mendaftar kemasukan bagi tahun 2019.

"Lia... relax. Nanti ada interview, tapi Am yakin Lia boleh buat. Lia kan pandai so do your best!," kata Am cuba memberikan dorongan dan semangat.

Natelia hanya diam. Dia tak berdebar pun sebenarnya.

Beberapa minit kemudian..

Natelia menarik nafas lega selepas keluar dari bilik temuduga. Am yang menunggu di luar terus tersenyum tatkala melihat gadis itu.

"Okay?," tanya Am prihatin.

"Entah," balas Natelia selamba.

Di bilik temuduga tadi...

"Okay... silakan masuk, cik Natelia Aisya binti Dato' Kamal. Baik, kita mulakan. Erm... soalan pertama. Kenapa cik berminat nak belajar di kolej ini? Kenapa kolej ini menjadi pilihan?," soal si penemuduga itu dengan ramah namun serius.

"Saja suka-suka. Tak berminat pun. Dahlah cepat sikit. Bosan tunggu lama-lama setakat nak tanya soalan tak berfaedah ni semua," balas Natelia serius. Nada dia jelas tunjuk dia kebosanan.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now