Part 5

5.5K 234 5
                                    

Di pondok kecil itu...

Hujan mula reda namun Natelia sedang mengigil teruk. Farhan jadi risau bila keadaan Natelia masih begitu.

Farhan ambil keputusan untuk dukung Natelia. Kalau duduk sini je sampai esok tak sampai hostel. Nasib baik Natelia tak berat. Kalau tak mahu pengsan Farhan walaupun badan dia boleh tahan. Tak kurus tak gemuk. Just nice bak kata orang.

Tapi manusia bukannya ringan nak angkat mudah-mudah.

Dalam tiga puluh minit kemudian...

Farhan sampai ke kawasan hostel perempuan. Dia terus menuju rumah aka bilik sewa Natelia dan kawan-kawan yang terletak di hujung sekali. Mujur Farhan tahu bilik Natelia nombor berapa sebab Aliya ada bagitahu dulu. Sebaik sahaja tiba, terus kelam kabut Farhan ketuk pintu. Keadaan Natelia buat dia risau.

Natelia sedang menangis dan mengigil.
Keadaan mereka yang basah juga buat Farhan tak selesa dan sejuk. Farhan pula kelihatan penat dan berpeluh-peluh walaupun sejuk. Baju pula basah lencun.

Aliya terus buka pintu. Fikirnya Natelia sudah pulang. Memang betul pun tapi dia terkejut melihat pemandangan di depan mata ini. Keadaan Farhan dan Natelia sangat teruk. Dah macam zombie dua ekor ni. Dah lah Farhan sedang mendukung Natelia.

Tanpa kata, terus Farhan menceroboh masuk ke dalam ruang tamu anak dara bertiga itu. Sofa dicari. Natelia terus diletakkan. Keadaan longkang pecah sudah tidak dihiraukan.

"Se-sejuk... Lia... Se-selimut," kata Farhan terketar-ketar. Bibir yang berwarna pink neutral kerana tidak merokok itu sudah kebiruan.

Malam-malam main hujan... siapa tak sejuk? Memang mengigil lah jawabnya.

Lisa terus berlari masuk ke dalam bilik tidur. Sekelip mata Lisa kembali semula dengan membawa selimut, tuala, dan baju t-shirt bersih. Lisa berikan tuala kepada Farhan.

Selimut yang diberikan diguna untuk menyelimutkan Luna. Farhan tak ambil tuala yang dihulurkan Lisa. Yang Farhan utamakan ialah Natelia. Tangan Natelia yang kesejukkan digenggam erat. Natelia hanya membiarkan. Aliya dan Lisa hanya mampu terkedu.

Sejak bila dia orang romantik macam ni?

"Farhan, awak tidur sini ya. Awak salin lah dulu baju basah awak tu. Demam nanti susah. Biar kami jaga Lia. Jangan risau," kata Lisa memujuk.

Farhan mengangguk akur. Akibat penat yang amat... keadaan Farhan jadi lemah. Akhirnya penglihatannya kabur dan dia pengsan di sisi Natelia di sofa itu.

Keesokan harinya...

Farhan terjaga daripada lena. Spontan dia memegang kepalanya yang terasa berat. Dahinya amat panas.

"Allahuakbar...,"

Dengan lemah dia terduduk di atas sofa itu. Lama-kelamaan baru dia teringat kejadian semalam.

"Lia,"

Farhan terus teringat akan Natelia. Farhan cuba bangun untuk mencari gadis itu dan memastikan yang Natelia tidak apa-apa.

Di luar bilik Natelia...

Farhan nampak yang keadaan Natelia sudah semakin elok. Lisa sedang menyuapkan bubur kepada Natelia yang nampak lemah. Natelia kelihatan pucat. Dia berbungkus dengan selimut tebal.

Farhan yakin kawan-kawan baik Natelia boleh jaga Natelia dengan baik. Farhan beredar dari situ. Dia nak balik. Bagi dia tak elok berada di sini lama-lama. Boleh timbul fitnah.

Farhan keluar dari ruang tamu ini. Bilik 'kononnya' boleh dikira sebagai rumah kecil sebenarnya. Walaupun penempatan ini disediakan tetapi masih perlu bayar sewa tau. Farhan hubungi kawannya untuk ambil dia. Dan dia pulang tanpa sesiapa sedar.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now