Part 20

4.5K 196 4
                                    

DI KKEKL...

Farhan dan Natelia beriringan masuk ke dalam dewan. Sesiapa yang terserempak dengan mereka sepanjang jalan ke sini kebanyakannya akan memandang mereka dengan takjub ataupun berbisik-bisik; sama ada cemburu dengan 'hubungan' mereka ataupun mengata. Mereka tak bersalah mahupun bercinta.

Tapi kejadian Azim dan Farhan bergaduh sangat panas dan tersebar sekelip mata.

Hampir satu universiti tahu hal ni.
Gosip mereka bertiga ada di mana-mana sahaja. Siap jadi front-page akhbar gosip KKEKL minggu ini. Natelia dan Farhan tak mengungkit hal ni dan hanya buat tak tahu. Mereka berdua selamba je hadal semua pertanyaan rakan-rakan yang kaki gosip. Jawapan tetap sama.

"Tak ada apa-apa yang terlarang antara kita orang. Orang lain tak perlu nak fikir buruk. Mind your own business."

Mudah jawapan mereka. Tak percaya dan nak sangkal? Bukan masalah mereka asalkan mereka dah bagi penjelasan yang perlu.

Natelia ambil duduk di sebelah Farhan.
Tempat biasa mereka berdua. Perempuan yang cemburu hanya mampu ketap bibir.

Tak lama kemudian... pensyarah mereka masuk. Suasana mula jadi senyap sunyi. Mereka semua mula fokus.

"Dengan perkembangan teknologi moden, pasaran hari ini adalah lebih kepada globalisasi. Syarikat-syarikat sebelum ini perlu..,"

Apa yang pensyarah mereka cakap sudah hilang dari radar Natelia.

Jemari Natelia terketar di bawah meja.
Farhan menjeling ke arah Natelia di sebelahnya. Tumpuan dia di depan juga sudah hilang.

"Eleman untuk berdaya saing, antaranya... memerlukan pemimpin yang mempunyai pengetahuan berkaitan, pengalaman dan latihan dalam mengendali perniagaan antarabangsa. Pembangunan strategi
pemasaran dalam persekitaran global...,"

Farhan perasan wajah Natelia berubah
agak pucat bila membaca sesuatu di bawah mejanya. Perasaan marah dapat dikesan daripada Natelia.

"Apa tu?," tanya Farhan dengan nada rendah.

Suara perlu perlahan supaya pensyarah mereka tak perasan mereka bercakap. Natelia nampak tersentak dengan soalan Farhan. Natelia terus menggeleng.

"Tak," laju Natelia menjawab.

Farhan tahu ada something tak kena. Farhan tak tanya lebih sebaliknya dia hanya diam dengan wajah tegang. Kalau soalan dia pun Natelia tak dengar, baik dia tak tanya apa-apa lagi.

Natelia masih rasa terganggu walaupun perhatiannya sudah difokuskan semula ke depan.

Farhan tahan diri daripada mengintai apa yang ada di bawah meja Natelia.
Benda apa yang buat Natelia jadi terganggu sampai macam ni?

Natelia perlahan-lahan menyorokkannya ke dalam meja dengan lebih jauh.
Tak nak Farhan perasan. Malangnya Farhan dah lama perasan cuma dia hanya beriak biasa.

Kelas pagi mereka akhirnya tamat...

Natelia tunggu Farhan keluar dulu.

"Aku rasa nak study sikit. Kau pergi cafe dengan Aliya lah," kata Farhan dengan selamba.

Natelia mula gelisah.

'Apa yang boleh buat si ego, dingin, dan beku Natelia Aisyah gelisah?,' tahap curious Farhan jadi semakin tinggi.

"Kau--,"

Farhan potong.

"Aku tak ada selera. Kau pergi lah dulu," halau Farhan.

Saja kedengaran rimas. Natelia cuba sembunyikan cuak dia.

"Oh-k. Nanti--,"

"Nanti aku keluar aku cari kau," potong Farhan.

Walaupun berat hati, Natelia tetap melangkah keluar. Wajah tenang tetap cuba dikekalkan. Akhirnya Natelia hilang dari pandangan. Cepat-cepat Farhan periksa bawah meja Natelia.

Tak sempat Farhan nak capai kertas di bawah meja itu, kelibat Natelia kembali. Mujur Farhan sempat pura-pura selak buku di atas mejanya.

'Nasib tak kantoi,'

Natelia menaiki tangga di sisi dewan untuk kembali ke tempat Farhan. Dewan yang luas ini lengang. Sebaik saja habis kelas tadi, dewan ini kosong. Hanya beberapa orang pelajar yang stay untuk menyiapkan assignment.

"Farhan, aku nak sta--,"

Farhan berdiri terus memasukkan bukunya ke dalam begnya.

"Jom. Aku dah lapar. Tak jadilah nak stay," kata Farhan.

Natelia tersenyum lega. Farhan dan dia beriringan keluar.

'Damn! Aku tak sempat nak sentuh pun kertas-kertas kecil tu,' fikir Farhan dengan rasa bengang.

Tak dapat dia selidik kandungan kertas-kertas berwarna-warni yang ada di dalam laci meja Natelia itu.


Di pintu masuk Cafe Cinderella...

Telefon Farhan berdering.

Poket seluar diseluk. "I need to answer this call," maklum Farhan.

Natelia hanya mengangguk. Dia menuju ke arah Lisa dan Aliya yang terus menyapa mata sebaik saja masuk ke dalam cafe ini.

Belum sempat menamatkan panggilan telefon, Farhan terus menarik pemegang pintu cafe. Dia membuka pintu jernih itu dan terus melangkah keluar. Natelia tak sempat nak tanya apa-apa sebab Farhan nampak cemas.

"Kenapa tu?," tanya Aliya terpinga.

"Entah," jawab Natelia.

"Ada kecemasan lah tu," komen Lisa dengan nada lembut.

Natelia hanya angkat bahu. Pura-pura tak terkesan bila Farhan blah macam tu je tanpa maklum apa-apa pada dia. Dia tahu dia tak patut rasa macam ni. Natelia rasa macam... dia ni tak penting pun bagi Farhan.




Farhan tersenyum sambil menekap telefon ke telinga.

"Bagus sangat kau call aku, bro,"

"Kenapa pula dah kau ni?," tanya seseorang di talian.

Pelik bila Farhan merapu tiba-tiba.

"Tak ada apa lah. Kenapa kau call, Rul?," tanya Farhan.

"Saja nak ajak lepak. Free?," tanya lelaki di talian.

"Bila?," soal Farhan.

"Entah. Arman dengan Karl tak bagi kata putus lagi,"

"Okay nanti kau roger aku balik," balas Farhan.

Tak tunggu lama, dia terus tutup talian. Farhan jawab phone sambil berlari anak ke dewan tadi semula. Peluang untuk dia tengok apa yang Natelia baca terbuka.

'Berguna juga ada kawan walaupun ngok ngek,' kutuk Farhan lucu.

Memang tak lah nak kata si Sharul tu ngok ngek. Farhan saja je auta.

Farhan masuk ke dewan. Meja Natelia tadi di hampiri. Penuh dengan kertas
nota kecil tanpa nama penghantar.

Satu-satu dibaca. Wajah Farhan tegang.

"Shit," komen Farhan.








Our Thin LineWhere stories live. Discover now