Part 6

5.1K 225 3
                                    

Keesokan harinya...

Di dewan kelas perniagaan...

"Penyangak, kau okay tak ni?," tanya Farhan.

Dalam kasar terselit keprihatinan.
Farhan perasan yang Natelia agak lain hari ni. Natelia hanya senyap dan tak cari pasal seperti biasa.

"Aku okay," balas Natelia.

"Kalau kau tak okay, aku boleh hantar kau balik," pelawa Farhan.

Natelia hanya termenung. Sejak dua menjak ni Natelia jadi pendiam.
Memang lah Farhan perasan dengan perubahan Natelia itu sebab jelas sangat.

Hari menjelang malam. Kelas mereka musim ni banyak petang sampai malam.

"Lia, jom aku hantar,"

"Okay. Terima kasih," balas Natelia.

Kali ni Farhan pandu kereta. Jadi bagi dia tak salah kalau tumpangkan Natelia.

Bila tiba di rumah sewa Natelia...

"Aku balik dulu," kata Natelia sewaktu buka pintu kereta untuk keluar.

Farhan hanya mengangguk. Natelia keluar dari kereta dan terus kereta Farhan meluncur pergi dari depan rumah kecil itu.

Natelia masuk ke dalam rumah sambil memberi salam. Aliya di ruang tamu yang sedang menonton televisyen menjawab salam Natelia.

"Hai, Lia. Okay tak ni?," tegur Aliya bila lihat wajah tak bersemangat Natelia.

Natelia hanya mengumam kecil.

"Balik dengan buah hati lagi ya?,"
usik Aliya cuba nak buat Natelia bersuara.

Natelia yang kepenatan terus masuk dalam bilik dan menghempas tubuh ke atas tilam bujang dia yang empuk.

Aliya yang pelik dengan respon tak layan Natelia terus mengikut Natelia masuk ke dalam bilik Natelia.

Aliya pun sedar perubahan sikap Natelia dua tiga menjak ni.

Semua ni sejak kejadian mereka berjumpa dengan Azim hari tu...


"Jom! Lia! Aku tumpangkan kau orang nak?," pelawa Farhan.

"Tak apa," balas Natelia.

Farhan hanya buat tak kisah dengan perangai kerek Nate dan kereta dia meluncur laju dari situ dan hilang dari pandangan.

Aliya, Lisa, dan Natelia sambung perjalanan kaki mereka.
Malangnya, Natelia tiba-tiba terseliuh kerana terpijak batu kecil dan hilang imbangan. Nasib ada sebuah kereta berhenti. Cermin tingkap kereta itu dibuka.

"Aliya, kenapa dengan Lia?," tanya Azim dengan serius. Cemas agaknya melihat keadaan terincut-incut Natelia.

"Tak ada apa-apa. Terseliuh sikit je," balas Aliya.

"Mari saya bawa ke klinik," ajak Azim ikhlas nak bantu.

"Tak perlu!," sampuk Natelia dengan tegas.

"Jangan layan saya macam musuh, Lia.
Saya nak kita kawan macam dulu.
Maafkan saya. Saya menyesal sebab buat awak terluka. Bagi saya tebus salah saya. Tolonglah!," pujuk Azim bersungguh.

"Nope. Never. Just go away," balas Nate dengan dingin. Bagi dia tak perlu dah ungkit kenangan lama.


Our Thin LineWhere stories live. Discover now