EPILOG TWO

8.7K 202 16
                                    

"FARHAN, awak letak sneakers saya kat mana?,"

"Dalam rak!," jerit Farhan dari dalam bilik air.

"Farhan, mana baju yang Nina suka pakai tu?,"

"Dalam laci bahagian bawah. Cari elok-elok nanti jumpa lah," jawab si suami lagi.

Perangai sang isteri tetap sama aje. Farhan dan Lia dah hidup bahagia bersama. Tak sampai beberapa bulan selepas malam mereka berjumpa semula di taman KKEKL... Lia disahkan mengandung.

Anugerah yang mereka dapat selepas mengharungi kehilangan anak mereka. Mereka yakin mereka diberi peluang ini kerana mereka lebih bersedia dari sebelumnya. Kali ni Farhan dan Lia takkan sia-siakannya. Mereka masih dalam proses membaiki diri sendiri untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Hidup mereka penuh dengan senyuman dan usikan.

Farhan Aniq dan Natelia Aisyah tetap unik dengan gaya love and hate couple mereka. Tetap kekal walaupun anak dah hampir setahun setengah.

Hani Narena binti Farhan Aniq.

Tanda kasih mereka berdua.

Alhamdulillah. Bahagia akhirnya menjelma buat pasangan ini.

Lia yang sedang mendukung Hani mendirikan anak kecilnya itu ke lantai bilik.

"Nina tunggu jap ye. Mama cuba cari baju yang Nina suka tu," kata Lia.

Almari dibuka.

"Farhan sayang, tak ada pun?,"

Farhan yang berada di dalam bilik air hanya mampu menggeleng perlahan. Tuala di penyangkut dicapai dan dipakai.

Pintu bilik air dibuka.

"Lia, baju Nina ada dalam laci almari bilik dia. Mana ada dalam almari kita,"

Lia tergelak sendiri.

"Sorrylah. Pagi ni otak Lia senget sedikit,"

Farhan hanya mampu tersenyum.

"Kejap ye. Saya nak pakai baju lepas tu kita boleh pergi pantai,"

Lia mengangguk. Nina dalam dukungan dibawa keluar dari bilik tersebut. Lia masuk ke dalam bilik anaknya. Baju gaun paras lutut bercorak My Little Pony itu disarungkan kepada anaknya. Memang betul kata Farhan... baju tu ada je dalam almari Nina.

"Nina teruja tak nak mandi pantai?," soal Lia dengan nada lembut kepada anaknya.

Nina yang baru berusia setahun tahun itu mengangguk. Lia tersenyum lebar. Entah anaknya itu faham ataupun tidak dengan soalannya.

Perutnya sendiri diusap.

"Ibu rasa baby pun tak sabar,"

Tiga tahun kemudian..

Farhan tersenyum melihat Nina yang berusia empat tahun itu berpegangan tangan dengan Hana, anak kedua mereka yang baru berusia tiga tahun.

Hana Naressa binti Farhan Aniq.

Comel sahaja gelagat kedua-dua puteri kecilnya itu.

Lia yang sedang mendukung putera kecil mereka masih belum keluar dari kereta. Bayi yang berusia setahun itu sedang merengek dalam pangkuan Lia. Farhan kembali semula ke pintu kereta.

"Farhan, tolong pujuk Han," pinta Lia.

Han Daniel itu bertukar tangan. Dengan mudah bayi itu tersenyap.

"See. Han memang sayang dekat daddy," kata Farhan membangga diri.

Lia hanya mencebik. Rasa nak merajuk pula tiba-tiba. Farhan yang perasan wajah Lia mula mendung terus mencari topik untuk hilangkan moody Lia. Macam Farhan tak tahu... Lia makin manja sekarang ni.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now