Part 14

4.4K 213 5
                                    


KEESOKAN harinya...

Farhan hanya tergelak melihat berita mingguan kolej ini.

Macam-macam keluar.

Ada yang buat kesimpulan bahawa Natelia couple dengan Azim tapi tengah bergaduh. Ada yang kata Natelia couple dengan Farhan tapi curang dengan Azim.
Ada juga yang kata Farhan nak rampas Natelia daripada Azim. Macam-macam lagi lah dia orang cakap

"Aku gaduh besar dengan Azim sebab rebutkan kau? Seriuslah?!," soal Farhan sambil tersenyum lucu.

Natelia hanya diam melihat akhbar itu.

"Benda tak gempak pun jadi kontroversi? Kalau bagi bagitahu pasal perkahwinan mesti terkejut beruk budak kolej ni," balas Natelia.

Dalam perjalanan pulang ke dewan...

"Weih. Aku rasa kan... kita pergi mana-
mana pun orang pandang. Tak selesa lah. Aku bukan jenis mudah perasan jadi aku tahulah," rungut Natelia.

"Macamlah kita buat something sampai kau nak rasa tak selesa bagai," bidas Farhan dengan gaya malas.

Sambil berjalan, Farhan melirik jam tangannya. Baru Farhan saja nak melangkah pergi dari Natelia... Natelia menegurnya hairan.

"Kau nak pergi mana?,"

Farhan tersenyum senget.

"Dating lah. Apa lagi? Kau pergi masuk dewan dulu," balas Farhan sebelum melangkah dari situ tanpa pedulikan Natelia.

Natelia mencebik.

'Tak apa. Tunggu kau Farhan. Mamat serabut tak guna! Menyampahnya aku!,' kutuk Natelia di dalam hati.

Ellyana yang berjalan tidak jauh dari situ terpandang figura Natelia. Ellyana lajukan langkah untuk beriringan dengan Natelia.

"Seronok? Happy sebab buat orang tergila-gilakan kau?," soal Ellyana dengan nada sinis tanpa memandang Natelia disebelahnya.

Natelia hanya memandang ke hadapan.
Malas nak tengok makhluk di sebelahnya itu.

"Happy. Takkan tak nampak?," balas Natelia dengan sinis.

Salah orang lah kalau nak cari pasal.
Umpama unta masuk kandang harimau. Kenapa unta? Sanggul macam unta jangan salahkan orang kalau orang kutuk.

"Nak apa?," soal Natelia bila Ellyana masih beriringan dengan dia.

Rimas dan menyampah dengan spesies unta tersesat kat Malaysia macam ni.

"Aku nak Azim Rizan," kata Ellyana tanpa malu.

Natelia tersenyum manis.

"Boleh," jawab Natelia dengan penuh lemah lembut.

Ellyana mendengus marah.

'Okay kau nak jadi badak sumbu pula ke?,'

"Aku kisah apa. Kalau boleh... kau ambillah dia," sambung Natelia tanpa senyuman.

Muka serius tanda mencabar.

Ellyana hanya mendengus marah lalu beredar dari situ dengan wajah yang merah.

'Entah apa perempuan ni. Marah ke malu? Kisah pula aku,' fikir Natelia dengan mudah.

Natelia hanya tersenyum sinis.
Sejak bila pula jalan nak ke dewan kuliah dia jadi sepanjang ni dan penuh dengan liku dan dugaan.

Kena layan lagi seorang perempuan meroyan.

"Assalamualaikum... hai! Saya Sofea.
Boleh saja jalan dengan awak?," tegur
Sofea lembut.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now