Part 57

4.4K 158 20
                                    

LIA terkaku.

"Azim, aku nak cakap sesuatu.Ingat tak pasal janji mengarut yang aku ca--,"

"Far--Farhan?,"

Farhan tersenyap.

'Tut!!'

Talian terus terputus.

Lia masih terkaku.Apa yang Azim tanya pun dia tak dengar.

"Lia!!," panggil Azim kuat.

Lia tersentak.Wajah Lia tetap nampak hilang fokus.Lia pandang Azim.

"Ha?,'' gumam Lia perlahan.

"Siapa tu? Kenapa awak sebut Farhan? Farhan ke?,'' tanya Azim.

Lia terdiam sebelum..mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah!,'' ucap Azim dengan rasa bersyukur.

Mujur Farhan baik-baik sahaja.Lega bila kesimpulan dia dengan Karl salah.

Tapi macam mana Lia terniat nak call balik nombor tu tiba-tiba?

"Macam mana awak call--macam mana awak tahu tu Farhan?--Bukan.Macam mana awak terdetik nak call balik caller tu?,'' tanya Azim.

Lia masih hilang fokus.

'Far-Farhan?,' Lia masih terkejut.

"Lia? Hello?," sapa Azim.

Azim melambai-lambai di depan Lia.

"Ha?,'' balas Lia terpinga-pinga.

"Tak ada apa-apa lah, Lia oi," balas Azim.Mengalah.

"Azim, akhirnya Farhan munculkan diri--I mean.. munculkan suara.Saya lega bila dia baik-baik je.Tapi kan..kenapa dia call awak?," tanya Lia musykil.

Azim menggeleng.Mana lah dia tahu.

"And..apa janji kau orang yang dia sempat sebut tadi?,'' tanya Lia tertanya-tanya.

Azim terdiam.

FARHAN menekan butang merah yang terpapar di skrin telefonnya dengan kalut.

'Tutt!!,'

Tindakan reflex bila suara Lia muncul tiba-tiba.Farhan cubit tangan sendiri.

"Kenapa kau tekan tutup tadi? Ha?," soal Farhan pada diri sendiri.Tertekan.

"Macam mana ni?," soal Farhan gelabah.

Tangannya sendiri dipukul geram.

"Kenapa automatik sangat kau ni?,'' marah Farhan.

Farhan terkejut sangat tadi.Yelah..tiba-tiba je keluar suara Lia.

"Apa?!," tanya Lia tak percaya.

"Farhan suruh awak janji macam tu?,'' tanya Lia tak puas hati.

Azim hanya mampu mengangguk.

"Dia dah gila agaknya.Tunggu lah bila saya dapat dia..saya belasah dia cukup-cukup!," kata Lia nekad.

Penumbuk dikepal.

Azim tergelak.

"Biar saya tolong sekali,"

"Deal," balas Lia.

Hati Lia sedikit tenteram bila tahu Farhan baik-baik sahaja.

Tapi persoalannya bila Farhan nak balik?

Lia dah rindu sangat ni.

ESOKNYA..

Farhan kumpul segala keberaniannya yang ada dan nombor Lia didail.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now