Part 18

4.1K 208 4
                                    


BULAN menghiasi langit malam.

Farhan baru selesai mandi. Pintu bilik air dibuka sedikit sebelum menjerit memanggil nama Natelia.

"Lia! Bagi aku baju sehelai!!,"

Natelia di dapur dapat dengar jeritan Farhan sebab rumah ni bukannya besar sangat. Biasalah rumah sewa pelajar biasanya memang sempit. Jadi dapur dengan bilik Natelia tak jauh. Farhan sedang mandi di bilik air yang ada di dalam bilik Natelia.

Natelia sedang merebus mi segera jenama maggi hanya menggeleng kepala. Entah apa nak jadi dengan mamat seorang ni. Tidur sini sesuka hati tak bagi Aliya dengan Lisa balik, pastu mandi tapi tak bawa baju??

Tipulah kalau Natelia kata dia tak cuak bila berdua-duaan dengan lelaki dalam rumah ni. Nak nak lagi... Sekarang dah menjelang waktu malam. Tapi sebab dia percayakan Farhan, dia tak kisah sangat.

Yang dia kisah satu hal je! Kenapa Farhan nak tidur sini padahal rumah dia bukannya jauh sangat. Tak segan ke dengan dia? Dah lah Aliya dan Lisa tahu. Entah apa dia orang fikir nanti. Memang lah dia orang dah kahwin... Tapi--

Fikiran Natelia tengah serabut sebab dia kekok dan cuak tapi tak nak mengaku.

"Woi penyangak!! Aku sejuk duduk dalam bilik air ni lama-lama. Nak baju!!," jerit Farhan lagi.

Natelia rasa nak mencarut. Hilang semua yang dia fikir tadi. Natelia masuk ke dalam biliknya. Almari dibuka dengan gaya kasar. Sehelai baju t-shirt yang paling besar di ambil.

"Kau expect duduk rumah perempuan boleh pinjam baju lelaki? Nasiblah!,"
gumam Natelia dengan nada keji.

Natelia ketuk pintu bilik air. Pintu dibuka kecil dan kepala Farhan keluar menjenguk. Dapat Natelia lihat titisan air dari rambut basah Farhan mengalir ke leher.

Natelia berdeham halus. T-shirtnya di hulurkan dengan muka masam. Farhan pandang hairan t-shirt dalam pegangan Natelia tanpa mengambilnya.

"Baju siapa ni?," tanya Farhan.

Natelia hanya mengangkat kening.

"Baju aku lah. Kenapa?," soal Natelia dengan riak polos.

Padahal dalam hati dah ketawa besar.

"Kau ingat muat, gila?,"

Nada bengang Farhan buat tawa Natelia akhirnya meletus. Natelia mengemam bibir untuk hilangkan sisa ketawa. Senyuman terhibur tetap setia terukir. Muka tak puas hati Farhan buat Natelia senang hati.

"Kau expect apa, cerdik? Kau fikir aku ada baju lelaki? Kau ingat aku ada suami ke hah?," soal Natelia dengan bersahaja. Spontan tanpa fikir panjang.

Natelia terdiam. Farhan tersenyum kelat.

"Tak maksud aku--,"

"Relax tak payah cuak. Aku faham kau tak sengaja cakap macam tu. Kau tak biasa dan kita tak tinggal serumah untuk buatkan kau ingat yang aku suami kau," kata Farhan dengan tenang.

Tersentap Natelia.

"Weih weih. Aku bukan nak sentapkan kau lah," terang Farhan dengan kalut.

Tak ada niat pun nak perli Natelia. Dia cuma nak sampaikan yang dia tak kisah sebab dia faham Natelia belum biasa. Dan Natelia pun tak sedar ayat tu keluar, bukan.

"Faham," balas Natelia dengan nada lembut. Dia menundukkan pandangan.

"Tapi still... kau nak aku pakai baju ni ke wei?," tanya Farhan.

Natelia tersengih kecil sambil mengangguk.

"Pakai atau tak. Ikut kau lahhh," kata Natelia sambil tersenyum. licik.

Farhan dah silap langkah. Siapa suruh
minta baju. Kalau tak pakai baju yang Natelia bagi, dia nak pakai baju apa?

Bila Natelia acah nak pergi tanpa beri baju itu, terus Farhan merampasnya dengan riak tak puas hati. Natelia terus ketawa mengejek. Farhan tutup pintu bilik air dengan agak kuat. Nak luahkan yang dia geram dengan Natelia.

Natelia keluar dan menuju ke dapur semula. Maggi yang siap dimasak dihidangkan. Maggi jelah yang ada dan yang dia reti masak.

Tak lama kemudian, Farhan keluar dari bilik. Natelia menoleh dan terus bertukar menjadi patung yang kaku.

Table is turned.

Natelia rasa menyesal bagi baju tu kat Farhan walaupun baju tu je yang paling besar.

"Dah tak ada baju sangat kan," kata Farhan dengan sinis.

Farhan ambil salah satu mangkuk yang ada di kaunter dapur dan menuju ke ruang tamu. Natelia bagaikan baru tersedar. Seriuslah dia terpaku tengok badan Farhan dalam t-shirtnya? Natelia kemudiannya mengikut jejak Farhan; mengambil maggi dan ke depan. Mereka makan sama-sama di hadapan televisyen.

"Kenapa kau mandi kalau kau tahu yang kau tak ada baju?," tanya Natelia.

Soalan itu memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Panas, busuk, rimas," jawab Farhan satu-satu.

Natelia hanya mengangguk faham.

"Kalau t-shirt aku koyak... siap kau!,"
warning Natelia siap-siap.

"Kau sendiri nampak yang baju kau kecil dengan aku kan?," tanya Farhan.

"Nasib lah. Badan aku tak besar. Badan kau lain. Mana muat dengan baju aku.
Ni pun baju yang aku salah beli saiz.
Tu yang besar tu," kata Natelia.

"Seksi kan aku?," tanya Farhan dengan selamba.

Natelia hampir tersedak. Nyaris nak tercekik maggi bila mendengar soalan Farhan. Dah lah dia dari tadi tahan mata daripada pandang Farhan.

"Makan cepat. Nanti sejuk tak sedap," kata Natelia.

Pandangan Natelia berselang seli antara mangkuk dengan TV. Farhan di sebelah langsung tidak dikerling.

"Kenapa tak pandang aku? Takut tergoda eh?," usik Farhan.

Natelia acah nak muntah sebelum buat rolling eyes. Tapi tetap dia tak pandang Farhan.

"Ngek. Geli aku dengar," balas Natelia mendatar.

Farhan ketawa kecil.

"Sorry. Aku pun tak tahu kenapa aku ni handsome and smart sangat. Dah kau tak sanggup nak pandang aku," keluh Farhan dengan nada sayu.

Acah lebih. Natelia hanya mampu menggeleng kepala dengan statement minta kaki Farhan.

"Aku penat dengan dia ni," balas Natelia dengan nada menyampah.

"Makan tu diam-diam. Lepas tu kau tidur bilik aku," ujar Natelia dengan kasar.

Farhan respon dengan gimik pegang dada. Muka takut di tayang. Natelia tak faham apa yang Farhan cuba sampaikan.

"Uish. Aku tak tahu pula yang kau ni agresif. Cara kau ajak ganas gila," komen Farhan mengusik.

Natelia ketap bibir. Rasa macam ada orang arwah malam ni. Bengang gila dia dengan Farhan. Boleh pula fikir macam tu!

"Kau ni kan," nada Natelia yang tertahan menunjukkan yang dia dah bengang tahap tertinggi.

"Aku tidur bilik Lisa lah, CERDIK,"
jerit Natelia kuat di telinga Farhan.

Berdengung telinga Farhan. Bergegar kepala dia rasa macam nak pecah.
Farhan risau kalau dia jadi pekak. Farhan jadi insaf sekejap. Natelia bangun dari sofa dan membawa mangkuk ke dapur.

"Kalau baju aku koyak, ganti!," sempat Natelia pesan.

"Eleh. Duit berkepuk pun berkira dengan aku," gumam Farhan perlahan.

Mahu kena tendang kalau cakap kuat-kuat. Dah lah tu ayat Natelia terhadap dia waktu di shopping mall hari tu. Memang kena bash habis-habis kalau sebut depan-depan.

Farhan hanya mampu tersengih sendiri.







Our Thin LineWhere stories live. Discover now