Part 33

4.3K 184 4
                                    

"KARL masuk meminang saya,"

"What?!," terjerit Lia.

Tak sangka lah sebab tiba-tiba je. Bukan ke Karl dengan Lisa tengah tak declare status mereka? Ni tak ada hujan tak ada ribut terus nak kahwin. Apa cerita?

"Nanti saya cerita bila saya balik," kata Lisa.

Lia cuba tenangkan dirinya yang terkejut tadi. "Haa okay okay,"

"Bye, Lia. Assalamualaikum,"

Salam Lisa dijawab perlahan.

Lia simpan telefonnya ke dalam poket seluar jeans straight cut dia. Muka Aliya nampak tertanya-tanya.

"Kenapa? Lisa okay tak? Dia kat mana?," tanya Aliya dengan nada risau.

"Lisa okay. Dia ada kat rumah mama papa dia. Esok dia balik kut sebab sekarang kan dah malam. Dia cakap dia balik rumah parents dia sebab... Karl masuk meminang!," maklum Lia.

"Haa?!," respon Aliya tak sangka. Terkejut.

"Saya pun terkejut jugak tadi,"

Aliya hanya mampu terdiam. Tak sangka betul. Lia pun sama. Siapa je sangka?

"Ehm... Aliya, Lia pergi dulu," pinta Lia teruja bila hon kereta Farhan berbunyi dari luar.

Farhan dah sampai. Lia tak sabar nak lepak dengan Farhan. Aliya hanya tersenyum dan mengangguk.

"Have fun. Jangan balik lewat sangat. Dah balik... awak panaskan je udang buttermilk ni guna mikrowave. Saya takut saya dah tidur waktu tu," pesan Aliya.

Lia tersengih comel. "Mak cik, orang retilah. Setakat panaskan makanan apalah sangat. Apa barang benda kecil pun tak reti?," balas Lia.

Aliya tergelak. "Haa yelah. Pergi cepat," tegur Aliya.

Lia mengangguk dan terus hilang ke luar.

Cafe Cinderella...

Lia beriringan masuk ke dalam dengan Farhan. Entah kenapa Lia rasa teruja lebih. Memang ni ke perasaan orang yang baru bercinta?

Lagipun Lia teruja sebab dia tak sangka yang dia pun memang suka Farhan dari dulu. Hati memang suatu yang unik dan misteri. Jangan jangka apa yang hati kita nak. Mana tahu kita akan terjatuh suka dan minat benda yang kita benci?

Mereka berdua ambil tempat duduk yang agak jauh dari pandangan orang lain. Sudut di hujung cafe agak kurang pelajar. Farhan dah tak kisah kalau orang tahu pasal dia orang tapi masalah dah beralih. Lia pula yang tak nak orang tahu. Mungkin sebab salah Farhan juga. Farhan yang mulakan nak berahsia bagai ni.

Orang selalu nampak Farhan dan Lia rapat jadi tak ada lah nampak pelik mana kalau mereka lepak kat sini waktu macam ni. Lain lah kalau budak KKEKL yang lain nampak dia orang pegang-pegang tangan ke. Itu ye boleh buat soket mata orang lain terkeluar.

"Nak makan apa? Kita acah kita dinner kat tempat romantik," cadang Farhan.

"Tengah laut," tambah Lia. Ceria.

Farhan angkat kening. Tahan gelak.

"Eh silap! Tepi laut," baiki Lia dengan malu.

"Ada bunga ros... ada lilin-lilin... kita berdua je," tambah Farhan.

Lia tersenyum lucu. Mereka berdua memang dah mereng agaknya. Boleh berangan macam tu kat tengah-tengah KKEKL Cinderella Cafe?

"Nak makan benda yang ringan-ringan jelah. Tak lapar mana lagipun dah malam," kata Lia.

Our Thin LineWhere stories live. Discover now