CSB ; 1

7.5K 154 20
                                    

Jam loceng kuat berbunyi membuatkan tidur lena Aryan terganggu . Dia bingkas bangun lalu mengoff semula jam tersebut lalu mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi .

Hari ni ialah hari pertama untuk Tengku Aryan Afkar bekerja sebagai CEO di syarikat terbesar ayahnya iaitu Tengku Hishamuddin . Baginya ia adalah satu kerja mudah untuk seorang lelaki yang berjaya seperti Aryan untuk menguruskan hal-hal tentang syarikat . Sudah lali dia melihat kertas-kertas kerja yang berlambak di atas meja kerja .

Ya. Sebelum menjadi CEO di syarikat milik ayahnya itu , dia telah mengambil alih jawatan sebagai CEO juga di Brunei kerana terdapat cawangan lain bagi syarikat ayahnya yang perlu di uruskan . Jadi , Tengku Hishamuddin mengambil kesempatan untuk berehat dan memberikan syarikat itu kepada Aryan untuk diurus .

Seusai mandi , Aryan bersiap dengan memakai kemeja berwarna putih dan dipadankan dengan blazer berwarna hitam . Aryan sejenis yang menjaga penampilan dan kebersihan diri . Biliknya sendiri juga tiada sampah sarap terbiar atau kertas-kertas kosong yang bersepah . Cukup bersih . Hari-hari akan ada seorang maid  yang akan membersihkan biliknya. Baju-baju nya juga akan di gosok dan di gantung rapi di dalam almari baju .

Minyak wangi dispray pada leher dan diletakkn semula di atas meja . Aryan menggayakan tangannya dengan seutas jam Polo kegemarannya . Dia mencapai telefon bimbit dan terus menapak keluar dari bilik . Aryan turun ke bawah dan menuju ke meja makan milik keluarganya  .

Terlihat disitu mummy dan daddy Aryan iaitu Tengku Hamidah dan Tengku Hishamuddin .

"Aryan come , breakfast together" . Panggil Tengku Hamidah yang sedang menyidukkan sedikit nasi goreng di dalam pinggan buat Aryan . "It's okay mummy . I can do that. Mummy sambung lah makan." Senyum Aryan pada mummy kesayangan . Tengku Hamidah hanya tersenyum dan duduk semula untuk makan .

"So this is your first day work at Malaysia . How did u feel , son ?" Sapa Tengku Hishamuddin . Tengku Hishamuddin amat menitikberatkan tentang hal ehwal kerjanya lagi-lagi diuruskan oleh Aryan . Dia tahu Aryan seorang yang cekap dan professional apabila membuat sesuatu kerja . "I feel nothing daddy. Aryan dah terbiasa dengan kerja-kerja yang daddy kasi . Cuma Aryan perlu sesuaikan diri dengan keadaan dan cuasa sahaja. Not to worry daddy. I'm not a kid anymore"

Tengku Hishamuddin hanya ketawa . Lagak sungguh anak terunanya seorang ini . Yalah orang sudah pandai mengurus kerja sendiri . "Good to hear that. I hope so that you can handle this without daddy okay." Aryan hanya mengangguk dan disuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulut .

----------

Aazeen segera berlari ke arah lift kerana tidak ingin terlewat masuk . Sudahlah bangun pun lewat , takkan pula nak masuk kerja lewat juga . Hari ni hari paling malang bagi seorang gadis bernama Aazeen . Sudahlah bangun lambat kerana tidak mengunci jam . Kereta pula rosak . Dia pergi kerja pun hanya menaikki grab .

Semasa pelarian pecut 100 m nya itu, dia tidak perasan akan seorang lelaki dihadapan dan teruskan berlari sehingga terlanggar bahu lebar seorang lelaki . Telefon canggih milik lelaki itu terus jatuh mencium lantai dan akhirnya screen itu pecah .

"Hey!...." terus terberhenti larian Aazeen tadi . Aazeen memandang lelaki itu dan telefon yang sudah berada di lantai . Terlopong mulutnya melihat screen telefon itu sudah pecah . "What are you doing ?! My phone !"  'Alamak apa aku nak buat ni . Habislah . Dah lah aku dah lambat , terlanggar mamat ni pula' desis hati Aazeen .

"I'm sorry . Saya betul-betul minta maaf sebab saya tak sengaja . Saya nak cepat . Encik maafkan saya ye ? Saya boleh ganti balik telefon encik ni ." Merayu-rayu Aazeen meminta maaf , tetapi lelaki itu memandangnya tajam bagai ini diratah-ratah perempuan tu . "Sorry ? You know who i am ? I'm Tengku Aryan Afkar CEO of this company ! Just sorry ?!" Aazeen memandang Aryan bagaikan terperanjat mendengar pekikan dari Aryan .

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt