CSB ; 2

2.9K 98 26
                                    

Bukk !!

             Bantal kecil disebelah Aazeen ditumbuk dengan kekuatan yang ada untuk melepaskan geram . "Eyy geram je aku dengan dia ni . Handsome, tapi takde adab ! Dahlah aku penat lari laju-laju tadi, dah nak jatuh pula tu boleh pula dia tutup pintu lift tu ey !"

Aazeen berleter seorang diri di dalam bilik. Panas sungguh hatinya hari ini. Pagi hadap dia, petang pun hadap dia. Bukan apa, muka je sempurna tetapi adab tiada. Layakkah dipanggil lelaki idaman kalau begitu? Sabarlah Aazeen. Dugaan hari ini mencabar betul.

Knock knock !

Bunyi ketukkan pintu membuatkan Aazeen berhenti bercakap seorang diri. "Aazeen, buka pintu kejap, mama ada benda nak cakap ni." Oh mama rupanya. Ingatkan siapa lah tadi

Aazeen membuka pintu sejurus selepas mamanya Tengku Azirah mengetuk pintu. Mamanya masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Terus tangan Aazeen di capai dan ditarik ke sofa kamar Aazeen. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa. "Ada apa ma?" Tanya Aazeen.

Senyuman manis dilemparkan pada anak gadis manisnya ini. Cantik. Mukanya juga sering tak tumpah sama seperti mamanya Tengku Azirah. "Mama ganggu Aazeen ke? Maaflah. Anak mama baru balik kerja tapi mama dah ganggu pula" Aazeen hanya senyum pada mamanya . "Tak lah mama. Aazeen tak penat mana pun. Sikit saje. Kenapa mama ? Ada apa-apa ke?"

"Mama sebenarnya nak cakap pasal Aazeen." Aazeen mula rasa tidak selesa tentang perasaannya sendiri. Kedengaran bunyi yang keluar dari mulut mamanya itu seperti ada perkara mustahak.

"Mama dah lama nak tengok anak mama ni naik pelamin." Lahh. Buat terkejut beruk je mama ni . "Hahahaha mama ni buat Aazeen kalut je tau. Ingatkan apa lah tadi." Tergelak kecil Tengku Azirah mendengar kata-kata dari mulut anaknya itu.

"Aazeen belum jumpa lagi yang sesuai untuk Aazeen ma. Lagipun Aazeen baru je masuk alam perkerjaan. Baru beberapa bulan Aazeen kerja. Kawan pun tak ramai" Tengku Azirah senyum. Mamanya memang pemurah bab-bab senyum. Senyum kan juga satu sedekah . Banyak pahala.

"Kalau mama tolong cari kan Aazeen nak?" Aazeen memandang Tengku Azirah pelik. Cari kan jodoh ? Calon suami ? "Mama ada ke kawan-kawan mama yang anak dia handsome-handsome hihi. Kalau ada boleh je Aazeen terima" tergelak gadis manis ini . Niat hanya ingin bergurau .

Sebenarnya dia masih tidak bersedia untuk berkahwin. Dia baru ingin hidup berdikari dahulu. Tetapi kalau dah tertulis jodohnya awal, nak tak nak dia harus terima juga.

"Ada. Kawan mama sorang ni anak dia kacak, pembersih lagi, kemas orangnya. Aazeen setuju kalau mama jodohkan Aazeen dengan dia?" Terkejut beruk aku dengar apa yang keluar dari mulut mama.

Weh seriuslah ?! .

Wajah Tengku Azirag bagaikan berharap anaknya itu setuju. Dia ingin sangat melihat anaknya berkahwin. Dia mahu melihat kebahagiaan untuk anaknya sendiri.

Alah sebenarnya nak cucu je HAHAHA

"Em. Bagi Aazeen fikir dulu ye ma? Aazeen tak nak buat keputusan melulu." Senyum hambar diberikan pada mamanya. Dia tahu mama ingin melihat dia bahagia dan berkahwin. Tapi dia sendiri belum terfikir untuk berkahwin walaupun umurnya hampir masuk 24 tahun. Muda lagi

Tengku Azirah mengangguk dan senyum. "Takpe. Mama tunggu jawapan Aazeen. Fikir baik-baik ya Aazeen. Mama harap sangat Aazeen boleh terima." tenang sungguh kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Azirah. Haih semakin resah Aazeen dibuatnya. Kalau tidak terima nanti kecil pula hati mama. Kalau terima pula dia masih tidak kenal sang jejaka itu.

Bagaimana ? Aazeen sedikit buntu.

Aazeen sekadar mengangguk. Dia tidak mahu menghampakan mamanya dan tidak juga mahu memberikan harapan palsu. Sabar ya mama. Aazeen fikirkan dulu.

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon