CSB ; 12

2.1K 86 13
                                    

Dadanya mula berombak apabila melihat Aazeen tiada di depan mata. Aryan terus keluar dari kedai tersebut dan berlari ke arah tempat dia berdiri bersama Aazeen tadi. Matanya melilau melihat sekeliling. Matanya tertancap pada semua perempuan yang memakai tudung yang sedang duduk menutup telinganya.

Aryan terus berlari ke arah perempuan itu. Tak silap lagi, itu Aazeen. "Aazeen!" Aryan terus memeluk tubuh Aazeen dengan erat. Esakkan kuat dari Aazeen didengari oleh Aryan. Aazeen terkejut. Bunyi tembakan itu tadi sangat dekat dengan dia. Mujur sahaja dia tidak terkena sebiji peluru pun di mana-mana bahagian tubuh badannya.

"A-abang saya takut!" Aazeen memeluk erat badan Aryan. Jantungnya mula berdegup kencang. Seluruh tubuh badannya menggigil ketakutan. Apa yang dah jadi? Siapa yang tembak tadi?

"Aku ada dekat sini. Jangan risau" Aryan melepaskan pelukkan. Setiap inci tubuh badan Aazeen dilihat dan diperiksa. Nasib tak ada apa-apa luka. "Kau okay tak?! Ada terkena apa-apa tak?! Ha? Jawablah aku tanya kau ni!!" Dalam tak sedar Aryan menengking Aazeen akibat terlalu risau. Aazeen sedikit tersentak mendengar jerkahan dari Aryan. Kenapa Aryan tiba-tiba nak marah?

"S-saya tak kena apa-apa." Air matanya terus-terusan mengalir tanpa henti. Apa yang dia rasa sekarang ialah ketakutan. Tiba-tiba saja bunyi tembakan menjerkah gegendang telinganya. "Kenapa kau tak ikut aku tadi?! Kenapa duduk dekat sini ha?! Kalau kau kena tembak tadi macam mana?! Siapa yang susah?!" Sekali lagi Aryan menengking.

Disebakan terlalu risau, Aryan dengan tak sengaja menengking Aazeen dikhalayak ramai. Ramai mata memandang mereka berdua. Aazeen mula malu dan menundukkan mukanya. Orang tengah takut kau boleh marah-marah ya Aryan. Siapa yang suruh tunggu tadi? Ish!.

"T-tadi hsk! Awak yang suruh saya tunggu sini." Tangisannya makin deras. Sakit pula hati kena tengking depan orang ramai ni. Lagipun Aryan juga yang suruh dia tunggu dekat situ. Lepastu kena marah pulak! "Lain kali ikut je lah aku! Yang kau duduk juga dekat sini kenapa?! Nak mati sangat ke ha?!" Nafas Aryan mula tidak teratur akibat marah. Mukanya sudah naik memerah memandang Aazeen. Yelah muka macam mat salleh ni memang nampak merah dia bila marah.

Aazeen memandang Aryan. Mukanya sudah penuh dengan air mata. Matanya juga sudah sembab akibat banyak menangis. Aazeen bingkas bangun dan terus berjalan meninggalkan Aryan. Apa nak jadi tu jadi lah. Dia tak kisah. Orang tengah takut patutnya ditenangkan bukan dimarah. Tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Aazeen terus berjalan pulang semula ke hotel dengan air mata. Nasib saja hotel yang mereka tempah tidak jauh.

Aryan mula tersedar. "Ya Allah apa aku dah buat ni?" Aryan memandang Aazeen yang sudah jauh berjalan. Dia bingkas bangun dan mengejar Aazeen. Dia harus minta maaf pada Aazeen. Sepatutnya dia yang protect Aazeen, tetapi tidak. Hanya tengkingan kuat dia laungkan pada Aazeen.


"So, kau dah berjaya tembak dia? Aku nak bukti yang kau dh betul-betul berjaya tembak dia. Lepastu baru aku bagi kau duit" Kata Yasmeen di corong telefon. Lelaki itu sudah tidak tenang memkirkan cara untuk memberikan bukti palsu pada Yasmeen.

"D-dah boss. Esok saya balik malaysia saya kasi boss bukti." Nadanya sedikit gugup apabila bercakap.

"Okay i'll wait for tomorrow." tanpa sebarang rasa ragu-ragu Yasmeen terus mematikan panggilan. Lelaki itu menghembuskan nafas lega. Dia terus berjalan pulang ke hotel bagi mencari idea untuk bukti-bukti palsu.

Tangan Aazeen dicapai lembut oleh Aryan. Dia perlu minta maaf pada Aazeen. Tindakan luar kawalnya tadi betul-betul membuat Aazeen terkilan. Tangan Aazeen digenggam lembut. "Aazeen...aku...aku nak minta maaf pasal siang tadi. Aku betul-betul tak sengaja. Aku terk-." Belum sempat Aryan ingin menghabiskan ayatnya, Aazeen sudah memotong.

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Kde žijí příběhy. Začni objevovat