CSB ; 20

2K 82 8
                                    

Dalam setiap kemanisan, ada juga kepahitannya.

Yasmeen bangun dari pembaringan. Nafasnya dihela perlahan. Fikirannya sekarang bercelaru. Dia penat. Penat dengan semua masalah yang sedikit demi sedikit menindih di bahunya.

Dia bangun dari duduk dan kakinya melangkah ke arah meja solek. Punggungnya dihenyakkan di atas kerusi kecil. Almari kecil itu ditarik. Satu keping gambar di ambil dan dipegang kemas. Jarinya mengusap perlahan gambar itu. Gambar perkahwinan Hud dan Yasmeen.

Dalam tak sedar, satu senyuman kelat menghiasi wajah sembabnya itu. "Kalau lah dulu kau senyum macam ni hari-hari dekat aku..." Nafas di hela berat. Hatinya semakin sakit apabila mengingati kembali kisah silamnya bersama Hud.

Dipukul. Dimaki. Itu semua sudah menjadi perkara paling tragis dalam hidupnya. Betulkah Hud sudah berubah? Hatinya berbolak-balik untuk menerima Hud. Dia tidak pasti sama ada keputusannya nanti baik ataupun tidak.

Ketukkan di pintu bilik Yasmeen menghentikan lamunannya. Yasmeen memandang ke arah pintu yang dibuka. Hud.

"Sayang, em...awak lapar? Jom makan?" Tanya Hud. Dia tahu Yasmeen sedang dalam keadaan tidak okay sekarang, tetapi apa gunanya seorang suami kalau tiada di sisi isteri di saat isteri memerlukan? Walaupun dia tahu, Yasmeen tak memerlukan dia.

"You masak? Sejak bila pandai masak?" Tanya Yasmeen. Soalan Hud menarik perhatiannya. Setahu dia, dia tak masak apa-apa pun. Masak pun tak berapa pandai. Setakat goreng-goreng tu boleh lah sikit.

Tengkung Hud dia usap lembut. Senyuman manis dihadiahkan buat si isteri. "Saya belajar masak. Bosan duduk rumah, jadi saya masaklah. Kalau awak tak nak makan tak apa. Nanti kalau lapar turun eh?" Sekali lagi, senyuman manis dilemparkan buat Yasmeen.

Jujur dia katakan, senyuman Hud membuatkan dia terpukau seketika. Kekacakkan lelaki itu sedikit pun tidak berubah. Yang berubah, hanya hati. Mungkin?

Tidak sempat Hud ingin menutup pintu, Yasmeen terus bangun dan menahan pintu. "Jomlah." Yasmeen terus keluar dari biliknya dan turun ke bawah tanpa menunggu Hud. Terpancar senyuman kebahagiaan buat Hud.

Mungkin dia perlu mengambil hati si isteri sedikit demi sedikit. Dalam kerasnya perempuan, ada lembutnya juga. Kan?

.

"Assalamualaikum sayang!" Loceng rumah ditekan beberapa kali. Kaki Aazeen terus melangkah laju ke ruang tamu dan segera membuka pintu untuk si suami.

Senyuman manis dihadiahkan buat si suami. Manis betul muka tu. Suka suami balik hihi. Tangan Aryan dicapai dan dikucup lembut. Baru hilang beberapa jam dah rindu hihi.

Tak salah kan nak rindu suami?

Aryan menyambut salam Aazeen dan dia segera masuk ke dalan rumah. Pintu ditutup. "Ada siapa-siapa datang ke tadi?" Terdetik hati Aryan untuk bertanya soalan itu. Kini lidah Aazeen kelu. Dia terdiam sejenak.

"Abang lapar tak? Jom makan, sayang tunggu abang balik nak makan sama-sama." Tangan Aryan ditarik untuk membawa Aryan ke dapur, malangnya Aazeen yang terdorong ke belakang semula kerana Aryan sedikit pun tidak berganjak.

"Did you hide something from me?" Tanya Aryan. Ha kau! Kan dah speaking!

Aazeen menarik nafas dan menghembuskannya. Perlahan kepalanya mengangguk. "Tadi...ada sorang perempuan datang." Kepala Aazeen ditundukkan sedikit. Tidak mahu dia melihat muka Aryan yang tiada senyuman itu. Buatnya kene marah? Naya je!

"Sayang tak tahu kenapa dia datang, tiba-tiba je dia nak marah sayang, dia kata sayang ni dah rampas abang dari dia." Kepala Aazeen dinaikkan semula dan matanya memandang Aryan.

"Siapa dia abang? Kenapa dia cakap macam tu? Siapa dia?" Sejurus soalan itu ditanya pada Aryan, mata Aazeen mula bertakung. Sakit hatinya apabila mengingati kembali kejadian pagi tadi.

Aryan sudah menunjukkan riak benggangnya. Wajah Aazeen diapandang. Tangan Aazeen dicapai lembut dan ibu jarinya mengusap tangan Aazeen. "Sayang..."

"Ignore her. She's my past. I'm not love her anymore. She just my past. My bad past. Okay? Abang minta maaf kalau buat sayang sakit hati. Abang tak ada niat nak buat sayang nangis. Don't cry sweetheart. I hate too see your tears fall." Pipi lembut Aazeen diusap lembut.

"Abang betul...tak ada apa-apa dengan dia?" Tanya Aazeen lagi bagi mendapatkan kepastian. Dia masih ragu-ragu. Ah tolong lah! Baru sahaja mahu menginjak ke alam bahagia. Jangan kacau!

Aryan melemparkan senyuman manis buat Aazeen. "I only have you. You're my everything sweetheart." Sedikit lega hati Aazeen apabila mendengar kata-kata itu dari mulut Aryan.

Tidak baik dia berfikir buruk tentang suaminya sendiri tanpa soal selidik dahulu. Kalau mahu membina keluarga bahagia, setiap pasangan suami isteri perlulah ada kepercayaan yang kuat dan kesetiaan yang kukuh. Baru lah keluarga bahagia.

Tak gitu?

"Yelah. Jom makan? Sayang lapar ni tunggu abang." Aazeen kembali tersenyum. Malas lah mahu bermasam muka. Hari ni nak baik-baik sahaja dengan encik suami tercinta.

"Hahahaha yelah. Jom"

___________

Hai assalamualaikum semua. Maaf lambat update dan update pendek. Saya sedikit sibuk. Hehe. Enjoy. Lot of love! ❤

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now