CSB ; 9

2.1K 89 7
                                    

"Terima kasih hantarkan saya. Nah duit" Haziqah menghulurkan 2 keping duit berjumlah Rm5 . Tetapi duit itu tidak di ambil.

"Tak apa. Kali ni saya belanja awak. Hari tu kan awak dah tolong saya." Senyum Hafiz . Alah cair betul kalau tengok dia senyum. Ada lesung pipit di pipi kirinya.

"Mana boleh, awak bekerja. Takkan lah saya tak nak bayar kot." Sambung Haziqah lagi. Hafiz senyum. Sikit pun tanggannya tidak bergerak untuk ambil duit itu.

"Tak apa. Saya belanja okay?" Haziqah hanya akur. "Terima kasih. Saya pergi dulu." Haziqah melemparkan senyumannya dan keluar dari kereta. Duitnya disimpan kembali dan terus berjalan masuk ke dalam mall.

Hafiz tersenyum melihat Haziqah. Comel. Macam bidadari datang hinggap di hati ni.

"Saya harap, awak jodoh kiriman Tuhan buat saya, Haziqah"

Setelah menghantar Haziqah dengan ekor matanya, Hafiz terus beredar.

------------

Kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Siapa lagi kalau bukan Aryan dah pulang dari office. Aazeen terus bangun dari sofa dan ke pintu utama.

Aryan keluar dari kereta dan menuju ke pintu. Kasutnya dibuka. Dipandangnya muka Aazeen. "Dah kenapa berdiri sini ? Tak reti nak masuk?" Tanya Aryan.

Aazeen menghulurkan tangannya. Berkerut dahi Aryan. Dia malas mahu bertanya, tangannya menyambut huluran tangan Aazeen. Tangan Aryan disalam dan dicium sekilas. Aryan bagai tak percaya apa yang dia lihat sekarang. Apa yang Aazeen buat ni?

"Kenapa kau salam aku?" Tanya Aryan. Dia masih tak faham apa-apa. "Saya sambut suami saya balik kerja lah. Kenapa ? Tak boleh ke?" Aazeen melemparkan senyuman manis pada Aryan.

Biarlah dia nak cakap apa pun, yang penting Aazeen nak jadi isteri yang baik buat Aryan. Mana tahu kalau dia terbuka hati nanti untuk terima Aazeen sepenuhnya. Kata orang kita kena layan suami baik-baik. Baru suami sayang. Tak gitu ?

Aryan terdiam seketika. Dipandangnya wajah polos Aazeen. MasyaAllah kalau pandang lama-lama ni, hati boleh terpaut tau? Aryan memandang tempat lain setelah lama bertembung mata dengan Aazeen. Jantungnya juga dah tak boleh duduk diam-diam.

"Tepi aku nak masuk. Takkan nak berdiri sini sampai esok pula" kata Aryan. Aazeen memberi ruang untuk Aryan melangkah masuk. Aazeen mengekori Aryan dari belakang.

"Awak dah makan? Saya ada masak tadi dengan mummy. Lauk kegemaran awak, asam pedas" senyum Aazeen. Harap-harap lah Aryan mahu makan walaupun sikit.

Dengar saja lauk asam pedas itu, Aryan sudah menelan air liur. Lama dia tidak merasa lauk kegemarannya itu. Ahh sudah! Perut pun sudah berbunyi. Lapar lah tu. Aazeen senyum. Beg kerja yang ada di tangan Aryan, Aazeen capai. Blazer biru gelap milik Aryan juga Aazeen capai. Nak jadi isteri solehah lah katakan.

"Awak pergi lah dapur . Saya letak beg dan blazer awak dekat bilik ye." Aazeen terus naik ke atas dan meluru ke bilik. Aryan terpaku. Dipandangnya Aazeen melangkah naik ke atas. Macam ni ke rasa ada isteri ? Tak sangka dia ada isteri sebaik itu. Jujur dia kata, Aazeen memang ada ciri-ciri wanita idaman dia.

Cantik. Muka dia tak ubah seperti Tengku Azirah. Manis saja bila dipandang. Makin susah untuk Aryan membenci. Dalam tak sedar, Aryan tersenyum sendiri. Seronok bila teringat senyuman yang selalu Aazeen lemparkan pada dia. Bagai nak jatuh jantung ni tau. Adakah ini dinamakan cinta?

Dari jauh, Tengku Hamidah sudah tersenyum melihat Aryan. Dalam hatinya selalu berdoa agar rumah tangga anaknya kukuh. Dia tahu, suatu hari nanti pasti Aryan akan menerima Aazeen dalam hidupnya. Tengoklah sekarang, bini baru ke bilik je dah senyum-senyum. Tak ke jodoh kuat namanya tu?

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Onde histórias criam vida. Descubra agora