CSB ; 10

2.3K 91 16
                                    

"Aazeen" tegur Aryan yang melihat Aazeen duduk disebelahnya di atas katil. Yes mereka tidur berdua atas katil ! Tapi Aryan saja letak bantal peluk di tengah-tengah.

"Ye abang ?" Jawab Aazeen. Abang? Sejak bila dia jadi abang Aazeen ni. Dia suami. "Abang?" Aryan memandang Aazeen. Tak tahu kenapa, tapi jantungnya mula berombak. Perkataan abang itu mampu membuat jantung Aryan berdegup kencang.

Aazeen mengangguk. "Boleh kan saya panggil abang? Abang suami saya. Tak kan lah saya panggil abang dengan panggilan awak pula. Rasa macam tak sweet" Aazeen senyum manis pada Aryan.

Zass!

Makin kuat jantung Aryan berdegup. Dia tak boleh melihat Aazeen tersenyum sikit. Pasti jantung dia buat hal! Tak tahu lah kenapa. Dah jatuh cinta mungkin.

"O-oh. O-okay" Aryan hanya mengangguk. "Abang nak apa panggil saya ?" Tanya Aazeen. Panggil tapi tak cakap apa-apa. "Kau...nak ikut aku pergi outstation? Lagipun kita tak pergi honeymoon lagi." Sebenarnya Aryan malu nak mengajak Aazeen ikut sebab dia sendiri belum pasti dengan perasaan dia. Aryan dah jatuh cinta ke tu?

"Wah ! Nak nak ! Dekat mana abang?" Teruja saja suara Aazeen. Tak sangka Aryan mahu membawa dia. Kata tak suka, tapi ajak pergi honeymoon. Eleh dah suka lah tu ! Tercyduk!

"UK. Make sure siap packing esok. Esok aku pergi office sekejap. Lepas balik terus gerak. Aku malas nak tunggu-tunggu. Faham?" Suara ditegaskan sedikit. Alah saja nak buat-buat garang. Aazeen mengangguk. "Terima kasih" kata Aazeen.

"Em." Aryan menarik comforter sampai ke paras bahunya. Dia berbaring menghadap Aazeen. Matanya dipejam. Penat seharian bekerja. Aazeen memandang Aryan. Kenapa tidur menghadap dia? Bukan dia tak suka?

Lama ditenung muka Aryan. Sejak dua menjak ni, Aryan agak baik dengan dia. Tak ada lah baik mana, cuma kurang sedikit kasarnya dari yang dulu. Harap-harap lah dia dapat terima Aazeen. Dia dah mula jatuh cinta dengan suami dia ni. Handsome lah kata kan. Siapa je tak jatuh cinta kan ?

"Tak payah tenung aku lama-lama. Aku tahu aku handsome" kata Aryan sambil matanya masih terpejam rapat. Aazeen tersentak lalu memandang tempat lain. Alah terkantoi pula.

-----------

"Mummy, Aazeen pergi dulu dengan Aryan ya. Nanti kami call mummy kalau dah sampai" tangan lembut Tengku Hamidah dicapai dan dicium. "Kirim salam daddy. Aryan tak dapat nak jumpa dia. Lagipun dia keluar awal sangat." Kata Aryan.

"Iya lah. Nanti mummy cakap dengan dia. Hati-hati bawak kereta. Jaga menantu kesayangan mummy ni ya Aryan. Apa-apa jadi siap kamu" pesan Tengku Hamidah. Sayang sangat dia pada Aazeen. Aazeen hanya tersenyum.

"I know mummy. She's my wife. I'll take care of her. Don't worry" kata Aryan dengan nada sedikit cemburu. Mak sayang menantu lebih dari anak. Sedihnya. Mereka berdua terus masuk ke dalam perut kereta dan bergerak ke airport.

Aazeen memejam kan matanya selepas hampir setengah jam asyik melihat awan saja. Teruja dapat ikut suami kan. Sebelum ni tak pernah langsung naik kapal terbang. Ini lah peluang dia lagi-lagi dengan suami. Seronoknya! Kepalanya ditahan dari terlentok pada bahu Aryan. Takut nanti Aryan tak selesa pula.

Aryan memandang Aazeen yang dari tadi mengeraskan kepalanya dari terlentok ketepi. Comel betul. Perlahan-lahan Aryan menarik sedikit kepala Aazeen dan dijatuhkan di bahu Aryan. Biarlah sekejap. Nanti dianggap suami tiada hati perut pula.

Terus celik mata Aazeen. Dia sendiri yang tarik kepala Aazeen ke bahu? Wahhh. Aazeen melelapkan semula matanya. Ngantuk yang tak dapat ditahan lagi. Selepas beberapa minit, terdengar dengkuran halus dari Aazeen. Penatnya macam angkat 10 kotak susu tin.

----------

"Mana dia pergi?" Tanya Yasmeen pada seorang lelaki yang berdiri di hadapannya. Mukanya terlalu masam mencuka. Dia geram saat ini. Macam-macam strategi dia fikirkan untuk merampas semula Aryan. Tak. Dia tidak boleh kalah.

"Dia pergi UK boss dengan isteri dia." Kata lelaki itu. Yasmeen menggenggam penumbuknya sedikit kuat. "Kau boleh seronok ya sedangkan aku merana dekat sini Aryan? Heh!. Tak apa, sikit lagi, aku akan dapatkan kau" senyuman sinis terukir di wajah Yasmeen.

Dia mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam laci mejanya dan diberikan pada lelaki itu. Duit yang ada di dalam envelope coklat itu diberi juga pada lelaki itu. "Cari dia dekat sana, aku nak kau hapuskan terus perempuan tu. Jangan tinggalkan kesan langsung." Kata Yasmeen.

Saat ini tiada apa yang dia fikir melainkan melihat Aazeen tumpas. Dia tak mahu langsung melihat perempuan itu di dunia ini lagi. Dia bagaikan tercabar jika perempuan tu masih bergelar isteri Aryan ataupun masih hidup . Lelaki itu sekadar mengangguk dan mengambil duit dan pistol lalu beredar.

"Kau tunggu Aryan. Aku bagi kau hadiah istimewa."

----------

"Awak! Tolong lah saya angkat beg ni . Dahlah beg awak je berat macam gajah tahu tak! Ish!" Geram betul tengok Aryan ni. Sanggup dia dera Aazeen menyuruhnya membawa beg tu ke bilik. Fikir Aazeen ni apa? Kuli ke?

"Bawak jelah jangan banyak cakap" Aryan menghiraukan Aazeen dan terus ke bilik, dia menekan password dan pintu terbuka. Dia menoleh ke arah Aazen yang sedikit jauh. Lambat sangat lah. Aryan terus pergi ke arah Aazeen. Kedua-dua beg yang ada di tangan Aazeen Aryan ambil. "Lambat sangat lah kau ni. Suruh angkat beg je bukan angkat besi!"

Aryan menjeling Aazeen dan membawa beg-beg itu kedalam bilik. Aazeen mencebik. Tak gentleman langsung lah. Isteri pula yang kene angkat. Aazeen mengatur langkah mengikuti Aryan. Dia membuka kasutnya dan masuk ke dalam bilik hotel.

"Abang ni tak gentleman langsung. Patutnya abang lah yang angkat bukan saya." Mulutnya dicebikkan lagi. Geram betul lah dengan Aryan ni. Rasa nak kerat 18 je.

Aryan menahan senyum. Comel betul tengok isteri dia tu asyik tercebik-cebik mulut. Saja nak kena kan Aazeen. Alah bergurau je. "Aku yang bayar semua ni. So? Kau lah angkat. Jangan nak melawan eh. Derhaka kalau seorang isteri tu melawan kata-kata suami. Ni mulut ni" Aryan menjentik perlahan bibir Aazeen. "Cebik je kerja. Baru sikit dah nak melawan eh". Kata Aryan

"Ish sakitlah ! Awak ni kan!" Muka Aazeen dikerutkan lagi. Sakit hati lah dengan Aryan ni!. Dia menjeling Aryan. Panas pula hati dia melihat Aryan tersenyum-senyum lepas mengenakan Aazeen.

"Sakit? Ala ala sian dia" Aryan berdiri di depan Aazeen dan mebongkok kan sedikit badanya. Mukanya disama kan pada paras muka Aazeen. "Meh abang kasi ubat ye?" Suara Aryan diperlahankan sedikit.

Bibir Aazeen dikucup sekilas. Terbeliak mata Aazeen. Dadanya mula berombak. Aryan mengenyitkan sebelah matanya pada Aazeen. Sengaja dia mahu buat Aazeen gila. Gila kan dia. Jantung Aazeen sudah tidak dapat bekerja dengan baik ! Ahh! Apa ni?

"Dah aku nak mandi, lepastu kita pergi makan dekat bawah." Aryan membuka baju nya di hadapan Aazeen. Lagi terbeliak mata Aazeen. 'Indanhnya tengok suami tak berbaju.' Ya tuhan. Aazeen apa kau merepek ni!

Aryan memandang Aazeen. "Seronok tengok? Nak tengok semua sampai bawah tak? Jom, mandi sekali" Aryan tersenyum nakal. Suka dia menyakat Aazeen. Comel betul melihat Aazeen yang sudah malu.

"Ish awak nak mandi tu pergilah mandi." Muka Aazeen berona merah. Dia terus duduk di sofa yang membelakangi Aryan. Aryan menahan ketawanya. "Jomlah, sayang" Suara Aryan dilembutkan sedikit. Tak habis-habis nak menyakat isterinya. Alah bukan selalu.

"Diamlah !" Aazeen sudah malu. Jantungnya juga dari tadi rasa nak tercabut. Kurang asam punya suami. Nak kenekan isteri ya? Tak apa lepasni dia pula kena kan Aryan. Tunggu ya encik suami!.

-------------

Haluuuuu! Maaf hambar yaa . Lepasni nak buat lebih sikit lah cringe tu hehehe. Thanks for support. Lot of love! ❤

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now