CSB ; 5

2.1K 100 5
                                    

              "Aazeen dah siap ke belum tu ? Cepat sikit!" Laung Hajah Kalsum dari luar bilik Aazeen. Hari ini Aazeen akan mengikuti keluarga Tengku Hishamuddin untuk ke Kuala Lumpur. Ikutkan hati dia tidak mahu pergi, tetapi sudah dipaksa oleh Hajah Kalsum baru lah dia bersetuju untuk ikut.

"Dah ibu!" Aazeen keluar dari bilik dengan beg galasnya di tarik ke ruang tamu. Ramai sudah ada di ruang tamu, hanya menunggu Aazeen bersiap sahaja.

"Kami gerak dulu ya hajah. Takut nanti lambat sampai. Terima kasih tumpangkan untuk beberapa hari ni ya. Sedap lauk hajah masak" puji Tengku Hamidah. Hajah mengangguk dan senyum.

Tangan Hajah Kalsum disambar oleh Aazeen untuk disalam. Diciumnya pipi Hajah Kalsum. "Ibu, Aazeen pergi dulu. Ibu jaga diri ya. Apa-apa ibu call Aazeen tau" pesan Aazeen pada Hajah Kalsum.

"Iya lah . Hati-hati dekat sana. Jaga diri baik-baik." Pesan Hajah Kalsum. Aazeen mengangguk dan mengikuti Tengku Hamidah keluar dari rumah.

Aryan mengambil beg galas Aazeen dan memasukkannya ke dalam bonet kereta. Dia menyalam kedua ibu-bapa angkat Aazeen dan terus masuk ke dalam kereta.

------------

     Haziqah menyambut baik bakal kakak iparnya itu. Teruja dia melihat Aazeen ada sekali mengikuti mummy dan daddy pulang ke rumah.

"Assalamualaikum bakal kakak ipar!" Senyum Haziqah pada Aazeen. Tangan Aazeen disambut untuk disalam.

"Waalaikumussalam....siapa ya ? Adik Tengku Aryan ke?" Tanya Aazeen. Wajah Haziqah ada sedikit mengikut muka Aryan. Adik beradik kan.

"Haah. Adik abang Aryan. Haziqah. Boleh panggil Ziqah je hehehe" senyuman manis dilemparkan. Aazeen menagangguk dan membalas senyuman Haziqah.

Aryan memandang kedua-dua wanita di hadapannya. Nak bercakap pun tunggu lah dalam rumah . Tak menyempat nak bercakap di luar. "Boleh masuk tak ? Nak diri sini berapa lama? Ni beg angkat lah. Nak suruh orang angkatkan juga ke ?" Jeling Aryan. Terus dia masuk ke dalam rumah.

"Maaflah kakak. Abang tu memang macam tu kalau bercakap dengan orang yang dia tak berapa nak kenal. Tak apa nanti lepas kahwin mesti dia suka kakak punya" Haziqah hanya ingin menyedapkan hati Aazeen walaupun sebenarnya Aazeen sendiri faham yang Aryan tidak suka pada dia.

"Tak apa. Kakak okay je lah" senyum kelat dilemparkan. "Jomlah masuk kakak. Meh sini Ziqah bawakan beg kakak"

Baru sahaja Haziqah ingin mengangkat beg, Aazeen terus menahan tangan Haziqah. "Tak apa biar kakak angkat" Aazeen terus mengangkat begnya dan bawa masuk ke dalam rumah.

"Aryan angkat lah beg Aazeen tu. Dia kan tetamu. Apa buat tetamu macam tu? Angkat sekarang!" Tegas sahaja suara Tengku Hamidah.

Tengku Hamidah amat mementingkan nilai-nilai murni dalam diri anak-ananknya. Sekali salah langkah pasti akan dimarah. 

"Dia ada tangan kan mummy. Boleh je angkat sendiri. Kenapa pulak Aryan yang kene angkat? Ish" Berdecit mulut Aryan. Aryan memandang Aazeen geram. Baru sahaja dia mahu melangkah naik ke atas tetapi dihalang oleh Tengku Hamidah.

"Eh tak apa tengku. Saya boleh angkat sendiri. Betul apa kata Aryan tu. Saya ada tangan boleh angkat sendiri" senyum Aazeen pada Tengku Hamidah. "Aazeen, berapa kali aunty  pesan panggil aunty je. Tak payah tengku-tengku okay. Lagi satu awak tetamu mana boleh dilayan macam ni. Aryan angkat cepat. Bawak masuk bilik tetamu"

Mahu tak mahu diangkatnya juga beg Aazeen dan dibawa naik. Mukanya menahan geram apabila melihat Aazeen hanya diam sahaja. "Ikutlah. Diri situ buat apa?" jeling Aryan. Aryan lalu naik dan pergi ke bilik tetamu. Beg diletakkan di hadapan pintu bilik tetamu.

CINTA SEORANG BIDADARI [SU]Where stories live. Discover now